Ini lawatan last Friday. Finally, after 4 attempts to dine kat situ tertunda, akhirnya dpt juga merasa kelazatan juadah ditempat yg femes ini. Nama tempat ni, Restoran Lawood yang terletak di Desa Cempaka, Nilai. Restoran nie femes kerana menghidangkan juadah ala nasi kandar tapi keistimewaannya adalah kerana ianya dimiliki sepenuhnya oleh orang melayu.....terrell wa ckp lu, dia leh masak sejibik cam style mamak.
Ayam goreng kat sini memang malatopssss.....sedap. Sila abaikan pinggan yg penuh dgn ayam tu coz finally we decided to return half of it. Tak mo tomok2...
Kuah kari campur yg memang out of this world. Aku suspek depa menggunakan rempah basah yg segar, lain rasanya.
Gara2 pewut lapar, terpengaruh dgn nafsu nak meratah ikan tenggiri goreng.
Partners in crime kali nie adalah ahli lembaga lunch mate aku yg baru, Nurul dan Muna. Berbaloi2 pergi makan kat sini, kelazatannya hingga menjilat jari....
No comments:
Post a Comment