Ini another delayed entry. Terlupa lar and masa mengemas photo folder aku, baru ler terperasan ada pic yang belum dibuat entry lagi.
Of late nie, kitaorg giler menyediakan mushroom soup. Dont get me wrong, ianya tidak menggunakan apa2 soup segera sama ada dalam tin mahupun yg powder type. Ini satu homemade dish. Apatah lagi selepas tgk bahan2 yg digunakan tu memang ada stok kat rumah, makin menggila lar kitaorg dibuatnya.
Bahan2 yang diperlukan adalah:
1 tin cendawan butang (nak guna fresh mushroom pun ok aje)
1 cawan susu full cream milk
3 ulas bawang putih
Butter dlm anggaran 3 sudu makan
1 cawan tepung gandum yang dibancuh dgn 9 cawan air biasa
sedikit stok ayam
Cara2 menyediakan:
1. Panaskan periuk dan masukkan butter. Tunggu sampai cair butter tersebut.
2. Bila dah naik bau, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga naik bau.
3. Bila bawang putih dah agak kekuningan, masukkan satu cawan susu full cream milk. Kecilkan api. Masukkan stok ayam (dlm seketul) dan garam secukup rasa. Masukkan cendawan yang telah dipotong mengikut citarasa masing2.
4. Bila dah hampir menggelegak, masukkan bancuhan tepung dgn air tadi. Dikacau perlahan sampai kelihatan agark pekat....Siap.
The making of mushroom soup
Cubalah buat, pasti tak menyesal. Sama aje rasanya dgn yg beli ready made tu.
No comments:
Post a Comment