It was a very wet Sunday morning. Aku terbangun awal, gara2 ada appointment dgn my bosom buddy, Umi. So, around 8:30 dah mula bersiap dan mandi. Then, by 9:00, dapat call, Umi kata dia dah on the way. Oh my Gucci, aku baru aje habis mandi. So, bersiap ala kadar dan off to PJ.
Tempat lepak kitaorang hari ini ialah AMCorp Mall. Ye, mungkin ada yang tertanya2 apa yang istimewanya tempat itu. For your information, pada setiap hujung minggu akan diadakan "flea market" di dalam AMCorp Mall. Terdapat banyak barangan yang dijual....dari novel2 terpakai hinggalah ke barangan antik yang harganya mencecah ke hampir ribuan ringgit.
Apabila berjalan2 di "flea market", secara tidak langsung kita akan terbawa ke era "the good old days". Serasa seperti berada di zaman 60-an apabila melihat barangan yang dijual....Terdapat record player dan record lagu2 lama, pinggan mangkuk lama, telefon lama pun ada. I could conclude that live was very much simple those days.....terdapat juga camera lama yang amat menarik perhatian ku. Tadi juga aku ternampak ada penjual yang menjual keris2 lama, tak tau mengapa aku tertarik melihat dan memegang keris2 itu....terasa bersemangat semacam aje....hehehe
Kami berjalan ke semua tingkat, keluar masuk kedai2 dan melihat barangan yang dijual. Dan sudah semestinya kami menuju ke tingkat 3 kerana di sana terdapat satu kedai yang memang kami mau berkunjung. Tak payah lah aku cerita kedai tu jual apa.....biarlah rahsia. Memang seronok bersembang dengan tuan punya kedai. Seorang wanita cina berusia pertengahan 60-an yang mana aku mati2 ingat dia tu berusia dalam lingkungan awal 50-an. Rahsia awet muda auntie itu ialah rajin2 makan collegen seawal usia 30-an lagi. Dia tak buat botox treatment, plastic surgery pun tak...tapi bila dilihat kulit mukanya secara dekat, mmg nampak kulit muka dia supple, licin dan natural. Definitely tak de proses facelift dan surgery yang terlibat.
Setelah menghabiskan duit dikedai tu, kami masuk lak kedai buku. As always, bila masuk kedai buku, gerenti sejam baru keluar. Then, baru ler terasa lapar. Kami meneruskan perjalanan mencari makan dan ended up kat Subway Sandwich outlet. Hari masih lagi hujan pada ketika itu dan kami pun lepak2 makan sandwich sambil bergebang.
Sedar tak sedar, jam udah menunjukkan pukul 3....kami pun bersurai membawa haluan masing2.....dan akan cuba arrange satu lagi outing a.k.a holiday sebelum puasa bermula......destinasi......Utara....here we comeee.....
Tgk lah, kalau aku rajin kang, aku tepek gambo....
No comments:
Post a Comment