Saturday, February 19, 2011

Things we do and places we go on a Friday (2)

Selepas trip to Dengkil arah Bukit Changgang pada minggu lepas, maka seperti yang telah dirancang, pada minggu ini aku dan sidekick aku telah memulakan satu lagi sessi jalan2 cari jalan ke Bangi, melalui jalan lama dari Dengkil.  Kawasan yang dituju ialah Tasik Idaman dan juga mencari laksa yang sedapsss itu.

Dari simpang empat Dengkil, kami meneruskan perjalanan ke arah Bandar Baru Bangi melalui kawasan Jenderam.  Sepanjang lebih kurang 7Km itu, mata kami disajikan dengan pemandangan kampung...dan masih banyak lagi pepohon yang menghijau di sepanjang jalan itu.  Word of caution, walaupun jalan lebar, adalah tidak digalakkan memandu di kawasan ini pada waktu malam kerana tiada lampu jalan. 

Destinasi pertama kami adalah mencari lokasi sebenar sebuah kedai makan yang bernama Tasik Idaman.  Daripada pembacaan aku di blog dan internet, aku dapat gambarkan yang kawasan ini agak tersorok dan jauh dari jalan besar.  Kami sesat juga lah dalam sess penjelajahan kali ini kerana tak tau lokasi tempat itu.  Setelah bertanya dengan Guard di pintu masuk Bukit Unggul Golf Club, baru kami confident sikit nak teruskan pencarian.  Rupa-rupanya lokasi Tasik Idaman adalah lebih kurang 700 meter dari kelab golf tersebut dan jalan masuk ke tempat itu betul2 berdepan dengan bangunan Lembaga Perlesenan Atom Negara.












Signage di jalan masuk ke Tasik Idaman.













Persekitaran di restoran tersebut.













Tempat makan terapung

Kolam memancing yang tenang lagi damai

Waktu beroperasi kedai makan ini ialah dari jam 5 petang hingga 2 pagi setiap hari.  Memang lengang ler masa kami tiba, yang kelihatan cuma pekerja2 yang sedang bersantai.  Mujur kami dapat lepak disitu sambil menikmati suasana yang tenang.

Selepas keluar dari kawasan itu, kami meneruskan perjalanan mencari laksa dan cendol yang sedap itu.  Kami terus menghala ke arah Bangi, melalui jalan lama yang bengkang bengkuk itu.  Kami terus mengikut arah ke Bandar Baru Bangi.  Gerai yang dicari telah dijumpai, terletak tidak jauh dari jalan masuk ke Bandar Baru Bangi, betul2 di tepi jalan dan dibelakangnya adalah kawasan hutan.  Sungguh nyaman suasana ketika aku dan sidekick menikmati laksa dan cendol tersebut dibawah pepohon nan rimbun.  Terasa seperti berada di bilik berhawa dingin....nyaman dan segar rasanya.

Dalam perjalanan pulang ke office, kami melalui laluan yang sama.  Dan telah sempat singgah di gerai menjual durian yang terletak betul2 di pintu masuk Lembaga Perlesenan Atom Negara.  Durian yang dipilih untuk dimakan pada ketika itu ialah dari jenis 101.....sedapss nya tak terkata.......

Gerai menjual durian....banyaknya jenis durian yang dijual....Musang King pun ada
Our durian - 101
Sidekick sedang tekun menikmati durian.

Overall, satu sessi jalan2 cari jalan yang amat menarik, especially di kawasan Tasik Idaman.  Memang berhasrat nak mencuba juadah di situ nanti, plus maybe sessi memancing dan juga amek gamba, provided dah dapat aku punya DSLR.

No comments:

Post a Comment