Panggilan telefon tadi benar-benar membuat aku terpikir, salah siapa sebenarnya si Makhluk Tuhan tu jadi macam tu. Sedari kecil, kedua orang tua dia menatang dia bagai minyak penuh, hatta tak pernah kena rotan sekali pun walaupun pada usia 8 tahun, dia telah menarik peti ais jatuh hingga kemek tapi yg kena belasah, kakak-kakak dia. Bila kakak2 dia jelaskan pada kedua orang tua, orang tua mereka masih nak menangkan si lelaki hampeh tu, dengan alasan, dia masih kecik. Tak pernah kena jentik pun si lelaki hampeh tu walaupun kesalahan demi kesalahan dia lakukan, asyik2 orang lain yang dipersalahkan. He would have learnt this trick ever since small, and it still continues till now.
Lelaki hampeh nie nak orang hormat dan cakap elok2 dgn dia tapi persoalannya, ada ke dia hormat dan reti cakap elok2 dgn org yg lebih tua dari dia??? Dia cuma tau buat baik ada makna time2 dia tersepit seperti nak pinjam duit dan kereta. Masa dia mula bekerja, bapak dia tolong belikan motor scooter tapi apa dia buat dengan motor pemberian org tua tu??? Dia jual dan beli RXZ dan motor tu asyik2 rosak. Kereta org tuanya yg dibeli secara kongsi dengan kakaknya pun dia pegi modify, pasang speaker bagai...tapi roadtax dan installment tak reti nak share. Bila tuan punya kereta nak pakai, dia yg selayaknya digelar "PARASIT" nie boleh maki hamun orang, aittt, siapa sebenarnya tuan punya kereta???? Adakah setiap barangan dalam rumah tersebut dia ada share walhal dia tak pernah pun tolong beli apa2 hatta nak tukar suis lampu pun, pg cilok kat suis yg tak pakai dan tak reti nak ganti??? Apa punya bangkai perangai lelaki camnie???
Bila time nak pinjam kereta, pandai pulak dia cakap elok2 tapi bila kereta tak dipulangkan pada hari yg dijanjikan, org telefon tanya pukul berapa nak pulangkan kereta, tuan punya kereta yang kena maki hamun.....nie manusia ke binatang??? Memang patut ada perumpamaan "melepaskan anjing tersepit"...ini rupanya binatang jelmaan dalam bentuk manusia.
Sekarang, dengan orang tua sendiri pun dia boleh maki hamun, siap cakap kat mak yang mengandungkan dia selama 9 bulan tu, pg kelas belajar cara bercakap dgn org!! Terror kan lelaki hampeh nie!!! Dia tuduh mak dia suka dgr cerita sebelah pihak tapi kenyataan tetap kenyataan, dia kena tangkap dgn polis pasal satu kes yang mengaibkan, yg tolong bayar (supaya tak ada pertuduhan dikenakan keatas dia sebab dia keje kat semi government), kakak dia yang dia TUMBUK hari tu!! Sepatutnya dibiarkan aje dia merengkuk dalam lokap hari tu, biar satu dunia tahu perangai sebenar dia!! Dia pergi mengadu dgn sedara mara macam2, tapi bila sedara mara datang tanya dan setelah tahu kedudukan sebenar, mereka soal kebenaran cerita dia tu balik. Dan selepas itu, macam biasa lah, lelaki hampeh nie terus menghindar dari orang2 yang dah tau siapa dia yang sebenarnya tu!! Hutang dgn sedara mara jangan cakaplah, yang kena serang, org tua dia......bila pemberi hutang tanya kat dia, boleh dia MAKI balik si pemberi hutang!! Ini manusia ke atau kaki empat yg kerjanya menyondol tu??? Tak pernah aku dgr cerita manusia sehanjeng macam nie!!
Kalau ikutkan hati aku nie, nak aje aku doakan dia kena panah petir, tak pun ditelan bumi separas pinggang.....tapi the best would be, persetankan aje si lelaki hampeh tu. Dan aku percaya, tak berkat hidup dia, dunia dan akhirat sebab perangai cam hamlau tu, dgn kurang ajar yg cukup pakej kat org tua dia tu....memang lar tak berkat buat apa2 pun.....rezeki yg dia dapat pun tak berkat...dari mula kerja sampai sekarang, tak pernah se sen pun dia beri pada orang tua dia.....dan tak mustahil ex tunang dia reject dia dulu, mungkin pompuan tu dah tau perangai sebenar dia.....padan muka!! Belum kahwin lagi dah nak maki2 anak orang, walhal bukannya dia yang bayar zakat pompuan tu pun....padan lar dgn muka dia, pompuan tu pilih org yg lebih waras dan siuman dari dia nie....definitely dia nie tak de ciri2 lelaki yg boleh jadik pemimpin and not a husband material!! Alhamdulillah, God is Great.
Kepada lelaki hampeh, bawak2 lar mengucap dan sedar diri sikit!! Jangan rasa diri tu sentiasa betul, dan org lain semua salah!! Nobody owes you anything, bear that in mind!! Selagi ko tak mintak maaf dgn mak bapak ko, kakak2 ko yg pernah ko terajang, tumbuk tu, selagi tu lar ko hidup ko tak aman dan banyak musibah....Jangan lupa, doa orang yg teraniaya tak de barrier dgn Tuhan, in fact, kalau mak bapak dan kakak2 ko nak doakan ko dipanah petir pun, boleh aje.....so, dont test their patience to the maximum, wokeh!!