Saturday, January 29, 2011

Main masak2: sajian hujung minggu (1)

Hari ini adalah hari yang sibuk.  Pagi2 lagi dah drive ke KL, Lebuh Ampang to be more precise.  Ada sikit hal kat sana....tunggu punya tunggu, akhirnya dah dapat barang yang dicari.  Then, drove out of KL soonest possible.  Jalan banyak tutup kerana raptai sambutan Hari Wilayah.  Itu pun traffic dah mula sesak. 

Dari KL, kami meneruskan perjalanan ke Putra Perdana, pergi kedai peberet kat situ...Chocolate Mansion.  Sesudah membeli apa yang patut, baru lah terhegeh2 nak balik rumah.  Nasib baik dah siap beli barang bekalan untuk dimasak for lunch.

Masakan hari nie very simple, tetiba rasa nak makan masakan kampung.  Jadi, juadah hari ini ialah Sawi putih masak lemak, ayam goreng berempah dan sambal ikan masin.  Semua siap dimasak dalam masa sejam.

Jadi, sudi2lah cuci mata dgn hidangan hari nie ye......

Have a good and relaxing weekend....


No comments:

Post a Comment