Rasanya lama sungguh tak de posting pasal kisah seremss..Bukan tak de citer, tapi aku macam berat hati nak berkongsi citer hatta menaip......Tiap kali dah nak taip, macam terasa malas nak teruskan. And furthermore, aku ada baca some where, orang bijak pandai bilang, kalau kata asyik bercerita pasal dunia "mereka", benda2 tu teramat suka.....and tumpang sama baca....that could have contributed to the delay in finishing this posting.
Wokeh, this incident happened late last year. Masa tu, remang2 senja, sewaktu aku tgh driving nk balik rumah, hari khamis mlm jumaat. Aku lalu ikut jalan lama, kena lalu kawasan ladang getah, bekas lombong bagai. Tgh driving tu, time turun bukit, tiba2 aku ternampak kat tepi jalan tu, ada sesuatu. Semakin kereta aku menghampiri tempat tu, makin berdebar dada ku. Rupa-rupanya di tepi jalan tu, kak ponti tengah tercegat. Rambut dia panjang, menutupi muka....kain putih yang dipakainya warna putih kekuningan, nampak lusuh sangat.....menggeletar giler aku time tu.....terus aku buat2 tak pandang.....Bila melintas kat tempat kak ponti tu, aku sempat jeling side mirror......hilang sekelip mata benda tu......lagi ler aku menggeletar.
Kejadian paling teruk setakat nie, tahun lepas gak lar. Sebelum kejadian berlaku, aku dah dapat "petanda", seminggu sebelum kejadian, menerusi mimpi. Tapi setelah aku curhat sama orang yang tolong dan monitor kes aku nie, aku jadik tenang dan tak fikirkan langsung pasal petanda tu lah kan. Yang aku ingat, kes berlaku hari Isnin malam Selasa. Aku tgh online waktu tu dan dalam jam 12:30 mlm. Tetiba tak de connection dan aku pun malas lar nk pikir main game lagi, terus aku nak mandi....Masa aku dah sampai kat bilik air tu, dah nak mandi baru aku perasan tah dari mana datang sekor lipas terbang tu, apa lagi, bergegas ler aku keluar. Dalam aku berkira2 nak mandi kat mana tu, aku tiba2 terdengar handphone aku berbunyi.....aku macam berbelah bagi, nak jawab ke tidak call tu, dengan aku tak mandi lagi bagai.....then aku decided, biar lar handphone tu bunyik, kalau ada orang call pasal benda yang exteremely urgent, these caller will definitely call back.
Then aku masuk bilik aku, check handphone.....yang tertera kat screen "private number". Bila aku godek2 handphone tu, baru ler terkeluar nombor dia....something strange, number memang tak de dalam directory aku...so, aku buat derk dan ignore. Lepas tu mak aku yang baru habis solat datang bilik aku dan bising2, kenapa aku tak tutup air dalam bilik air dan lampu bilik air still terbukak. Aku citer lar apa yang berlaku, then dia suh aku mandi kat bilik air yang satu lagi, dia tunggu.
Nothing happened, and lepas aku mandi tu, masa aku nak masuk bilik aku, tiba2 terdengar bunyik belalang pelesit betul2 kat tingkap bilik aku. Punya lar kuat, terus aku panggil mak aku. Muka mak aku berubah dan suh aku cepat2 bersiap. Sempat lagi aku bukak bacaan yassin time masa bersiap nak tido tu....then mak aku suh aku tido kat depan, not in my room. Aku pun tido ler depan tv malam tu. Tapi dalam hati memang rasa semacam dah....macam ada benda yang tak kena.....
Malam tu, dalam jam 3 pagi aku terjaga, well actually, macam antara tido dan terjaga lar kan....aku tiba2 duduk dan terbau kapur barus........kuat giler........then, aku terus pejam mata dan continue tido....
Pagi tu bangun, badan aku dah rasa semacam.....macam sakit tak sakit gittew.....and I know for definite that was the feeling masa aku kena "tembak" kali pertama dulu. And at the same time, aku rasa easily irritated. Cepat2 aku bersiap, dan mengelak dari orang kat umah. Masa tengah bersiap mengadap cermin tu, aku sendirik jadik takut nak tgk muka aku...sebab bila aku renung lama2 muka aku kat cermin, seimbas ternampak kelibat kuntilanak di cermin.
Aku gagahkan diri gak drive pergi office....and at the same time, masa kat opis pagi tu, aku mengelak dari bercakap dgn orang, coz aku dah rasa ada yang tak kena dgn aku. BB aku pun naik heran tgk aku pagi tu, tak mau bercakap dan pandang org. Aku lagi berperang dgn perasaan aku......mana nye dgn nak buat kerja office, mana nye dgn perasaan berkecamuk masa tu.
Then, dalam jam 10 pagi baru aku call orang yang tolong aku. Line asyik terputus aje, siap orang tu pesan dgn aku, call dari hp aku sebab ada "benda" menghalang aku buat call dari fixed line. Aku pun call lar guna handphone, dalam store. Orang yang tolong aku tu suh aku bertenang, dan jangan berhenti baca surah al fatihah sampai dia kata boleh stop. Aku pun baca lar al fatihah berulang kali dengan penuh kusyuk, dan masa tu hati aku terdetik "Ya Allah, kiranya ini ujian yg kau beri buat ku, aku terima dgn penuh redha". Aku dgr org yg tlg aku tu baca surah lazim Al Quran....dan pada masa yang sama, aku terasa seperti sesuatu ditarik keluar dari aku, mula2 dari kaki dan terus menghala ke kepala.....perit dan siksa aku rasa masa tu...tapi lepas dah habis, aku rasa beban yang ku tanggung, terbang menghilang......Alhamdulillah.
Org yg tolong aku tu ckp, mahar kiriman kali nie mahal......dlm harga RM1500......berat dan mmg golongan tukang pandai yg professional aje yg kirim benda nie......Seperti biasa, org yg tlg aku tu tanya, nak buat apa dgn benda nie, nak biarin aje atau nk dipulangkan balik.....dan seperti biasa, aku ckp kat dia, biarkan aje.....dah bahagian aku nk kena......tak payah dipulangkan balik, sebab it will never end bila buat macam tu. Dan tukang yg mengirim pun, sama seperti petanda yg aku dpt dlm mimpi......Entah apa lg yg dia tk puas ati dgn aku, dh dia buat pilihan yg salah dulu, aku tk sikitpun mendoakan kecelakaan ke atas dia....ye lar, kita semua dah dewasa, biar kita belajar bertanggungjawab dgn semua keputusan yg kita buat.
Khabarnya tukang pandai kali nie direkomen oleh kawan dia, yg menjanjikan aku dtg berlutut balik nk kat dia dlm masa plg lama seminggu. And kawan dia yg sponsor yuran kali nie dgn jaminan yg aku akan gilakan dia balik and if the thing didnt work, dia kena bayar balik kawan dia RM1500. Adakah harga aku serendah itu??? Tak habis mulut aku menyumpah bila dapat tau hal nie. And seperti petanda yg aku dpt dlm mimpi, partly pressure dari bapak dia yg nk dia bawak balik aku ketemu famili dia. The thing is pakcik, anak pakcik tu seperti kata org Indonesia "tak bisa dipegang hatinya, tak bisa dipegang kata-katanya...plin plan org nya".
Huh, panjang lak aku menulis kali nie, ada lg citer, aku akan cuba sambung ler nanti, itu pun kalo ada mood.
No comments:
Post a Comment