Sunday, April 3, 2011

Cerita Hari Sabtu

Semalam kononnya nak buat rombongan cik kiah ke airport, menghantar saudara yang nak pergi buat umrah.  Perancangan asal, perlu ada di airport jam 10 pagi coz flight diaorg jam 3 petang.  So, rombongan  nie pun bergegas ler ke airport sharp pukul 9:30 pagi.  Dah lebih dari separuh perjalanan, dapat call, flight delayed ke malam...so, nak buat apa?? Hmmm....dah alang2 sampai ke toll KLIA, terus bayar dan detour carik tempat makan ler...coz pagi tu keluar, cuma sempat minum kopi aje.

Destinasi kami makan adalah di kawasan kampung di Salak Tinggi.  Kedai makan nie terletak tak jauh dan bertentangan dengan perkuburan cina.  Masakan kampung ala negeri sembilan memang disajikan on a daily basis kat kedai nie.  Ahli rombongan pun apa lagi, sampai aje kat tempat yang dituju, terus ler melihat lauk pauk yang dah tersedia.  Memang best makan nasik sambil minum cendol.  Habis licin semua pinggan2 ahli rombongan.  Tersangat ler sedapnye...masak lemak ikan tenggiri dgn rebung, ikan kukus, ikan goreng dan sup tulang.

Selepas makan, sempat jugak menapau goreng pisang nangka dan keledek.  Konon2 nak balik rumah tapi ketua rombongan bercadang nk pg buat site visit ke satu kawasan baru.  Maka, ahli rombongan cik kiah semua telah dibawa ke kawasan Bagan Lalang.  Dekat dengan kawasan Sepang Gold Coast.  Walla wei, very the beautiful pemandangan di sana.....tersangatlah nyaman.  Sewaktu kami tiba, air surut dan tak lah panas sangat cuacanya......

Kami lepak2 di situ dalam sejam then barulah meneruskan perjalanan pulang.  Banyak gak homestay dan chalet milik persendirian di kawasan tersebut.  Tak ramai orang, ada yang berkhemah, ada yang duduk2 lepak sambil menikmati bayu laut seperti kami.


Dalam perjalanan menuju ke destinasi









Tiba di destinasi








Pemandangan water chalet yang indah dari kejauhan








Leaving foot prints on sand.....








Ratu Laut Barat bersama anak buah.....hahaha

No comments:

Post a Comment