Ok, bertemu kita sekali lagi dalam sessi Jalan2 Cari Makan. Kali ini, lokasi kami makan setelah penat berwindow shopping adalah restoran dari seberang, Restoran Sari Ratu, yang terkenal dengan masakan padang dan minang.
Sari Ratu baru membuka cawangannya di Puchong, Bandar Puchong Jaya to be more precise. Semasa kami tiba lewat, hampir jam 3 petang, tak ramai pelanggan di situ. Menariknya, cawangan Puchong ini ada juga disertakan dengan konsep "kopitiam", ada makanan goreng2, roti bakar dan telur setengah masak. Dont ask me whether it is done ala Indonesia style or not coz I didn't try......hehehe.
Bagi yang ingin mencuba keenakan masakan padang dan minang, sila lar berkunjung ke sini coz restoran ini ada menawarkan diskaun sebanyak 20% atas jumlah harga makanan, pada waktu2 tertentu sehingga 21 April ini. Tawaran ini adalah sempena pembukaan cawangan terbaru mereka di Puchong.
Maka, sila nikmati foto2 dibawah, hasil peng"order"an kami yang ingin melantak sepuas hati selepas seharian berjalan window shopping........enjoysss!!
Menu yang standard....
Our dishes....sambal ijau and sambal merah mesti ada, baru ada rasa...
Ikan nila (talapia goreng) bersama sambal kicap
And my all time peberet, es teler.......enak, lemak dan terasa buah apolkat yang lemak2 ittew.....
No comments:
Post a Comment