Sunday, July 8, 2012

...dan kejelitaan adalah hak milik setiap insan

Tajuk posting mcm baguss aje kan...propa sungguh..hehehe.  Kang ada pulak yang muntah kaler perangi, dan ada lak yang kata "eleh, perasan sungguh dia nie, mcm lawa".  Sebenarnya, saja aje aku gunakan tajuk nie sebagai entry kali nie kerana, to be honest, aku tak tau apa tajuk yang paling relevant yang boleh digunakan.

Kisahnya berlaku minggu nie.  Dalam minggu nie, dah 4 orang kata muka aku nampak lain dan tak macam biasa. Hmm...apa yang lainnya, aku masih lagi berhidung bawang dan masih kelihatan parut jerawat hari tu.

Tapi, bila ada yang menegur dan kata, "Linda, your skin nampak much better then before, dah sekata warnanya dan tak nampak lagi open pores", baru lar aku faham maksud mereka2 itu.  Actually, aku pun dah perasan sejak sebulan lepas, tekstur kulit muka aku ada perubahan yang ketara, sekarang tone nya pun sama dan terasa licin dan segar sepanjang masa.

And actually, sebelum budak2 opis tegur, mak aku sendiri pun dah tegur baru2 nie...dia kata kulit muka aku nampak more supple, hydrated dan fresh.

To cut it short, aku amat berterima kasih kepaa Loreal Revitalift.  Aku cuma menggunakan foam wash, toner, day cream dan night cream tetapi perubahannya nampak ketara.  Sebelum nie aku ada cuba menggunakan Olay Regenerist tetapi hasilnya kurang memberangsangkan.  So, aku akan terus menggunakan Loreal Revitalist untuk melihat kesan selanjutnya.

Mucho gracias Loreal Revitalift


No comments:

Post a Comment