Hari ini sama seperti hari2 yang sebelumnya. Yelah, dah namanya makan gaji, biasalah, buat keje yang diamanahkan.
Sebenarnya citer hari nie ialah berkenaan satu gerai makan yang aku akan kunjungi at least 3 kali seminggu, especially bila aku teringin nak makan nasi campur. Yang menariknya di gerai nie, ayaq asam dan ikan bakarnya yang mabeles and out of this world. Selain dari itu, ayam goreng berempah pun sedap juga apabila dicicah dgn ayaq asam tu.
Hari nie aku makan berlaukkan ikan kembung bakar....terasa lazat sungguh, ikan tersebut masih segar.
Oh ya, mungkin ada yang tertanya, kenapa aku suka ayaq asam kat sini. Ayaq asam di gerai nie cukup rasa masam dan pedasnya, dan kena dengan selera aku.
ikan kembung dan ikan pari bakar. Rempah yang digunakan utk memerap ikan tersebut berjaya menambah lagi keenakan.
Gerai ini terletak di kawasan Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi dan nama gerai ini ialah Gerai Makanan dan Minuman Kak Izan. Cubalah berkunjung ke gerai ni. Word of caution, sila datang awal coz ikan bakar gerai nie selalunya cepat habis.
No comments:
Post a Comment