Pagi tadi pergi beli barang dapur dgn ibu ku. Masa tgh menengok2 barang2 basah, ternampak frozen ikan nyok2 (katanya lar kan). Memang aku nampak kat situ tulis ikan nyok2 and also aku nampak isi dia cam ikan tersebut, so terus ambil dan bayar. Bila sampai rumah baru perasan, it is actually ikan bawal hitam besar yg dah siap dipotong. Frust gak tapi still, ikan tetap ikan. So, terus decide nak buat kari ala mamak.
Ikan bawal masak kari ala mamak
Normally aku suka guna ikan pari utk buat kari nie. Tapi disebabkan bapak aku tak leh makan ikan pari kerana dia ada sakit gout, hajat ku terpaksa dilupakan. Buat ketam masak cam nie pun sedap gak. Aku buat kari nie ada kuah sikit coz nanti kalo kering, bapak aku complain ler.....
Nota kaki: Yes dear, this is the same curry that you had that day, the only difference is the fish being used. Hari tu, ikan pari......today, I masak ikan bawal hitam tau.
No comments:
Post a Comment