Pagi nie aku bangun dengan penuh semangat, konon2nya nak pergi swimming. Dah lama tak turun pool, besides join membership kat Saujana, you get to use the pool for free.....provided you dine in kat the coffee house lar....Dgn penuh bergaya, aku pergi lar ke Saujana.
Sampai kat sana, aku pergi ler tgk pool, awal lagi masa tu, tak de org. Then bila rasa air pool tu, humang aiii, sejukkkkkkk!!!! Terus kensel plan nak swimming2 bagai....aku pn duduk ler lepak kat tepi pool seketika then decided nak balik and buat sessi jalan2 cari makan.
Since mak aku dari 3 hari lepas dok suh aku tapaukan dia lauk kat satu kedai dekat opis aku, maka hari ini aku decided bawak dia pergi ke sana. Maka, around 11 lebih pagi, kitaorg pun berangkat lar ke sana. Lokasi yang dituju, Pekan Salak Tinggi lama.
Kedai nie dah masuk dalam entri aku tak lama dulu, time tu aku ingat kedai nie tak bernama, rupa2 nya ada nama daaaa.....muahahaha. Ok, how to get there. Iku jalan ke bandar enstek, nilai yg lalu kat Sepang International Circuit tu. Then, kat simpang empat tu, turn left. Drive for about 2 Km, past the kubur cina on your right...Kedai tu dlm 300 meter dari kubur cina. Landmark kedai tu, kat depan kedai ada gerai goreng pisang.
Ini lar signage kedai tu.......baru hari Khamis lepas aku perasan......muahahahaha
Kedai nie menyediakan masakan ala noghori sembilan....mmg podeh, cukup lomak santan bagai....And, yang menjadik tarikan kedai ini ialah cendol dia yang memang sedap. Meleleh air liur kalau terkenangkan cendol dia nie.
So, let the pictures speak for itself.....maka, enjoy yek.
Ini hidangan yg aku ambil. Nampak cam biasakan tapi rasanya, walla wei....sedapsss
Itu adalah hidangan yang mak aku makan.
Ikan rebus yang memang sedap....
And for dessert, cendol kacang yang sedapssss......
No comments:
Post a Comment