Wednesday, January 12, 2011

Terkenang Semasa Dulu version 1.0

Wokeh, selamat bertemu kembali dalam ruangan terkenang semasa dulu.....Kali ini, kita namakan ia, version 1.0.  Dalam pada aku dok "blog hopping" tadi, tiba2 termenggunakan "uncle google" untuk menggoogle gambo dan inilah hasilnya.

Baiklah, mari kita mulakan sessi kita hari ini.  Photo plse.....hehehe








1.  Sabun Cap Kapak
Sabun ini ada dua kaler, hijau dan kuning cair.  Pada zaman dahulu, sabun ini sebenarnye dalam category multipurpose sabun.....ada keluarga yang gunakannya untuk basuh baju, pencuci pinggan mangkuk dan aku pernah nampak ada famili yang gunakannye sebagai sabun mandi (giler kentang).
Sabun ini baunye "soft" dan akan kembang jika direndam dalam air...agak berminyak..dan gerenti kalo digunakan untuk basuh periuk belanga yang berminyak, bertambah berminyak lar kuali2 tu. 
Sekarang, agak sukar untuk mendapatkan sabun ini kecuali di pekan2 kecil dan kampung.













2.  Mangkuk Tingkat
Pada zaman kanak2 ribena aku, org2 tua suka bawak buah tangan pergi berziarah ke rumah sedara mara dengan menggunakan mangkuk tingkat.  Selalunya, base yang atas sekali adalah untuk meletak nasik dan 3 base berikut tu, lauk pauk.  Hatta, kalau ada sanak saudara yang ditahan di hospital pun pasti akan ada yang berziarah dengan membawa mangkuk tingkat.

Pada zaman sekarang nie, alat ini masih lagi digunakan tetapi agak jarang.  Selalunya benda nie orang gunakan time hari raya, nak bertukar2 lauk atau membawa juadah semasa berkunjung.  Kalau bawak bekal pergi office dengan benda, nescaya anda akan digelar "mat bangla"....muahahahaha













3.  Kicap Bilal
Seingat aku, kicap nie udah berada di pasaran seawal umur aku 6 tahun, and that was like 30 years ago!!! Lama giler.  Dalam banyak2 kicap yang terdapat dalam pasaran Malaysia nie, aku suka Kicap Bilal....rasanya yang pahit sikit tu somehow sesuai dengan selera aku.  But of course, my first love for kicap would be Kecap ABC.....enak bangat....hehehe











4.  Aiskrim Malaysia
Ini adalah Aiskrim Malaysia and it's normally home industry, iaitu industri meniaga kecil2an oleh suri rumah yang kebanyakannya tinggal di rumah yang dekat dengan kawasan sekolah.  Memang sedap menggonggong aiskrim pelbagai perisa nie di tengah panas terik apabila pulang dari sekolah.  Mak aku dulu pun pernah meniaga benda nie.....dan yang jadik tukang kira duit, aku ler.....hehehehe
Aku suka perisa susu strawberry dan asam boi........layannnnsssss.....













5.  Susu KLIM
Susu nie femes giler time aku umur sekitar 4-5 tahun.  Hampir kebanyakan keluarga yang ada anak sebaya aku memberikan anak mereka susu nie.  Tin susu nie serves as multi purpose, bila beli memang ada susu.....bila dah habis, kebanyakan kaum ibu lazimnya akan membasuh tin nie dan digunakan untuk menyimpan biskut timbang kati.  Bila musim raya menjelma, tin ini akan digunakan untuk menyimpan biskut2 raya buatan sendiri.  I can't really recall how it tasted like tapi mestilah rasa nya macam susu kan....heheheh

Ok, aku memang tengah bersemangat nak "back to retro"....so, stay tuned.......

No comments:

Post a Comment