Thursday, February 24, 2011

Cerita ceriti: Kenapa kita suka kat awak

Disclaimer:  Posting kali ini adalah berdasarkan kisah benar yang telah diceritakan kepada aku.  Segala nama, watak dan kejadian dalam cerita kali tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, sama ada hidup atau mati.  Sebarang persamaan dari segi watak dan jalan cerita adalah secara kebetulan dan amat dikesali.  Sebarang pertanyaan secara surat menyurat, email bagai tidak akan dilayan dan keputusan hakim adalah muktamad.....muahahahaha

Awak,
Kita tak tahu macam mana nak mulakan ini.  Kita suka kat awak dari hari pertama kita nampak awak dulu2, iaitu zaman sebelum milenium.  Awak percaya tak, masa kita mula2 jumpa awak, jantung kita berdebar2, kita gabra.....dan pada masa yang sama, hati kita terdetik, ya, awaklah orang yang kita cari selama nie dan masa tu gak kita tiba2 dapat rasakan yang awak adalah jodoh kita.  Call it weirdo, perasan etc, tapi that was my instinct masa tu.

Masa kita mula2 bercakap dengan awak dulu (kita cuba control cun lah kan, tak mau nampak gabra dan panik semacam), awak macam serious dan garang aje.  Kita pun takut gak tapi pada masa yang sama, kita amat berharap dapat kenal awak dengan lebih mesra.  Kita percaya, kadang2 seseorang itu nampak aje garang pada zahirnya tapi setelah dikenali, baru perangai dan perwatakan sebenar mereka kita ketahui.  Pada masa itu kita tahu, kita tak sepatutnya ada perasaan sebegitu pada awak, jadi kita pun cuba lawan perasaan kita itu.  Kita takut kalau2 awak tempelak kita, yelah, kita nie tak lawa, muka ada iras2 macam mak lampir junior.

Tapi kan wak, sekuat mana kita cuba lawan perasaan kita itu, makin kuat pula hati ini nak kenal awak dengan lebih rapat.  Jadi, kita pun mula lah terpikir plan2 yang bombastik nak kenal awak.  Maka, setelah dapat sidekick yang dok bagi semangat kat kita, kita pun mulakan rancangan.  Awak ingat lagi tak, kita ada kirim kad2 perkenalan secara misteri....muahahahahah....Bila dipikirkan balik, kita rasa lucu pulak....begitu berani sekali kita kacau awak.  

Dipendekkan citer, kita yang start kacau awak dulu.  Lepas kenal awak dengan lebih rapat, kita rasa memang kita suka kat awak.  Tapi keadaan dan situasi kita masa tu tak memungkinkan kita terus rapat dengan awak.  Kita cuba juga lupakan awak, cari kawan baru tapi pada pengakhirannya, kita balik2 teringat kat awak.  Awak terlalu istimewa di mata kita.

Entahlah awak, kita tak tau kalau2 kita nie patut ada simpan perasaan pada awak.  Awak siapa, kita nie cuma semut merah aje.....Kita tak berani nak cakap lebih2 sebab kita takut kita cuma bertepuk sebelah tangan, sebab kadang2 kita tak boleh nak baca apa yang ada dalam fikiran awak.  Kita tak tau sama ada awak pun rasa apa yang kita rasa, because I tend to be confused with the signs that I've been getting. 

Awak
Nak tau ke kenapa kita tertarik dan suka pada awak??  Kita tertarik dan suka kepada awak kerana awak ada ciri2 lelaki idaman kita.  Awak tak banyak cakap, awak suka mendengar dan awak ingat cerita2 yang kita cerita kat awak.  Kadang kala tu, bila awak cerita balik apa yang awak dengar dari kita dulu, kita pun cam terkesima dan terkedu, sebab kita pun dah terlupa yang kita pernah berkongsi cerita itu dengan awak.  Itu yang awak kadang2 nampak kita cam "blur" dan "blank" aje.  Trust me, kita suka bercerita dan tak berapa nak ingat apa yang kita dah cerita kat awak.......Awak, awak tau tak yang pada pandangan mata kita nie, awak hensem......walaupun awak jauh lebih matang dari kita.  Awak cool aje, tak mudah melatah, tak de hangen satu badan.....itu yang buat kita makin suka kat awak...

Awak
Kalau awak terbaca cerita nie, awak jangan lah nak marah kat si penulis nie.  Kita yang cerita kat dia, sebab kita tau dia rajin nak upload blog dia dengan cerita2 yang caca marba.  Kejap2 dia jiwang, kejap2 dia gila nak masak...kejap2 dia gila nak berjalan...jadi, kita rasa dia orang yang paling sesuai untuk kita berkongsi cerita nie.  (errrk.....apasal lak nk ngata pasal aku, kan dh cukup baik aku tlg up kan citer ko kat blog aku nie??)

Ok lah wak, kesian kat si tuan punya blog nie....dah penat dia menaip.  Moga awak tidur dengan mimpi2 indah malam nie ye. 

No comments:

Post a Comment