Tiba2 tergerak hati nak berkongsi dengan semua berkenaan tips2 utk those yg buat part time study. Aku tulis nie berdasarkan pengalaman peribadi aku masa buat degree beberapa tahun lepas and maybe it could be used by those yang rasa sesuai dengan cara approach aku. Ini pun kerana ada staff kat office yg aku nampak mcm hilang punca coz hari tu ialah first time dia amek final exam for her first semester.
1. First of all, it is better kalau kita dapat menguasai bahasa inggeris dgn baik. Ini kerana 99% buku teks, rujukan dan past year papers adalah dalam bahasa tersebut. Macam mana nak improve our english? Read a lot and try to speak the language. Rajin2 kan diri tgk programme dlm bahasa berkenaan. At the same time, learn to express yourself and ideas in english. Ini penting terutama apabila menjawab soklan final nanti (applicable to papers yg kita kena kembangkan idea dan isi dlm english).
2. Tgk dan fahami programme/subject and topic outline. It will give us rough ideas as to apa yang penting dan apa yang kurang penting. Sebagai contoh, utk paper Intro to Marketing, pasti asas "apa itu marketing" adalah penting. Dont worry, after few semesters, kita pasti dah terror utk kenal pasti point yg penting. Seperkara lagi, during the first class/lecture yg kita attend, normally the lecturer/tutor akan bgtau mana topic yg hot, penting dan peberet masa exam. Sila take note and put extra effort and attention for that particular topic.
3. Rajin2 kumpul dan attempt buat past semesters final papers. Ini penting sgt2 coz it will give us an idea as to what normally being asked during the final exam. Normally lecturer pun rajin bg students assignment utk latih tubi dgn past year papers, so rajin2 lar buat latihan yek.
4. Sebagai part time and matured students, kita nie ada kelebihan dari segi pengalaman. Jadi, untuk certain subjects, kita boleh relatekan topic berkenaan dgn our experience. Itu lagi bagus as kita akan lebih memahami akan subject tersebut kerana kita dah laluinya.
5. Utk calculation papers, again, kita kena fahami formula, its applicability dan cara jalan kerja. Skill lain yg diperlukan adalah kemahiran utk mengenal pasti permasalahan yg diutarakan dan cara jalan kerja yg memenuhi soklan yg ditanya. Sekali lagi, rajin2 buat past year papers, we will learn a lot from there.
6. Cari classmate yg boleh dijadikan kawan seperjuangan yg sanggup susah dan senang bersama. Ini teramatlah penting kerana berdasarkan pengalaman aku, member2 sekeliling kita nie lah yg jadi push factor utk kita excel dan amek subject semaksima mungkin. Member ini juga lah yg akan jd group member utk buat group assignment nanti. I was blessed coz semasa aku belajar dulu, aku ada 3 org member yg sanggup mengharungi susah dan senang bersama2....kami saling bantu membantu antara satu sama lain. Macam aku, coming from secretarial background and tak amek science stream masa sekolah dulu, I had difficulties dgn calculation, esp calculation add maths. Kawan2 aku nie lah yg sanggup mengajar aku cara2 pengiraan dari A sampai Z. In return, aku tolong diaorg utk lebih memahami subject marketing and strategic management. Those 2 subjects memang aku suka bangat coz aku suka menggoreng sampai garing....hehehe
7. This is the most important part. Minat dan sentiasa beri tumpuan semasa lecture diadakan. In my case, since kitaorg student E-Pjj, dalam satu semester cuma 4 kali attend lecture. I might say that it's about 80% usaha sendiri dan 20% lagi dari lecturers. Kita kena push diri kita utk buat the extra work, study dan fahami setiap subject then baru attend lecture (in our case, ia dikenali sebagai seminar). Setiap kali seminar, lecturer akan cover 3-4 topics, kalau kita tak buat homework to study first, memang keciciran. Masuk seminar 2 normally dah ada kuiz, and that would normally cover 6-8 topics....bayangkan betapa hecticnya life aku dulu. Itu baru satu subject, kalau that semester kita amek 4 subject, tak ke berasap kepala??? hehehe. Kalau tak faham, rajin2 ler tanya dgn lecturer, buat appointment to see the lecturer....most of them are willing to spend at least 1 hour to explain to us in details.
8. And for the thesis part, first of all, carik lah lecturer yg paling garang dan korang geruni utk jadik mentor korang. In my case dulu, first time buat thesis, aku drop coz kerja kat opis byk. Then, the following semester, fakulti letak nama aku kat lecturer yg paling digeruni oleh semua student. Terkucil gak aku pada mulanya. Tapi setelah pergi jumpa dia utk kali ke 3, things are getting better. Dia memang dah set target yg kitaorg semua kena ikut, he is very strict. Semua lecturer lain pun gerun dgn dia. Normally masa Viva bila ditanya siapa mentor, sebut aje nama dia, lecturer lain mmg tau student2 under this lecturer mmg "creme de la creme"....the tough ones coz it is not easy to please him. Aku teramat bersyukur fakulti letak nama aku bawah pengawasan lecturer nie coz I finally faham what my thesis is all about. Aku amat2 terhutang budi dgn lecturer nie. Setiap kali ada group appointment dgn dia, memang dia akan check draft thesis kami, bagi comment. He really treats us like adults, banyak pengalaman dikongsi bersama.
9. Last but not least, setelah kita put in our efforts semaksima mungkin, setelah kita attempt our very best masa final exam, jgn lupa berdoa dan berserah pada Allah agar dipermudahkan perjalanan hidup kita sebagai student. What I would normally do dulu, everytime results exam keluar and all papers cleared, aku buat sikit kenduri kesyukuran kat surau rumah aku.....
Aku rasa setakat tu aje kot pengalaman aku masa buat part time study dulu. All in all, I managed to grad as a 3 pointer, walaupun pada asalnya aku bukan dari Business and Accounting background.
Sekarang aku lagi terpikir utk further study buat Masters, terasa hidup kosong tanpa stress belajar...heheheh