Saya Julia (bukan nama sebenar) berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya berusia 35 tahun, masih single dan berkerjaya.
Saya mempunyai ramai kenalan lelaki dan perempuan, mungkin kerana sifat saya yang peramah dan tidak memilih kawan. Walau bagaimanapun, saya amat berhati2 dalam memilih kawan yang rapat dengan saya, kerana pada pendapat saya, tak semua kawan itu boleh kita jadikan kawan untuk berbicara hal soal hati dan perasaan.
Dalam ramai kelompok kawan saya ini, saya rapat dengan beberapa orang kawan perempuan, salah seorang darinya, seorang perempuan yang agak tomboy. Pada mulanya, saya berasa selesa berkawan dengan dia. Dia seorang yang understanding, baik hati dan sudi mendengar permasalahan saya pada ketika itu. Lama kelamaan, saya perasan yang dia ini berkelakuan agak aneh. Dia tidak berapa setuju dengan lelaki yang saya kenali ketika itu. Dia juga pernah mengeluarkan statement seperti "ko ingat kawen tu senang ke, especially bila lelaki tu macam tu?" Pada mulanya saya beranggapan dia cuma ingin melindungi saya dan tidak mahu melihat saya kecewa tetapi anggapan saya salah.
Dia mula mendominasi persahabatan kami. Dia tak suka lagi mendengar apabila saya bercerita pasal lelaki (seperti anuar zain, for God's sake...). Yang menjadi turning point saya renggang dan menjauhkan diri dari dia adalah kejadian di bulan puasa beberapa tahun lalu.
Dia mengajak saya pergi shopping baju raya, dan kebetulan pada masa itu saya agak free, saya setuju nak ikut dia bershopping. Bayangkan suasana ini ya, sewaktu hendak melintas jalan, dia terus menarik tangan saya dan memegang erat tangan saya. Of course saya tak selesa, sedangkan kalau berjalan dengan lelaki pun saya tak berapa gemar berpegangan tangan, inikan pulak dengan perempuan!! Dan apabila tiba di shopping complex, tanpa segan silu, dia terus memeluk erat saya. Saya menepis dan segera memarahi dia. Dia cuma tersenyum seumpama kerang busuk. Sejak dari hari itu, saya memang tak mahu keluar berdua dengan dia. Dia banyak kali mengajak, saya pun apa lagi, ajak bersama kawan2 saya yang lain.
Terjadi perselisihan faham antara kami...lantas saya mengambil jalan terus menjauhkan diri. It's like a blessing in disguise. Saya berasa selamat setelah jauh dari dia. Sekarang, timbul permasalahan baru. Saya diberitahu hari ini yang dia selalu mengskodeng profile saya di Facebook dan yang terbaru, di laman LinkedIn. Dia juga turut menghantar mesej kepada teman saya dan bertanya kenapa saya memaparkan foto saya di laman tersebut. Saya berasa takut dengan ketidakstabilan kepala hotak si gila nie.
Jadi, buat semua perempuan di luar sana, jauhkanlah diri dari orang yang "sakit" seperti si gila sawan ni. Terus terang saya katakan, saya amat menyesal berkawan dengan dia dahulu. Perbuatan dia selama nie saya dah maafkan tetapi saya tidak mahu lagi berkawan dengan orang senget dan mereng seperti dia....
**Nama dan watak dalam cerita di atas ditukar agar melindungi identiti si pengadu. Sebarang persamaan dengan mana2 watak, sama ada hidup ataupun mati adalah kebetulan, tiada kaitan dengan mana2 individu.
No comments:
Post a Comment