Saturday, February 12, 2011

Things we do and places we go on a Friday.....(1)

Hari Jumaat setiap minggu adalah hari yang amat kami nantikan, coz lunch time yang maha panjang.  So semalam, walaupun tak cukup quorum (sorang stuck kat opis, buat appraisal and sorang lagi balik rumah, menyusukan anak) aku dan sorang lagi the usual suspect tetap meneruskan tradisi jalan2 carik pasal kami.  So, off we went to area tak jauh dari office, destinasi kali ini ialah the sleepy town of Dengkil.  Kebetulan pula sebelum nie aku pernah terbaca di paper dan blogs yg menceritakan tentang sebuah kedai Nasi Beriyani Batu Pahat yang sedap.  Dan kebetulan pula sidekick aku semalam ialah orang Banting yang familiar dgn area Dengkil, maka dgn confident tahap dewa, kami menuju ke lokasi tersebut.

Ok, bagi yang familiar dgn area Dengkil, kedai nasi beriyani ini terletak lebih kurang 5Km dari pekan Dengkil, dari masjid di pekan dengkil tu, to be more precise.  Kedai ini terletak bersebelahan dengan Pusat Serenti Dengkil. 

Nama kedai ini adalah Restoran Nasi Beriyani GP.  Dia terletak di tempat yang sama menjual perabot jati....
Masa kami tiba, restoran agak penuh.  Luckily for us,ada table for two yang available, jadi kami pun terus duduk dan mengorder makanan.  Suasana kedai adalah ala2 Bali.....ada kolam ikan lagi.  Overall, the food is excellent.....sampai ting tong kepala aku makan beriyani kambing yang sedap itu.  Harga amat berpatutan malah ada pakej set lunch yang terdiri dari nasi beriyani ayam/kambing/daging dan juga sirap bandung soda.  Semuanya less than RM15, can you believe it?? Portion hidangan adalah besar dan rasanya satu pinggan nasi beriyani tu boleh dishare oleh 2-3 orang kalau jenis2 yg makan tak banyak.  Will there be a second visit to this place?? Definitely, sebab dah ada bebudak kat opis yg nk pg lagi. 

Selepas sessi makan, kami decided to take a drive right up to Bukit Changgang coz dari situ blh keluar ke Sepang.  Tak jauh dari restoran tu, dalam 500 meters, adalah simpang ke Paya Indah Wetlands...dan kami pun telah pergi ke sana for the first time.  Tapi sayang tak boleh masuk coz diaorg tutup for Friday prayers.  Memang hajat dihati ingin ke Paya Indah Wetlands sekali lagi, terutama setelah aku mendapatkan camera DSLR aku.....muahahahaha

Dari Paya Indah, kami ikut jalan Bukit Changgang dan akhirnya keluar di kawasan Genting Sanyen.  Dah dekat benar dgn office, and kerna masa masih byk lagi (time tu baru jam 2), kami detour ke McD utk menikmati Ice cream.  Overall, it was a very fruitful journey yesterday.  Literally, we have covered the whole area of Dengkil.  Next plan, nak cover jalan lama ke arah Bangi pulak.  Dikatakan dijalan tersebut terdapat sebuah stall yang menjual laksa dan cendol yang amat sedap hinggakan terpaksa berebut mencari meja....

Ok, enjoy the photos below and have a great weekend ye...



















News paper cutting pasal kedai ni


Beriyani dgn ayam masak merah

Beriyani kambing yg superb

No comments:

Post a Comment