Entah mengapa aku bagai terpanggil untuk berkongsi di sini petua yang saban hari ku amalkan sebelum tidur. Sebelum2 nie aku ikut sempat aje kalo time nak membuta tapi disebabkan kejadian di"serang hendap" masa aku tidur (sejak hampir 3 thn lepas), orang yang menolongku selama nie telah memberi beberapa panduan yang perlu diamalkan setiap kali sebelum tidur. Insya Allah, akan nyenyak tidur sampai keesokan harinya......siap berdengkur lagi....hehehe
1. Solat sebelum tidur
Orang yang menolongku selalu berpesan, buat solat isyak sebelum tidur. Dan lagi afdal kalau larat dan berkesempatan, buat solat taubat sebelum tidur. Mungkin kita akan tidur selama2nya, ye lah, ajal datang tanpa kita ketahui bila kan. Jadi, ada baiknya dijadikan amalan seharian.
2. Pastikan berwuduk sebelum tido
Aku ada terbaca kat mana tah, kalau kita berwuduk sebelum tidur, insya allah tiada gangguan syaitan mahupun jin. Kalau orang nak "serang hendap" pun, insya allah, tak berkesan dan tersasar tembakannya. wallahualam.
3. Amalkan beristigfar, mengucap syahadah, surah al fatihah, al ikhlas, al falaq, an nas dan juga ayat kursi.
Bila dah baring tu, terus beristigfar dan mengucap syahadah banyak2. Yang selalu aku lakukan, aku beristigfar 10 kali, mengucap syahadah 20 kali, baca surah al fatihah 21 kali, surah2 al ikhlas, al falaq dan an nas 3 kali setiap satu. Oh ya, aku juga mengamalkan ayat kursi yang mana aku akan baca sebanyak 7 kali. Selalunya by the time kali ke 6/7 baca ayat kursi, mata aku memang dah mengantuk giler2....dan terus lena diulit mimpi...
4. Kalau masih tak tido, aku selalunya akan berzikir sehingga terlena. Zikir yang aku amalkan ialah Ya allah, ya rahman, ya rahim.....sambil jejari dok membilang tasbih, lama2 kita akan mengantuk dan terus lena.....
Itu yang selalu aku amalkan sebelum tidur dan insya allah, tidur lena dan akan terjaga ngam2 pukul 5:30 pagi....
Kes yg baru2 nie aku kena "tembak" tu berlaku kerana aku tertido masa main game cityville, dlm keadaan tak berwuduk dan tak sempat baca apa yang aku amalkan setiap malam.
Dan perkara yang selalu aku ingatkan diri aku, apa2 pun amalan dan bacaan yang aku amalkan, semuanya adalah "Lillah hi taala".....aku kena belajar lagi cara2 nak ikhlaskan semua perbuatan dan amalan aku...semuanya semata2 kerana Dia yang satu.....
Wallahualam.....yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kekhilafan aku sendiri.....
Selamat malam semua.........moga dibuai mimpi2 yang indah.....
No comments:
Post a Comment