Saturday, July 21, 2012

1st day puasa tahun 2012

Selamat sudah kita berpuasa pada hari pertama.  Pagi2 besok, bangun sahur dan the routine will continue for the next 28 days.  Trust me, by the time it hits the 15th day fasting, everything will be on a fast mode already.  Sedar2 nanti, dah nak raya. 

Since today is the first day, kitaorg pun berbesar perasaan berkunjung ke pasar ramadan not far from our place.  Wallawei, jalan menuju ke situ dah sesak, kereta semua dah double park.  Somehow we managed to find a parking kat area driving school.  Selepas tu, menapak ler ke pasar ramadan.

Nothing much has changed, except harga barangan jualan yang semakin naik.  And this time round, tak ada org jual ikan bakar.  I guess maybe it could be due to the fact that harga ikan sekarang memang tengah melambung naik, dah ler harga ikan tinggi, berapa sangat lah penjual boleh charge kat pengguna dan berapa sgtlah profit mereka nanti.  As for me, memang tak berbaloi.

Bila tengok peniaga bazar ramadan berniaga, tiba2 teringat idea aku 2 bulan lepas.  Ye, aku masa tu berkira2 nak amek cuti tanpa gaji dan berniaga di bazar ramadan.  Cannot imagine kalau aku proceed dgn idea aku tu, mesti ler by this hour aku dah tido kepenatan....hehehe.

Berniaga macam nie memang memenatkan tapi somehow ianya menyeronokkan.  How I wish if I were to proceed with the idea, boleh try tgk setakat mana kemampuan aku.  Masa tu aku berkira2 nak jual nasi berlauk or maybe nasi lemak kukus dgn ayam goreng berempah.  Manpower nye, aku ler, sambil dibantu oleh mak aku. 

Semua angan2 dan perancangan nie tinggal angan2 aje coz adik aku bersalin sebulan seblm puasa....there goes my dream.  Bad enuf now masa mak aku occupied dgn tlg tgk2kan baby, inikan pulak kalau aku berniaga, mau nye dia tido pengsan time pagi raya nanti....hehehe.

Moga bulan ramadan kali ini aku dikurniakan kesihatan yang baik supaya aku dapat menjalani ibadah berpuasa dengan lebih sempurna.  Macam tahun lepas, aku start kena flu a day before raya, malam raya aku dah semput.....asma attack and 1st raya, knock out terus....demam selsema bagai....same goes to my mum. Sian kan kat kitaorg.

No comments:

Post a Comment