Dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal benda nie tapi asyik tertangguh saja. I know the topic can be quite controversional and now, finally I have the courage to do so.
Aku heran mengapa sesetengah golongan orang2 kita nie suka benar memandang rendah dan hina terhadap orang lain. Dan ianya lebih menimbulkan rasa hairan kerana perangai nie datangnya dari golongan yg ada sedikit ilmu agama. Bukan sekali dua aku jumpa org mcm nie, dah banyak kali dah and kadang2 rasa lucu mengenangkan perangai mereka nie.
Sebab mengapa aku tergerak hati nak menulis kali nie ialah kerana ada satu kejadian. Ada sorang hamba Allah tu datang kat aku semalam dan mengadu. Sedara dia nak pergi buat umrah minggu depan dan dia minta tolong sedara dia tu doakan agar keluarga kawan aku nie berubah kepada kebaikan dan dijauhi segala malapetaka. Tapi sedara dia yang nak buat umrah tu kata dia tak buat semua benda2 tu (doakan utk org lain hatta kaum keluarga sendiri). Aku pujuk hamba Allah nie supaya bersabar. Kita lagi mintak tolong dgn org and it's up to his perogative to do it or not. We have no say. Kata aku lagi, Allah lagi Maha Mendengar dan Maha Mengetahui....serahkan semuanya kepada Yang Esa, tak kira dimana pun kita berdoa, yang penting hati kita ikhlas dan redha dengan segala ketentuan Nya. Ini mungkin bahagian kita yang Allah nak uji setakat mana tahap kesabaran kita. Bersabar aje lah, pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.
Rupa2nya sedara hamba Allah nie ada mengikuti satu tarekat dan disebabkan itu, dia seolah2 memandang rendah kepada kaum keluarga lain yang tak mengikuti apa2 tarekat. Aku tak kata tarekat tu salah tapi we should go back to the very basic, agama Islam mengajar kita agar berbuat baik antara satu sama lain dan jangan sesekali menghina dan memandang rendah sesama penganutnya. Apa sudah jadi??
Itu satu hal. Lagi satu hal yang aku rasa tak berapa seronok adalah kerana sedara hamba Allah nie ada satu perangai yang agak pelik, dia tak suka kongsi ilmu dengan orang lain. Contohnya, dia dah dapat ayat/doa tapi dia tak mau berkongsi dengan orang lain. Apa lah yang payah sangat, ayat/doa tu pun adalah ayat2 Al Quran. Berkongsi ilmu ke arah kebaikan adalah sangat dituntut, kenapa perlu kedekut? Aku ada berkata kat hamba Allah nie supaya bersabar kerana doa2 dan ayat2 tersebut boleh diperolehi. Zaman sekarang zaman internet, boleh refer ke laman web ustaz2 terkenal dan buat rujukan di situ. Boleh juga bersoal jawab hal agama di website mereka. Buku2 doa pun banyak terdapat di pasaran sekarang, tepuk dada tanya selera.
Tapi bagi aku lah kan, setelah mendengar cerita hamba Allah nie, aku boleh buat kesimpulan. Tak perlu kedekut dengan ilmu yang kita ada kerana ianya mungkin sebesar habuk, mari kita saling berkongsi dan ingat mengingati antara satu sama lain. Apa2 yang kita buat di dunia nie yang paling penting ialah niat. Hati/perasaan kena ikhlas dan niat hanya pada yang satu. Lillah hi taala. Mungkin mudah ditulis tapi amat payah untuk dilaksanakan. Berdoalah banyak2 agar kita semua dijauhkan sifat2 seperti ini.
Nota kaki: Teringat pulak pada sorang hamba Allah yang aku kenal nie. Aku akui dia memang sorang yg taat perintah agama. Tapi pada pandangan mata aku, tak perlulah brag. Ada ke patut dia tanya aku, apasal aku selalu nampak/experience benda2 yg sepatutnya manusia seperti aku tak layak nampak/experience/lalui. Pada pendapat aku senang aje, aku redha dgn setiap sesuatu/apapun yang berlaku and apa yg aku nampak/experience/lalui selama nie aku anggap sebagai salah satu cara Allah nak memberi kesedaran dan keinsafan kepada ku yang ada dunia lain yang wujud selain dari dunia manusia. Ada banyak sebab mengapa ianya aku lalui dan bukan dia, hanya Allah yang Maha Mengetahui.....

No comments:
Post a Comment