Sekarang musim blogger ber guest blogger....so, aku beri laluan kepada blogger undangan nie meluahkan segala isi hati, isi pewut dia kat sini....dipersilakan....Ms. X
=================================================================================
Kadang2 rasa macam suka, selalu rasa macam rindu sgt nak ketemu, kadang2 rasa macam sayang.....
Dia tak tahu ke yg kita nie amek berat pasal dia, suka & sayang serta rindu nak ketemu dia? Tapi kenapa dia buat kita macam batu yek? Yelah, dulu dia pernah bagi paper weigh berbentuk batu tapi takkan dia sampai hati nak samakan kita dengan batu?
Kita nie perasan sorang2 ke? Bila kita hantar mesej, email bagai (itu pun bukan selalu sebab kita tak nak dituduh mengganggu) dia jarang nak jawab. Kita pun bukan selalu nak kacau dia, kita pun tahu dia sibuk nak pindah2 rumah, tapi takkan tak boleh nak balas mesej sekali sekala?
Kita bukan batu, bukan tunggul kayu...kita bukan tembok besar china...kita nie manusia jugak, macam dia. Kita bernafas menggunakan oksigen dan mengeluarkan karbon diaoksida, macam dia jugak, tak ada bezanya. Kita rasa seperti anak patung aje, diperkotak katikkan dan diperlakukan sedemikian rupa...
Kita tak tahu siapa sebenarnya kita di mata dia, kita pun tak pernah tanya dan kita rasa sekarang, kita tak nak tahu sebab tak ada bezanya keadaan dulu dan kini. Kita pun tak tahu macam mana org2 sekeliling dia boleh tahan dengan dia. Cuma kita harap dia akan rasa apa yg kita rasa suatu hari nanti, then baru dia tahu keadaan sebenar. Maybe selama nie dia tak pernah alami rasa sepertimana yg kita rasa, dan mungkin inilah cara terbaik untuk dia.
Kita malas lah nak tulis lagi, kita rasa kita dah luahkan apa yang terbuku dihati kita selama ini. Kalau kita tulis panjang2 pun, macamlah dia baca dan dia terasa yang kita tengah membebel pasal dia. Terima kasih kpd tuan punya tanah yg sudi beri peluang kepada kita meluahkan perasaan.
Nota kaki: Thanks Ms. X kerana sudi mencemar duli kat blog aku. Aku tak pandai nak nasihatkan org tapi aku rasa dlm kes mcm nie, communication is very important if we want a relationship to work. Bila ada communication breakdown macam nie, susah lar. Entah ler, aku pun tak tau apa yg Ms. X lalui dan alami selama nie, so I can't comment much.
No comments:
Post a Comment