Hari ini giliran rumah kitaorg sediakan jamuan untuk moreh. Dah tau pasal giliran nie dari last week, so, more or less dah tau apa nak masak. Seperti tahun lepas, kami dah sepakat menyediakan Bubur Durian untuk moreh kali nie. Berpusing2 aku carik durian masa balik keje tadik....Nasib baik jumpa org jual durian dan satu masalah lagi timbul, mana nak park kereta...dah ler masa aku pergi tu mmg tgh waktu beban puncak semua org menderu balik rumah.....finally, dapat gak park keter betul2 sebelah gerai durian....
Selesai misi membeli durian, aku terus zooomm pergi kedai jual santan kelapa pulak....setttle pasal santan, dapat beli 3 kg tadik.
Lepas berbuka dan solat maghrib, terus ke dapur utk memasak bubur durian.
Resipi adalah seperti tertera di bawah:
Durian - 7 biji yg sederhana besar
Santan 1.5 kg
Gula pasir 4 senduk sederhana
sedikit garam
Daun pandan
Cara-cara memasak:
1. Masukkan santan (1kg dulu) ke dalam periuk bersama daun pandan. Biarkan hingga hampir mendidih.
2. Masukkan durian, gula dan garam..
3. Kacau selalu bubur tu supaya tak pecah santan.
4. Bila hampir mendidih, masukkan baki santan 1/2 kg tu, kacau dan biarkan mendidih. Boleh campur air panas mengikut tahap kecairan/kepekatan yang diingini.....
5. Bila dah mendidih, tutup api dan hidangkan.
Durian, sebelum masuk dalam periuk untuk dimasak
Hampir mendidih....
Ye, ini borang untuk buat tahlil beserta derma surau.
No comments:
Post a Comment