Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Genaplah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, mengawal semua cabang nafsu dari melakukan dosa....Tibalah hari raya, kita sambut dengan penuh rasa keinsafan dan bersyukur ke atas segala kurniaan-Nya.

Dengan kesempatan ini, saya menyusun 10 jari, memohon maaf atas segala salah dan silap.  Kepada yang mengutuk ku tak hengat selama ni, aku maafkan perbuatan korang dan moga korang diberikan hidayah oleh Yang Maha Esa....kita semua nie sama aje, yang bisa menilai iman kita cuma Allah s.w.t.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.  Drive safely, moga selamat sampai ke destinasi yang dituju....

Pre Raya Posting

Dengar citernye besok raya.  Dari malam semalam hingga ke hari ini, aku rasa semput, dgn flu, batuk2 dan serasa dada ketat semacam, of course ada that wheezing sound.  Pg jumpa doktor pagi tadi, ada lar sikit kurang sakitnya.

At this current moment, masa tgh menulis nie, ketupat pulut sedang direbus.  Ini adalah resipi turun temurun famili kitaorg, ever since aku kecik lagi, bila time raya, memang ketupat pulut ini dihidangkan oleh mak aku dan juga arwah nenek aku.  Ia tak sama dengan ketupat daun palas.  Ketupat pulut versi kitaorg nie menggunakan kelongsong ketupat bawang or ketupat sate.  Pulut diisikan kedalam kelongsong tersebut, menggantikan beras.  Dan ketupat ini direbus selama beberapa jam di dalam santan.  Rebus sampai masak dan lemak santan memenuhi kelongsong ketupat.

Rasanya, memang top of this world.  Aku suka part santan yang dah bertukar menjadi lelemak kat kelongsong ketupat tu.....sedap tau, amek isi ketupat yang dah masak dan digaul bersama lelemak santan......Tau, setahun sekali aje buat keje menaikkan kolestrol nie...heheheh

Ketupat pulut yang sedang direbus

Friday, August 26, 2011

Jelajah Dapur Kembali Lagi...(4)

Hari nie ada yang request nak makan nasi berlauk for buka.  So, sempat lar pergi membeli barangan basah untuk dimasak.  Juadah yang disediakan hari ini ialah Udang Masak Lomak Cili Api dgn nenas, sambal tempe, tahu dgn ikan bilis dan juga taugeh stir fry dgn daun kuchai.    

Juadah ni juga akan dimakan time sahur, hopefully ada lar berbaki sikit, yelah, bila dah ramai2 ni, benda yang simple pun blh habis, den dh tak larat dh nak masak2 laie nie...


Udang Masak Lomak Cili Api dgn Nenas

Bahan2:
Udang sederhana besar (dlm 400 gm)
Cili api kampung - 15 tangkai (ikut suko, kalo nak podeh, lobihkan lar cili)
Kunyit idup (dlm seruas jari ajo)
Santan pokek dari sebijik kelapo
Nenas - 1/2 biji (den maleh, den pakai ajo noneh dlm tin...hehehe)
garam - ikut suko
serbuk peraso/gulo - ikut suko gak
serai sebatang
daun kunyit sehelai - diracik halus

Cara2 Penyediaan:
1.  cili api dan kunyit idup diblend sampai halus.
2.  panaskan periuk, bilo dh panas, masukkan bahan yang diblend. Biarkan seketika.
3.  masukkan santan (setengah sukatan dulu), kacau hingga sebati.  Elakkan dari santan pecah minyak.
4.  masukkan nenas, kacau rata.  Tadik den masukkan jugak air sirap dari nenas tu...biar raso dio sebati dan dapek kurangkan raso podeh cili.  Masukkan serai dan sikit daun kunyit tu.  Masukkan garam dan serbuk peraso ikut suko.  Masukkan juo baki santan tadik tu.
5.  Masukkan udang, kacau laei. 
6.  Bilo udang dah masak dan kuah dah mulo nak mendidih, masukkan baki daun kunyit tadi, biar layu.  Tutup api dan buleh dihidangkan.

Udang masak lomak cili api dgn nenas


Sambal tempe, tahu dan ikan bilis.

Bahan2:
Tempe - 2 paket- dipotong dadu dan digoreng
Tahu - 2 keping -dipotong dadu dan digoreng
Ikan bilis halus - segenggam - digoreng garing
Cili api - 7 tangkai
Bawang besar - 2biji - dihiris halus
Kicap pekat - 3 sudu makan
Cili giling - 5 sudu makan
garam ikut rasa
serbuk perasa - secubit dua
minyak secukupnya utk menggoreng dan menumis

Cara2 Penyediaan:
1.  Panaskan minyak, goreng separuh dari bawang yang dihiris tu.
2.  Masukkan cili api, biar garing sikit (time nie gerenti cili tu akan cam meletup2 sikit, so, pandai2 ler mengelak).
3.  Masukkan cili giling dan kicap pekat.  Kacau hingga pecah minyak dan naik bau.
4.  Masukkan tempe, tahu dan ikan bilis yang telah digoreng kedalam tumisan, gaul rata.  Perasakan dgn garam dan serbuk perasa secukupnya.  Masukkan baki bawang hiris.
5.  Biarkan seketika kemudian tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Sambal tempe,tahu dan ikan bilis.

Thursday, August 25, 2011

Jelajah Dapur Kembali Lagi (3)

Bertemu kita sekali lagi dalam sessi Jelajah Dapur Kembali Lagi.  Makin hujung bulan ramadhan, terasa dah tak berselera nak berkunjung ke PaRam.  So, hari nie, decided to have some home cooked food for buka.  Tak mau makan yang heavy, roti biasa pun dah cukup mengenyangkan.  Jadi, setelah menyelongkar ais box dan cabinet dapur, I decided to cook Kari Ikan Sardin dan Sambal Tumis Ikan Bilis for buka.  Juadah nie aku makan bersama roti, terasa nikmat.

Kari Ikan Sardin

Bahan2:
1 tin besar ikan sardin
2 biji bawang besar
halia -sebesar ibu jari
beberapa ulas bawang putih
3 biji ubi kentang - dibuang kulit dan dipotong
1 batang carrot - dipotong
2 paket (6 sudu makan) rempah ikan
Santan dari sebiji kelapa (aku amek yg pekat aje, dlm satu mangkuk)
minyak untuk menumis
1 sudu minyak sapi
Air panas secukupnya
Pati Asam jawa - 1 sudu besar - dicairkan dengan sedikit air.
Garam ikut rasa
Perisa - secubit dua

Cara2 memasak:
1.  Bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk lumat.
2.  Panaskan minyak, masukkan minyak sapi...biar sampai panas dan tumis bahan2 yang ditumbuk.
3.  Bila bahan2 yg ditumbuk itu naik bau dan kekuningan, masukkan rempah yg telah dibancuh dengan sedikit air.  Biarkan sampai pecah minyak sikit.  Masukkan sos ikan sardin tersebut kedalam tumisan.  Gaul mesra dan biarkan sampai naik bau.
4.  Masukkan ubi kentang dan carrot yg telah dipotong.  Biarkan seketika dan kemudian masukkan air panas.  Anggaran air adalah sebanyak untuk ubi kentang dan carrot itu lembut/empuk.
5.  Masukkan ikan sardin, kemudian masukkan santan.  Hingga mendidih.
6.  Setelah mendidih, boleh padamkan api, angkat dan hidangkan.

Rezeki Ramadhan (1)

Alhamdulillah, murah rezeki di kala bulan ramadhan kali ini.

Buah tangan dari Bandung:  Kacang dan Wajik Bandung.


Serunding and acar buah...

Alhamdulillah....terima kasih kepada yg sudi berkongsi token mereka dengan aku....moga murah rezeki anda di kemudian hari.

Wednesday, August 24, 2011

Obituary

Hari ini hari ulang tahun kelahiran mu
Masa serasa cepat berlalu,
Diam tak diam sudah 2 tahun ulang tahun kelahiranmu disambut tanpa kau di sisi

Serasa baru semalam kau dan aku
Sama-sama menyambut ulang tahun kelahiranmu
Senyuman mu, tawa mu sentiasa di mata ku
Serasa terdengar-dengar suara mu yang suatu ketika dulu
Pernah mengisi lubuk hati ku

Pada hari ini juga
Segala kenangan pahit manis kita berdua
Datang bertamu dan bermain-main di fikiran ku

Aku cuma bisa mendoakan kesejahteraan kau di sana
Moga kau tenang dan damai bersama Nya
Moga roh mu ditempatkan dikalangan mereka yang mendapat syafaat dari Nya

Ini adalah janji Nya
Setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua akhirnya
Mungkin ini yang terbaik buat dirimu
Daripada terus tersiksa, terbelenggu dengan kesakitan, penderitaan yang kau tanggung saban hari dahulu

Insya Allah, selagi aku bernyawa dan terdaya
Tak akan ku lupa titipkan doa buat mu
Agar kau sentiasa sejahtera di alam sana
Kerana kau pernah mewarnai dan mengisi hidup ku suatu masa dahulu.....

Selamat hari jadi sayang.....moga kau aman di sana....
Al fatihah......

Tuesday, August 23, 2011

Sunday, August 21, 2011

Sessi "Moh Kita Bako aje"......(2)

Ok, bertemu sekali lagi dlm ruangan "Moh Kita Bako aje"....episode 2.  This is the second cookies yang aku buat for this year dan memandangkan sambutan yg luar biasa diterima kerna menghidangkan cookies ini, maka aku pun mengupdatekan ia kedalam "To do list" aku.

Resipi nie aku dpt dari the femes blog, belog Dr. Ina Harlina.....Thanks for sharing the recipe with us.  Memang menjadik betul cookies nie.

Best Ever Chocolate Chip Cookies

Bahan2:
1 cawan butter, letak pd suhu bilik
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang (aku kurangkan tadik kpd 3/4 cawan)
2 biji telur
2 sudu teh vanilla extract
2 cawan tepung serba guna (aku tukar tadik kpd 1 1/2 cawan tepung serbaguna, 1/2 cawan serbuk cocoa)
1 cawan oat
1sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla (yg nie aku tk letak sbb stok kat umah dah abis)
1 sudu teh chocolate emulco (yg nie aku tambah sebab nk lebih rasa chocolatey)
secubit garam
1 1/2 cawan choc chip (semi sweet)
1 cawan badam cincang

Cara2:

1.  Panaskan oven.
2.  Ayakkan tepung beserta dgn baking soda.  Ketepikan
3.  Pukul butter, gula castor dan gula perang hingga ianya sebati.  Masukkan telur satu persatu, kemudian masukkan esen vanilla, chocolate emulco dan secubit garam.
4.  Masukkan dan gaulkan tepung, oat, chocolate chips dan juga badam cincang.
5. Dengan menggunakan sudu, sila sudukan adunan dan di letak di atas dulang pembakar unuk dimasukkan ke dalam oven.
6.  Selepas 15 menet, boleh lah dikeluarkan dari ketuhar.

Adunan yang menanti giliran untuk dibakar

Fresh from the oven......sedaps and ngam dgn selera aku


The obidient Food Tester.  Payah employ dia nie, setiap kali keluar dulang dari oven, dia dah ready nk ngap 2 keping....huhuhu

Nota kaki:
Wokeh, nak buat kuih samperit lak soon.....

Saturday, August 20, 2011

Things I came across while wondering around....(1)

Aku terjumpa benda nie semasa tgh shopping barangan buat kuih tadi.  I was quite shocked, as I believe this is the first product keluaran tempatan yang menggunakan bahasa ibunda.  Terusss aku panggil mak aku dan kami sama2 enjoy melihat benda tersebut.

Signage yang berjaya menarik perhatian aku untuk melihat dengan lebih dekat


Beras Wes Mangan - Yok kito mangan sego

Mati2 aku hengat produk nie dari kawasan Kuala Selangor, ternyata salah sangkaan aku.  Kalau tak silap, ianya dikilangkan di Kedah.  Ada ke penempatan kaum Jawa di sana?
Jangan tanya aku how does it taste like coz aku tak beli pun beras nie......

Sessi "Moh, kita bako aje".....(1)

Lagi 10 hari lagi maka akan berakhirlah bulan ramadhan untuk tahun ini.  Insya Allah, kalau dipanjangkan umur, kita akan bersua lagi tahun depan.  Sepuluh hari terakhir nie lah yang selalunya aku terasa masa begitu cepat berlalu....banyak benda yang perlu diselesaikan, baik kat opis mahupun kat rumah.

Memang azam aku tahun nie nak buat kuih raya sendirik.  Ini mungkin disebabkan kos kuih raya yang siap dijual itu semakin meningkat sedangkan kalau kita buat senirik, harganya jauh lagi murah dan kita dapat kuantiti yang banyak.  Maka, pagi tadik, seawal pagi aku telah pergi mencari bahan2 membuat kuih di kedai menjual barangan membuat kuih.

Bisekut raya pertama aku untuk tahun ini ialah Bisekut Kacang Mazola.  Ini antara bisekut yang aku suka.  Resipi bisekut nie aku tak hengat dari mana aku copy tapi to whoever tuan punya resipi, mucho gracias aku ucapkan. 

Bisekut Kacang Mazola.

Bahan2:
1 mangkuk basuh tangan kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
1 mangkuk basuh tangan gula castor
2 mangkuk basuh tangan tepung gandum
Minyak Mazola (botol 1kg, gerenti ada belen nyer, leh guna untuk buat carrot cake lak)
Kuning telur untuk glaze
Kacang Tanah disangrai untuk hiasan.

Cara2 penyediaan:
1.  Campurkan tepung gandum, gula castor dan kacang tanah yang telah dikisar ke dalam mangkuk membancuh, gaul hingga bahan2 menjadi sebati.
2.  Masukkan minyak mazola hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dikepal.
3.  Bentukkan ikut suka, sapu kuning telur di atasnya dan letak kacang tanah sebagai hiasan.

Hasil dari sessi "Moh kita bako aje" hari ini.

Friday, August 19, 2011

Jelajah Dapur Kembali Lagi (2)

Lepas berbuka tadik, tiba2 terasa nak memasak lauk untuk sahur.  Dah 4 hari bersahur dgn lauk dari PaRam, dah naik jelak tengok benda yang sama....So, selongkar peti ais dan ada banyak gak bahan mentah yang tak dipakai.  Jadi, terus decide nak buat Ikan Masak Sweet Sour untuk sahur nanti.  Inilah masakan orang yg malas setelah capek seharian kerja di kantor ya.....:-))

Bahan2:
Fillet Ikan Dori (2 keping besar)
4 biji bawang besar
2 biji tomato
1/2 mangkuk tomato sauce
3 tangkai cili merah - dihiris
3 sudu besar cili giling
Minyak secukupnya untuk menggoreng

**8 sudu makan tepung jagung
**garam secukupnya
**2 sudu teh rempah 5 spices
**serbuk perasa secukupnya
**sedikit lada sulah
Kesemua bahan yang bertanda ** hendaklah disatukan dalam satu mangkuk lain dan digaul rata.  Ini akan digunakan untuk membalut kepingan ikan dori sebelum ianya digoreng.

Cara2 memasak:
1.  Panaskan minyak. 
2.  Kepingan fillet ikan dori dimasukkan kedalam bahan tepung, balutkan rasa ke atas kepingan ikan dan digoreng garing.  Ketepikan.
3.  Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik bau.  Masukkan cili potong dan cili giling.  Biar hingga naik bau.
4.  Masukkan tomato sauce, kacau rata lagi.
5.  Selepas pecah minyak, masukkan potongan tomato tadi, biarkan seketika hingga layu sedikit dan padamkan api.
6.  Masukkan fillet ikan tersebut dalam mangkuk dan kemudian, letakkan pula bahan tumisan tersebut.  Boleh lah dihidang dan apa lagi, makan lar....hahaha


Ikan Dori Masak Sweet Sour

Nota kaki:  The reason as to why ikan tersebut disalut tepung sebelum digoreng adalah untuk mengelakkan ikan tersebut hancur apabila digoreng dan dimasak. 

Sunday, August 14, 2011

Jelajah Dapur Kembali Lagi (1)

Kebuntuan idea dan fikiran dalam memikirkan apakah hidangan yang perlu disediakan untuk bersahur, aku segera menggunakan khidmat acik YouTube untuk mencari idea.  Then aku jumpa 2 resipi yang menarik perhatian untuk dicuba, years ago aku dah pernah try masak hidangan nie dan resultnya memang sedap.  So, tanpa melengahkan masa, aku terus ke dapur dan menyediakan bahan2 untuk memasak juadah Chicken Devil Curry.

Jangan terpedaya, tidak ada setan hatta jin yang terlibat dalam pembikinan resipi ini.  Juadah ini dinamakan Chicken Devil Curry kerana rasanya yang pedas kerana banyak menggunakan cili giling dan cili merah. 

Chicken Devil Curry

Bahan2:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil/ikut suka
20 tangkai cili merah - aku tak gunakan cili merah kerana kehabisan stok
10 tangkai cili kering yang dimesin - aku lebihkan untuk menggantikan cili merah
halia - sebesar ibu jari (ditumbuk)
5 ketul bawang besar
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
sedikit biji sawi - aku tambah
6 ketul buah keras (ditumbuk).
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara2 penyediaan.
1.  Cili merah+cili kering+bawang besar dikisar halus. 
2.  Perap ayam bersama dengan bahan dikisar, cuka, dan gula selama setengah jam.
3.  Setelah setengah jam, panaskan minyak.  Bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
4.  Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi, buah keras yang ditumbuk dan garam.
5.  Masak sehingga pecah minyak dan ayam telah masak sepenuhnya.  Taburkan biji sawi, biarkan seketika.
6.  Setelah 20 minit dan kuah mulai pekat, boleh padamkan api dan dihidangkan.

Ayam mulai masak dan kuah mulai memekat.


Hidangan yang telah siap dimasak.

Rasa hidangan nie agak unik kerana penggunaan cuka sewaktu memerap dan bagi tekak aku lar, ianya bisa membangkitkan selera makan ketika bersahur nanti.  Cubalah, anda pasti takkan menyesal.


Nota kaki:  Lepas nie nak try lak masak lamb varuval...muahahahah.

Shopping Raya - Ahad, 14 August 2011

Trip kali ni, kami sepakat ke syurga membeli belah barangan rumah yang terletak di Bandar Nilai, Nilai 3 to be more precise. Ramai juga umat manusia yang membeli belah di sana, in fact, sewaktu kami tiba, dah ramai dah pun orang yang dah start shopping.  Banyak kedai2 menawarkan barang2 yang memang menarik perhatian seperti langsir, karpet, furniture dan baju raya.

Diaorang yang shopping,aku cuma jadik tourist guide aje, yelah, hari Rabu nie kan ke cuti, ada alasan untuk aku ke sana lagi....hehehe.

First stop, kedai jual karpet....mabuk sekejap tengok karpet yang bermacam design dan warna..

Beli 2 karpet, dapat budak free....hahahaha

Tikar buluh pun ada dijual di sini....

Kedai jual perkakasan hiasan rumah. Aku ada beli placemat and goodie bag untuk buah tangan orang yang datang bertakbir raya kat sini

All in all, barangan kat Nilai 3 tak semurah yang dikatakan.  We did stop kat satu kedai kain yang jual curtain, coz banner dia kata langsir tengah ada clearance sale.  Bila pergi tanya, harga langsir tingkap kat kedai tu lebih mahal dari yang ada dijual di Ikea dan Tesco.  Apa lagi, kena lahar lar sales assistant tu.  Ada barangan yang berjaya menarik perhatian ku, especially the furniture.  Of course, there will be subsequent visit soon.

Rezeki Ramadhan

This is a delayed posting.  Been busy lately, banyak sangat deadline yang back to back....by the time sampai kat rumah dan berbuka, terussssss rasa flat..and nak relakss aje.

Ok, one of the days this week, time aku baru nak start tengok kerja2 yang outstanding, one of the ahli Persatuan Bimbo Sadonia datang to my cubicle and passed me something she baked a day before.  Thanks Zu, your kek cokelat kukus memang sedapsssss and very chocolatey.  Anak buah aku yang habiskan......Setakat bulan puasa kali nie, aku belum dapat ilham berbaking2 lagi.....maybe time dekat2 nak raya sok dapat ilhamnye....
Kek cokelat kukus pemberian Zu.

I think 2 days after that, ada hamba Allah yang telah bermurah hati memberikan ku sebungkus bingkisan cookies raya dan buah tamar.  Mucho gracias, you know who you are....moga murah rezeki anda ye....Walaupun aku bukan member/ahlil persatuan ittew, dia tetap tak lupa menghulurkan kepada aku sebekas cookies tersebut..

Cookies raya dan buah tamar.....kedua2nya telah selamat dibaham oleh aku dan anak buah aku....

Monday, August 8, 2011

Jiwang Karatzs Kembali lagi....



Jelajah dapur kembali lagi

Yeay, kita bersua kembali dalam sessi jelajah dapur.....Petang tadik semangat nak memasak membara giler, jadi, aku pun terus singsing lengan baju dan memulakan sessi jelajah dapur.  Ini hari aku masak asam pedas ikan kembung dan ayam goreng berempah....and these dishes are actually for sahur session, sebab lepas buka nanti, gerenti aku malas nak masuk dapur lagi....

Resipi asam pedas ikan kembung adalah seperti di bawah:

Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahan:
Ikan kembung besar - dalam 4 ekor
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
belacan (sebesar ibu jari)
cili kering yang dimesin (dalam 3 senduk kecik...adjust lebih lagi kalau suka pedas)
halia (satu ruas ibu jari)
secubit dua jintan manis
pati asam jawa (1 1/2 sudu makan dan dicairkan dengan semangkuk kecik air)
sebatang halia yg dititik
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa (secubit dua)

Cara2 memasak:
1.  bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis, belacan dimasukkan kedalam mangkuk blender bersama cili giling lalu dimesin hingga lumat.
2.  Panaskan minyak dan bila minyak dah panas, masukkan semua bahan yang dimesin.  Masukkan juga serai.  Tunggu hingga pecah minyak.  Masukkan juga garam dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
3.  Bila dah naik bau dan bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan air asam jawa tadi.  Kacau dan biarkan hingga menggelegak.
4.  Bila dah menggelegak, masukkan ikan kembung.
5.  Biarkan hingga ikan masak.  Tutup api dan boleh dihidangkan.

Seperiuk Asam Pedas Ikan Kembung.  Ikannya tenggelam...

Yeay, ikan kembung yang berjaya dipancing dari dalam periuk

Friday, August 5, 2011

Cerita Hari Jumaat - 05 August 2011

Hari ini giliran rumah kitaorg sediakan jamuan untuk moreh.  Dah tau pasal giliran nie dari last week, so, more or less dah tau apa nak masak.  Seperti tahun lepas, kami dah sepakat menyediakan Bubur Durian untuk moreh kali nie.  Berpusing2 aku carik durian masa balik keje tadik....Nasib baik jumpa org jual durian dan satu masalah lagi timbul, mana nak park kereta...dah ler masa aku pergi tu mmg tgh waktu beban puncak semua org menderu balik rumah.....finally, dapat gak park keter betul2 sebelah gerai durian....

Selesai misi membeli durian, aku terus zooomm pergi kedai jual santan kelapa pulak....setttle pasal santan, dapat beli 3 kg tadik.

Lepas berbuka dan solat maghrib, terus ke dapur utk memasak bubur durian.

Resipi adalah seperti tertera di bawah:

Durian - 7 biji yg sederhana besar
Santan 1.5 kg
Gula pasir 4 senduk sederhana
sedikit garam
Daun pandan

Cara-cara memasak:
1.  Masukkan santan (1kg dulu) ke dalam periuk bersama daun pandan.  Biarkan hingga hampir mendidih.
2.  Masukkan durian, gula dan garam..
3.  Kacau selalu bubur tu supaya tak pecah santan.
4.  Bila hampir mendidih, masukkan baki santan 1/2 kg tu, kacau dan biarkan mendidih.  Boleh campur air panas mengikut tahap kecairan/kepekatan yang diingini.....
5.  Bila dah mendidih, tutup api dan hidangkan.

Durian, sebelum masuk dalam periuk untuk dimasak


Another pic of durian, close up

Hampir mendidih....

Ye, ini borang untuk buat tahlil beserta derma surau.

Thursday, August 4, 2011

Jiwang karatzs kembali lagi.....


Satu lagu yg membawa maksud yg mendalam. Suka bangat sama lagu nie.....

Tuesday, August 2, 2011

Dua hari di bulan Ramadan

Seperti kebiasaannya, minggu pertama bulan Ramadhan memang agak haru biru dan kacau bilau sikit.  Mana nak adjust waktu tido, waktu sahur and waktu pergi kerja.  Dan untuk hari kedua berturut2, aku terasa mengantuk yang amat sangat dalam opis....hellllpppp!!!  Banyak kali aku buat trip ke toilet, basuh muka tapi effect nya kejap aje.......huhuhu.  Aku ingat aku sorang aje yang dilanda penyakit mengantuk tahap gaban tapi rupa2nya, ramai gak yang terkena penyakit yang sama.....muahahah.

Semalam, aku berbuka puasa dengan tomato+cucumber+cheese sandwich dan lemon tea.  Alhamdulillah, terasa nikmat ketika berbuka.  Masa sahur aje baru aku makan nasik sikit.

Hari nie, aku berbuka puasa dengan roti cicah sambal tempoyak, lemon tea dan sepotong dua tembikai.  Alhamdulillah, syukur diberikan kekuatan menyempurnakan puasa buat hari ke dua berturut2.

Bercakap pasal pasar ramadhan atau lebih popular dengan gelaran "Param", aku suka pergi join the crowd kat situ.  Bermacam2 jenis juadah yang menarik ada dijual...tapi aku setakat lalu dan amek bau aje ler...tak terliur lagi nak beli apa2....kalau beli pun, mak aku yang pesan suh beli kuih2 basah serba sikit.....Aku lebih rela masak untuk berbuka dan sahur.....terasa kepuasannya...

Yang pasti, aku notice yang harga barang jualan di Param memang ada peningkatan.  Kalau tahun lepas, laksa, mee kari sepaket dijual dgn harga RM3.00, tahun nie dah naik RM3.50.  Tak dapat ku bayangkan kalau famili besar yang ada anak2 kecil yg minta dibelikan juadah untuk berbuka puasa, takkan sehari nak laburkan RM50.00 kat Param kot??

Hidangan berbuka puasa aku hari nie:  Roti cicah sambal tempoyak dan lemon tea.  Lain2 juadah yg kelihatan dlm pic itu adalah leftover semalam...