Bagaimanakah perasaan korang kalo seorang yang ko jaga dari kecik, cuci bontot dia time dia berak, bagi dia makan, tidurkan dia bagai....bila dia dah besar panjang..tiba2 memaki hamun korang pasal hal yang kecik?? Adakah perkataan "selfish" itu lagi hina dari "bastard"?? Bukan setakat memaki hamun, jembalang apatah yang dah merasuk badan dia nie sampai siap nak tumbuk muka korang dan pukul korang?? Di mana silapnya....
Itu yang aku rasa dan kena hari nie. Disebabkan aku tegur pasal kereta mahal dia tu salah parking, aku cakap dia selfish, dia nie membebel, memaki hamun aku. Maksum sangat ke dia sampai tak boleh kena tegur?? Dia kata aku selalu parking kereta aku kat tengah2 kawasan laman walhal yang selalu buat macam tu adalah orang lain, kenapa dia tak pergi serang??
Bukan setakat itu aje, dia telah menumbuk aku dan pada ketika ini aku masih lagi berkira2 nak pergi buat polis report. Dia terasa seolah2 menumpang dirumah nie, the thing is, air yang digunakan utk mandi dan pangsai serta lampu bilik dan tv dia tu, siapa yang bayar?? Selama nie, tak pernah satu sen pun dia keluar untuk sama2 tampung belanja bill dirumah. Jangankan duit bill, sekampit beras pun dia tak pernah nak beli untuk rumah nie.
Yang aku tak boleh tahan, dia kata mana pergi org tua yang aku sanjung2 dulu dan mana pergi rumah yg aku banggakan?? Ko nak mengata org yg dah mati....ok. Untuk pengetahuan ko yang semedang sawan babi tu, org tua yg dh mampus tu lah yg bagi ko pinjam kereta dia, PERCUMA....dan apa yg aku dapat bila aku call ko tanya bila nak pulangkan kereta??? Makian kan?? Dah lah pinjam free, minyak pun ko tak boleh isi full tank!! Jantan jenis apa ko nie???
Ko ingat ko hebat sebab pukul perempuan.....tak pe, I believe in karma. Aku doakan ko dapat bini yg memang kaki bantai laki...time tu aku nak bertepuk tangan.
Ko kata hati aku hitam....oh, makna nya hati ko putih seumpama kapas lah yek yang boleh senang2 pukul orang!! Aku bayar zakat dgn duit aku sendiri, satu sen pun aku tak mintak dari ko.....ko yang patut sedar diri sikit. Rumah aku semua duit aku....ngko hada??? Dah lah berhutang dgn org lain, tak reti nak bayar, org lain yg kena maki...semua pasal ko!!! Putih sangat lah hati ko tu!!
Dan aku dah nekad, mulai saat ini, aku tau ko tak heran kalo aku tulis kat FB ke, Blog ke kan, aku TAK MENGAKU yg ko tu ada kena mengena dgn aku!! Dasar tak tahu diuntung, macam melepaskan hanjeng tersepit!! Ko hidup lah dgn dunia ko yg ko rasa ko MAKSUM sgt tu....aku nk tgk, sejauh mana ko blh pergi....dan jgn lupa, SILA SELESAIKAN HUTANG2 KO DGN ORG YG KO HUTANG!! JGN PASAL HUTANG KO TU, ORG TU DTG SERANG AKU!! YG BERHUTANG NGKO, BUKAN AKU, HOKEH!!!
No comments:
Post a Comment