Mimpi semalam betul2 menghantui aku sepanjang pagi tadi. And yg lagi tak best, bila terjaga, jam menunjukkan pukul 4 pagi. Serasa mimpi itu macam benar2 terjadi. Dan orang yang terlibat dalam mimpi tu, dah lama aku tak mikirin ataupun dah lama dia tak masuk ke dalam mimpi ku.
Semalam, dia menjelma lagi dalam mimpi ku. Dia seolah2 cuba mengejar kereta yang aku naiki...dan di dalam kereta tu ada beberapa orang lain. Dia berjaya menghulurkan sesuatu kepada orang disebelah ku, untuk diberikan kepada ku. Aku lagi terkejut kerana dia memberi rantai emas yang kasar beserta buah loket yang besar. Ada dua rantai emas, kedua2nya ku pegang dan ku lihat.....tetapi aku tidak mengambilnya kerana pada waktu itu aku tau, dia ada berhutang wang dengan ku, bukan barang kemas. Aku letak ke tepi barangan itu. Ada dua jam tangan juga bersama barang2 itu. Ku ambil satu, warna biru muda dan lantas ku pakai kerana bentuk dan designnya yang unik....selepas itu aku tersedar...pada waktu itu aku terus lihat jam dan ia menunjukkan pukul 4 pagi.
Bangun pagi nie badan aku rasa tak berapa ok. Seperti kejadian2 sebelum nie, aku rasa semacam aje. Hatiku terasa tak tenang, memikirkan mimpi ku malam tadi. Aku tau ada sesuatu yang tak kena berlaku...dan aku terasa seolah2 diri ku sedang berperang dgn sesuatu.
Dan pengakhirannya sama seperti kejadian2 sebelum nie......aku dah tak berdaya nak berkata apa2...barang yang lepas jangan dikenang.....kita sebagai orang dewasa yg matang seharusnya cuba untuk bertanggungjawab dgn segala keputusan yang kita buat.....aku tak tahu apa lagi yang dia mahukan dari aku... one thing for sure, things wont be like what it used to be.....we are too far apart now....perasaan yg ada bersisa lama dulu dah lama mati....perginya dan matinya sama pada ketika dia membuat pilihan. Aku akur dgn keputusan yg dia buat..walaupun hati ku remuk dan berkecai....aku hormati keputusannya...dan pada ketika ini.....aku cuma berharap dia mengerti dan hormati pendirian ku yg tidak mahu lagi ada kena mengena dgn dia, sama ada hidup atau mati.
Bilakah semua ini akan berakhir?
No comments:
Post a Comment