Semalam result SPM diumumkan. Nope, for this time round, tak de sedara mara yg terlibat....so, tgh dari jauh aje ler sambil baca2 news aje. Oh ya, office boy kat sini anak dia amek SPM last year. Semalam aku tk call and message langsung si opis boy nie, aku pulak yg rasa kaget tak tentu arah...heheh. Pagi nie baru opis boy tu call, MC, migraine katanya. Baru ler aku menanya keputusan anak dia, aku terasa ada nada bangga (and worth it) dlm suara dia bila dia kata anak dia dapat 10A. This is the same girl yang masa aku join ini company 6 years ago, baru lepas UPSR. Time really flies.....with good PMR result, this girl did the same for SPM. Aku tiba2 terimbas time2 opis boy ni amek cuti semata2 nak hantar anak dia pg exam. Begitu tinggi pengorbanan seorang bapa untuk melihat anak mereka berjaya.
Anak opis boy nie yang pertama tgh buat degree kat Universiti Petronas. Budak nie pun otak terang dan cerah, sama jugak result dia, 10A. Memang sejuk perut ibu yang mengandungkan budak2 nie. And si opis boy nie aku nampak memang bersungguh2 berusaha mengubah nasib keluarganya, biar tak makan janji anak dapat pelajaran yang terbaik. Aku sungguh2 terharu melihat pengorbanan mereka sekeluarga. Dari seorang opis boy, dia mau anak2nya berjaya dalam pelajaran dan hidup. Moga segala usaha dia diberkati Tuhan. Moga anak2 dia akan berjaya mengubah kehidupan mereka sekeluarga dan meningkatkan lagi taraf hidup mereka. Good job and well done girl!!
Dan pada masa yang sama, aku teringat kembali saat2 aku amek result SPM, dont know how many dinasour years ago. Time results diumumkan tu, memang tengah bulan puasa. Dari sehari sebelum tu, aku dah kecut perut....sampai tak lalu berbuka puasa dan sahur. At that point of time, I just want to get over it, once and for all. Cepat lah siang hari, begitulah yang aku rasa. Then, pagi keesokannya, aku pg amek result dalam jam 10 pagi, dgn BFF masa tu. Masa tu kalau ditoreh muka kitaorg, memang tak berdarah ler...hehehe. Tunggu punya tunggu kat sekolah, dalam jam 12 aje baru dapat amek result. To be honest, ada sedikit kecewa sebab keputusan trial aku much better than the SPM result, kurang 3 aggregate lagi dari SPM. Tapi aku bersyukur, merasa gak pangkat satu, aggregate bawah 20 dan for the first time, aku lulus subjek matematik!!! Tercapai lar hajat aku nak sambung belajar kat universiti.
Aku saja2 aje balik lambat lepas amek result.....kasi org kat rumah tu kecut perut...dah ler aku tak telefon bagitau result aku....hehehe. Jahatkan?? Bila balik tu, dalam jam 2 petang, mak aku dah sibuk2 tanya berapa result. Aku hulur aje slip result tu, dan terus tido...muahahaha.
The stress actually started after the SPM result. Orang tua aku bergantung harapan aku terus apply buat matrikulasi dan sambung dengan degree. Jiran kitaorang time tu seorang cikgu, dia pun datang sama, bagi panduan dan nasihat, semua suruh buat matrik dan sambung degree. Tapi masa tu aku lagi terpikir, bapak aku dah nak bersara masa tu, camner dgn pengajian aku nanti?? So, time isi borang permohonan UPU, aku kuncikan diri aku dalam bilik dan isi borang tu sendiri. Kursus yang aku pilih tu, setakat diploma aje. Aku terpaksa buat pilihan itu kerana mengenangkan kakak aku time tu dalam tahun 2 buat degree, dan kalau aku sambung buat degree gak, pasti jadik beban kepada bapak aku. Aku mengalah....buat diploma in executive secretaryship. Aku pilih kursus ini sebab this course is very marketable and highly in demand after dah graduate. Memang kena gelak lah dgn sedara mara.....ada yg siap ckp "oh, amek kursus jadik secretary ye?? keje yang duduk atas riba boss?? Wei makcik, kalau betul pun aku duduk atas riba boss (opsss..terlebey sudey..hehe), perlu ke aku bgtau kat ko??? hehehehe. Sekurang2nya aku tau makna perkataan "bacon" tu bila lalu kat tempat non halal masa kat supermarket, bukan macam anak makcik tu....semua dia pg pegang....muahahahaha (apasal lak melalut sampai ke situ nie wei).
Cita2 aku masa tu terpaksa ku kuburkan....hajat sebenar aku yg nak sambung buat degree dalam bidang kewangan terpaksa aku tangguhkan dulu......tapi looking back now, aku rasa aku buat keputusan yang tepat. Setiap sesuatu yang berlaku tu, memang ada hikmahnya. Aku sambung balik belajar selepas beberapa tahun bekerja, dalam bidang yang menjadi pilihan pertama aku dulu, yg terpaksa ku tangguhkan kerana keadaan. Alhamdulillah, aku berjaya meraih keputusan yang cemerlang, walaupun bekerja sambil belajar, punya kerjaya yang menarik, aku memang teramat bersyukur aku buat keputusan yang tepat pada masa itu. Ada sekali tu ibu aku berkata "kalau kamu buat terus degree lepas SPM dulu, kan dah senang". Jawapan aku mudah aje "kalau buat degree after SPM dulu, ada gerenti ke aku boleh grad sebab tamat belajar atau aku grad senirik".....
Jadi, buat lepasan SPM, buatlah pilihan yang tepat, berdasarkan keputusan dan minat kita. Kalau pada masa nie keputusan tak memuaskan, it is not the end of the world. Percaya pada minat dan gerak hati masing2, selebihnya berusaha, tawakal dan berdoa pada Tuhan agar dipermudahkan laluan kita dijalan yang kita pilih. Ini baru permulaan cabaran hidup...jangan silap atur langkah, wokeh!!
No comments:
Post a Comment