Yeah, I know that christmas is already over....raya cina, valentines day pun dah abis.....tapi aku tetap nak up kan posting berkenaan wish list aku.
Sebenarnya, aku dah buat wishlist nie dah agak2 beberapa bulan. And hoping that, bila ada extra cash, I would love to pamper myself with these items. Kalau asyik spend duit jalan2, makan2 pun tara guna gak, baik lagi beli something that might be able to generate income or at least, dapat menyuburkan lagi rasa minat dan hobi dalam sesuatu bidang itu. So, here goes.
My Wishlist:
1. Nikon D3 Camera (no, ini bukan grading durian yek...hahaha)
I've been toying with this idea for the past few months. Semuanya gara2 tgk photo2 member di FB yang terhasil dari DLSR camera. At first, I was thinking of Canon DSLR series tapi feedback dari geng2 yang punya camera model DSLR, mereka lebih rekomen kan brand Nikon, atas banyak sebab2 yang aku rasa memang masuk akal. Ok, this is my target by 1st half this year......then, boleh berguru dengan mereka yang dah tahap sifu dalam dunia fotografi.
Aku suka snap gambar pemandangan nan hijau and hope would be able to do it soon.
2. Sewing Machine
Sebenarnya, dah lama aku berkira2 nak mula menjahit. Dulu, masa zaman remaja purba aku, aku ada lah jugak cuba menjahit baju menggunakan mesin mak aku. Then, bila dah start bekerja, semua pakaian aku ditempah. Tapi, setelah peristiwa tailor aku buat hal masa raya puasa tahun lepas, aku dah berazam untuk menjahit semula. Dah lar bila ditempah harganya mahal, qualiti produk yang dihasilkan pun boleh buat aku panas hati. At least, bila dah ada mesin jahit, setakat jahit langsir dan cadar bilik, insya allah, bisa diatur. Maknanya tiap2 bulan ler bilik dan katil aku ada langsir dan cadar baru....muahahahaha
3. Kitchenaid electric mixer
Yeah.....this is the type that I would love to own....pink kaler lagi....Since aku memang suka baking, by owning this mixer, lagi memudahkan kerja2 mengadun kek2 dan roti aku. Sekarang nie aku cuma ada handmixer yang kecik comel tu, buat kek ok...tapi bila nak bancuh roti....memang payah bebenor. So, ini pun dalam wishlist aku dan hopefully would be able to own it sooner or later.
Aku tak rasa wishlist aku nie melampau batas sebab aku percaya, benda2 ini dapat menjana pendapatan pada masa akan datang dan juga dapat menyuburkan lagi minat dan hobi ku dalam bidang yang aku sukai. So, ada ke sesiapa yang sudi nak belanja aku??? hehehehe
No comments:
Post a Comment