Dah lama kiranya aku tak update pasal sessi Main Masak2 tetapi ini tidak bermakna aku dah lama tak masak.....cuma time tu aku rasa malas nak update blog, and nothing really special about masakan yang aku sediakan...tu pasal tak buat citer di blog.
Ok, lately nie aku punya hangin nak masak semakin menjadi2....and tengah hari tadi aku terpikir nak buat Sheppard's Pie, memandangkan dah lama tak buat.....so, off to the supermarket and get the ingredients. Nak buat Sheppard's Pie tak susah, keje paling senang sebenarnye......tu pasal aku nk buat. Dan konon2nye nak bake cake jugak tadik, dah beli tepung bagai, bila dah sampai rumah baru perasan, butter terlupa nak beli......dusssh!!! Besok aje lar buat cake.
Ok berikut adalah bahan2 yang digunakan untuk buat Sheppard's Pie. Harap maklum bahawa apabila memasak, aku jarang ada sukatan tertentu, semuanye bergantung pada jumlah orang yang ada dirumah pada ketika itu dan juga sesedap tangan aku memasak.....in short, agak2 suka hati aku dan mood aku pada masa tu.
Bahan2:
Ubi Kentang (rasa aku dalam sekilo)
Cheese 2 keping
garam ikut rasa
Susu full krim (setengah botol 500 ml)
sedikit serbuk lada putih (kalau suka)
**********************************
Cara2 penyediaan:
Ubi kentang direbus hingga empuk. Selepas itu, ditoskan airnye....dan ubi dilecek hancur. Campurkan dgn cheese 2 keping, garam ikut rasa dan juga susu. Aku suka ubi kentang tu lembik sikit, so itu anggaran susu yang aku gunakan.
Bila dah siap, ketepikan dahulu.
Bahan2 untuk inti:
Daging cincang (aggaran dalam sekilo)
Bawang besar bombay (bawang kuning) 1 ketul - dicincang
Cendawan butang dalam tin (satu tin- dihiris)
Satu tin kecil kacang peas
Italian herbs - secukup rasa
Dried Oregano - secukup rasa
Cili giling - dalam sesudu makan (aku campur agar ada rasa pedas sikit)
Tomato Sauce - secukup rasa
garam dan serbuk perasa - secukup rasa
serbuk lada putih - ikut suka
Cara2 penyediaan:
**********************
Panaskan kuali, letak minyak zaitun (or apa2 minyak masak yang ada) dan bila minyak dah panas, tumiskan bawang. Agak2 dah kekuningan tu, masukkan cili giling tu...dikacau, tunggu hingga naik bau. Masukkan tomato sauce, kacau lagi. Kemudian masukkan daging cincang lantas dikacau. Biar seketika, kemudian masukkan cendawan butang yang dah dihiris beserta dengan kacan peas. Masukkan garam, serbuk perasa ikut sesedap rasa, dan masukkan dried oregano + Italian Herbs, ikut secukup rasa. Biarkan ia kering sikit, kecilkan api dan ketepikan.
Cara2 menyiapkan:
Sediakan bekas untuk membakar, masukkan inti dahulu, ditekan2 hingga rata. Kemudian, letak ubi kentang yang telah dilecek tadik di atas permukaan inti, ratakan hingga padat. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit.
Biarkan seketika dan boleh dihidangkan.
Sheppard's Pie selepas keluar dari oven.
Begini rupanye sewaktu dinikmati. Boleh dimakan begitu saja atau dengan roti bakar....memang sedaps (pada taste bud aku ler).
Selamat mencuba....