Ianya bermula bila ada kawan aku kat FB letak link movie nie. Semuanya kerana Astro sedang menayangkan citer nie kat channel yg kita kena langgan. I didn't know anything about this movie tapi out of boredom, aku pun click lah kat Wall FB kawan aku. And definitely aku tak menyesal menghabiskan 1jam 40 minit tgk citer nie.
Ianya diadaptasikan dari novel yg mempunyai tajuk yg sama. Berlatar belakangkan sebuah kampung di Bandar Aceh yg terjejas akibat tsunami. Delisa nie ada 3 org kakak, Zahra, Aisyah dan Fatimah. Dia anak bongsu and definitely bila dah ramai adik beradik pasti ada rasa cemburu, iri hati etc. Delisa berpendapat bahawa setiap sesuatu yg dikerjakan perlu mendapat imbuhan/ganjaran/hadiah. Jadi, sebagai hadiah kalau dia lulus ujian shalat, org tuanya akan memberikan seutas rantai emas berhuruf D.
Ditakdirkan pada hari dia menduduki ujian shalat, tsunami melanda bumi Aceh. Dia terselamat tapi kakak2 dan ibunya meninggal dunia. Sepanjang dia koma, dia melihat semua kawan2 dan teman sekampungnya pergi meninggalkan dia.
Ok, I wont want to tell all the story line here tapi trust me, it's worth watching. Sepanjang2 tgk movie nie, air mata aku asyik meleleh aje......sedih tau citer nie. And antara babak yg tak boleh aku lupakan ialah apabila Delisa sedar dari koma di hospital, dan terus buka selimut, dia terkejut melihat kaki kanannya telah kudung. Dia langsung tak menangis, dia cuma bersangka kakinya hanyut dibawa arus tsunami. And dia tgk kaki kirinya masih ada, dia terus berkata "Kaki kiri masih boleh digerakkan lagi"..See, how positive this small girl can be.
Another scene yg aku rasa almost all of us could relate to is when teman sekampungnya, Umam, menjerit kegembiraan mendapat khabar bahawa ibunya masih hidup. Lantas, Delisa suddenly let out all her anger yg selama nie dia simpan....and antara bait2 dialog yg aku rasa sangat terkesan ialah "......mengapa org jahat seperti Umam bisa mendapat ibunya semula walaupun dia jahat. Allah tidak adil". Time nie, memang air mata aku tak dapat dibendung lagi.....
Conclusion is, silalah tgk movie nie....ia pasti meninggalkan kesan pada kita. Cara dakwah yg disampaikan amat halus dan I believe, all of us could relate to it. Dialog penutup movie nie pun best gak, bila abi/bapa Delisa ckp kat dia semasa di pantai "Dugaan itu adalah satu ujian Allah buat kita supaya kita bisa lebih kuat dikemudian hari"....
Movie Poster
Delisa bersama ibu dan kakak2nya
Abi/bapa Delisa yg terkejut melihat kampungnya musnah dilanda tsunami
Kata2 yg amat benar
Kapten Smith yg menyelamatkan Delisa
Kapten Smith dlm movie ini....he looks familiar lar, ada iras2 my personal doctor...:-)
Nota kaki: Sebuah movie yg penuh emosi....aku mmg emosi giler nonton movie nie, ok.. Dan ingat, seperti dialog dlm movie nie "Delisa shalat bukan kerna Delisa mau kalung, Delisa solat kerna Allah". Banyak dialog yg "makan dalam" dlm movie nie....
aku pun meleleh2 n tersedu sedan nengok citer nie ...
ReplyDeleteneena
ReplyDeleteaku pong......sedih babe sampai bengkak2 mata aku nanges....