Sunday, July 29, 2012

Me, Myself and I

At my age, ramai juga yang directly tanya aku mengapa aku tak settle down lagi, what they mean is that, kenapa aku tak start my own family?  The truth is, aku percaya kepada qada dan qadar, rezeki, jodoh dan ajal tu, kerja Yang Maha Esa.  Kita cuma berusaha dan berdoa, dan kalau Dia masih tak memakbulkan permintaan kita tu, kita kena bersangka baik dan teruskan usaha kita.

Actually, I am a very simple person.  Tak payah nak impress aku dgn benda2 yang branded dan mahal2 kerana aku tak perlukan semua itu.  To the extent, aku tak punya pakaian yang memerlukan penjagaan khusus seperti dry cleaning, hantar dobi bagai sebab pada pendapat aku, kalau nak jaga baju lagi payah dari nak jaga diri senirik, baik tak payah beli.  Lessen my burden and make my life easier, betul tak?

I dont demand for holiday ke mana2 negara yang travelling time nya lebih dari 3 jam sebab, aku nie sebenarnya takut nak fly lama2.  Trust me, BP aku for sure naik mencacak bila duduk dalam plane lama2......kalau plane dah start goyang, langgar air pocket bagai tu, lagi lar aku menggelabah....tak abis2 beristigfar.  That's why aku prefer pergi ke Bandung, dan aku tak pernah jemu nak pergi ke sana.  Save my travelling time and of course, my money.

Aku tak perlukan rumah yang besau utk tinggal.  Percaya tak, setiap kali aku tgk rumah semi-D, bungalow org lain, the first thing that struck my mind is "gosh, macam mana nak kemas rumah nie?  Berapa banyak langsir nak beli.  Tak sanggup lah nak tinggal dalam rumah besau2 nie".  Aku sekarang terpengaruh dgn konsep apartment di Jepun, a small apartment that's just nice and comfortable utk 3 org, the most.  Konsep minimalist katanya.

I live with whatever I have, kalau ada rezeki lebih, maka, aku bersyukur ada extra income utk dibelanjakan.  Kalau rezeki terkurang, tak per, aku masih bersyukur punya fixed income setiap bulan dan dapat digunakan utk melunaskan monthly expenses aku.

At the same time, pada masa ini, aku masih meninjau2 peluang utk memulakan perniagaan sendiri.  Setakat nie, dah 3 offer aku terpaksa turn down sebab manpower tak cukup, tak ada pengalaman dan takut nak amek risiko.  Offer yang datang bergolek tu memang bukan calang2, and it requires 150% commitment dari aku.  How can I commit myself when I am still working?  Sayangkan bila peluang terpaksa dibiarkan begitu sahaja, that's how I feel bila terpaksa menolak tawaran yang datang.  Bagi aku, I would prefer to start something small first, build repo and gain the trust from the customers then only slowly lebarkan sayap.  It might take time tapi ianya pasti berbaloi sebab customers dah percaya dengan tahap kemampuan kita.  Kedua orang tua aku tak putus2 beri galakan dan sokongan utk aku mencuba sesuatu yang baru.....and yet, kita kena pelan2 kayuh.

To whom it may concern, jangan takut dan risau, I am not the demanding type.  Over the years that you have known me, pasti you realise that I work hard for what I wanted and tak bergantung kepada sesiapa pun.  I've gone through a lot of hardship and with the loss of someone close to me, I realise that at the end of the day, money is not everything.  Yes, money can make you live comfortably tapi sampai bila kita nak tergantung kepada duit?  Hatta kalau ada harta benda melimpah ruah pun, itu tak menjamin kebahagiaan dalam kehidupan kita.  Bahagia itu subjektif, mungkin bahagia dari definisi aku ialah bila aku dapat bermain2 dgn kucing2 kesayangan ku, menghabiskan masa dgn org yg tersayang, in short, simple things in life could make me happy.  Bagi ku, ilmu dan pengalaman tiada tolok bandingnya dan tak bisa ditukar ganti, begitu juga dengan cara kita memandang hari muka, itu yang membezakan kita dengan orang lain.

I pray hard that aku bisa diketemukan dengan seseorang yang dapat menerima ku dengan seadanya, sama pendirian dan positif dalam menangani kehidupan mendatang.  I need someone who knows how to excite and keep me happy coz apa juga ciri2 kemewahan (pada mata ku) telah ku rasai, been there, done that. Harta keduniaan bukanlah kayu pengukur tahap kebahagiaan bagi ku. 

Cerita Hari Sabtu - 28 Julai 2012

Hari nie sessi masuk dapur, memasak untuk berbuka.  Kebetulan pula hari nie ada yang menyambut ulang tahun hari jadi, maka aku berhajat nak masak pulut kuning dgn kari ayam utk meraikan dia.

Quite easy and fast dah siap juadah yang dijanjikan.  Kepado omak den, selamat ulang tahun, moga panjang umo dan murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.  Omak den nie kawan den buek citor merepek...dio suko kacau den maso den tongah layan game...den lak, nak suruh dio sonyap, den bagi lar dio kojo utk berpikir, contohnya suh dio buat layout kalau den sambung bilik den nie hah buek 2 tingkat....lopeh tu, dio sonyap dan berpikir lar....gerenti dio tak kacau den 3-4 hari....sampai lah dio dapek idea, barulah dio carik den....ekekkekeke.

Homemade chicken curry to be eaten with pulut kuning

My all time peberet, pulut kuning

Bila Kaki Borong Bertemu Kaki Lelong version 1.0

Ye, last month ada posted the same topic.  This time round pun, masih ada lagi benda nie.  Kejadian berlaku hari Isnin, 23 Julai 2012.  Hesitating whether I should go to the office first then proceed to the venue, vice versa, kalih2 org harapan kata jumpa kat sana aje.  Maka, bergegas ler ke tempat kejadian.

Masa sampai, line beratur nak masuk dah terlalu panjang dan dah tak de nombor2 lagi dah.  Macam biasa, mulut kena manis, hati kena baik....maka, dipermudahkan lah perjalanan kami hari tu....dont ask me how but we managed to squeeze ourselves through the crowd.  Dikhabarkan ada yang dah beratur seawal jam 7:00 pagi....giler kentang tu....tempat tu cuma buka jam 12:00 tgh hari.....

Hasil borongan kali nie, ada lar gak....berbaloi.  Cuma ada insiden yang tak berapa menarik, ada hamlau dah cilok barang yg aku dah ketepikan/booked...mmg cari pasal lar, ke mana aje si hamlau tu pg, aku haunt dia dan maki hamun dia depan2....rasain lho.....

Cari lori, maka barang2 borongan dibawa balik dengan senang hati.  Walaupun list barangan yg aku nak tu panjang, yg dpt cuma seketul aje.....itu aje rezeki aku utk hari tu....apa leh buat.....

Lebih kurang camnie ler aku angkut bawak balik

Benda2 nie first round hari tu aku dah angkut....hehehe


Cerita Hari Ahad - 22 Julai 2012

Hari ke dua kita berpuasa.  Ye, again, citer backdated.  Sejak puasa nie, macam kesuntukan masa aje nak berciter kat sini.  Well, back to the story of what had happened on the second day of fasting month.

Sebenarnya dah terasa2 malas nak ke bazaar ramadan. So, hari nie, ada lar niat nak memasak.  Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, dapat lah pulak stok petai yang cantik lagi fresh, maka terjadilah kejadian memasak sambal petai (not again!!).

So, hari nie kitaorg berbuka dengan juadah campur2, ada yang dibeli dan ada yang disediakan dirumah.

Moh layan gambo yek (sebab dh tak tau apa lg nak tulis).

Sambal petai in the making....

Suka amek tender buat air utk berbuka...I decide, the rest kena ngikut aje...hehe

Saturday, July 21, 2012

Sessi Jelajah Dapur - 15 Julai 2012

Ini another delayed entry.  Terlupa lar and masa mengemas photo folder aku, baru ler terperasan ada pic yang belum dibuat entry lagi.

Of late nie, kitaorg giler menyediakan mushroom soup.  Dont get me wrong, ianya tidak menggunakan apa2 soup segera sama ada dalam tin mahupun yg powder type.  Ini satu homemade dish.  Apatah lagi selepas tgk bahan2 yg digunakan tu memang ada stok kat rumah, makin menggila lar kitaorg dibuatnya.

Bahan2 yang diperlukan adalah:

1 tin cendawan butang (nak guna fresh mushroom pun ok aje)
1 cawan susu full cream milk
3 ulas bawang putih
Butter dlm anggaran 3 sudu makan
1 cawan tepung gandum yang dibancuh dgn 9 cawan air biasa
sedikit stok ayam

Cara2 menyediakan:

1.  Panaskan periuk dan masukkan butter.  Tunggu sampai cair butter tersebut.
2.  Bila dah naik bau, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga naik bau.
3.  Bila bawang putih dah agak kekuningan, masukkan satu cawan susu full cream milk. Kecilkan api.  Masukkan stok ayam (dlm seketul) dan garam secukup rasa.  Masukkan cendawan yang telah dipotong mengikut citarasa masing2.

4.  Bila dah hampir menggelegak, masukkan bancuhan tepung dgn air tadi.  Dikacau perlahan sampai kelihatan agark pekat....Siap.

The making of mushroom soup

Cubalah buat, pasti tak menyesal.  Sama aje rasanya dgn yg beli ready made tu.

1st day puasa tahun 2012

Selamat sudah kita berpuasa pada hari pertama.  Pagi2 besok, bangun sahur dan the routine will continue for the next 28 days.  Trust me, by the time it hits the 15th day fasting, everything will be on a fast mode already.  Sedar2 nanti, dah nak raya. 

Since today is the first day, kitaorg pun berbesar perasaan berkunjung ke pasar ramadan not far from our place.  Wallawei, jalan menuju ke situ dah sesak, kereta semua dah double park.  Somehow we managed to find a parking kat area driving school.  Selepas tu, menapak ler ke pasar ramadan.

Nothing much has changed, except harga barangan jualan yang semakin naik.  And this time round, tak ada org jual ikan bakar.  I guess maybe it could be due to the fact that harga ikan sekarang memang tengah melambung naik, dah ler harga ikan tinggi, berapa sangat lah penjual boleh charge kat pengguna dan berapa sgtlah profit mereka nanti.  As for me, memang tak berbaloi.

Bila tengok peniaga bazar ramadan berniaga, tiba2 teringat idea aku 2 bulan lepas.  Ye, aku masa tu berkira2 nak amek cuti tanpa gaji dan berniaga di bazar ramadan.  Cannot imagine kalau aku proceed dgn idea aku tu, mesti ler by this hour aku dah tido kepenatan....hehehe.

Berniaga macam nie memang memenatkan tapi somehow ianya menyeronokkan.  How I wish if I were to proceed with the idea, boleh try tgk setakat mana kemampuan aku.  Masa tu aku berkira2 nak jual nasi berlauk or maybe nasi lemak kukus dgn ayam goreng berempah.  Manpower nye, aku ler, sambil dibantu oleh mak aku. 

Semua angan2 dan perancangan nie tinggal angan2 aje coz adik aku bersalin sebulan seblm puasa....there goes my dream.  Bad enuf now masa mak aku occupied dgn tlg tgk2kan baby, inikan pulak kalau aku berniaga, mau nye dia tido pengsan time pagi raya nanti....hehehe.

Moga bulan ramadan kali ini aku dikurniakan kesihatan yang baik supaya aku dapat menjalani ibadah berpuasa dengan lebih sempurna.  Macam tahun lepas, aku start kena flu a day before raya, malam raya aku dah semput.....asma attack and 1st raya, knock out terus....demam selsema bagai....same goes to my mum. Sian kan kat kitaorg.

Friday, July 20, 2012

A day before puasa starts...

Ye, ini cerita hari Jumaat, 20 Julai 2012.  Since bulan puasa nanti tak ada long hours of lunch time, me and the gang decided to have an outing together.  Walaupun makanan masih banyak terdapat di opis, outing nie lebih kepada meneman sorang daripada gang membeli barangan untuk membuat tempahan biskut raya.

Just like last year, tahun ini juga kami menuju ke Banting.  Usai membeli belah, sempat lagi singgah di salah satu gerai cendol yang terkenal di pekan itu.  Ok gak cendol di sini, cuma aku tak berapa favor mee rojak mereka.
Cendol biasa (ada ke cendol luar biasa? hehehe)

Mee Rojak, biasa aje rasanya.

Cerita Hari Ahad - 15 Julai 2012

Ini cerita Hari Ahad minggu lepas.  Baru lar ada kesempatan nak jumpa my buddy, si Umi.  Sepatutnya jumpa hari Sabtu, tapi since aku kena jadi baby sitter, terus lar postpone ke Ahad.

Mulanya plan nak lepak tempat peberet kitaorang tapi last minute, Umi decided that both of us try the arab food around her place.  Lantas setelah amek dia kat rumah, kami menuju ke Tiara Duta Condo di Taman Putra Sulaiman, Ampang.

Nama tempat tu ialah Mentara Kolam Hawkers' Centre.  Sebelum nie ia adalah parking lot utk those residents kat situ tapi now they converted the parking kepada Hawkers' Centre.  Ada banyak pilihan makanan di situ, ada gerai makanan arab, ayam penyet, makanan pakistan, sup haji abu jalan doraisamy dan nasik lemak royal.

We decided to try the makanan arab....I ordered chicken sharwarma and umi tried their humus.  Overall, the food there is ok and reasonably priced.  The food portion pun memang banyak, at least utk 2 org makan.

Humus

Chicken Sharwarma....kind of like the taste

According to the waiter, starting bulan ramadan nie, they will sell baklava.....I lovee baklava...harus dapatkannya di sini


Makan2 Sempena Menyambut Ramadan

Seperti tajuk di atas, kami se"opis" telah membuat perancangan untuk mengadakan majlis makan2. And seperti biasa, ia diadakan secara potluck.  Ada yang order nasik lemak, mee goreng, ada pulak yang buat dessert bagai. As for me, this time round, aku buat bubur pulut hitam dan assorted sandwich. Hambek ko, sekali bila hidangkan makanan, memang confirm cukup sampai lar ke waktu balik.

Jom layan gambo

Juadah yang dihidangkan

Lagi juadah

Nasi lemak yang superb

Gigih ko buat garlic bread

And this is not what I meant by "well done"....hehehe

Posing dulu seblm makan...

Ramadan Al Mubarak Datang Lagi

Setelah setahun berlalu, Ramadan al mubarak kembali mengunjungi kita sekali lagi.  Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk melaluinya kali ini.  Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melaluinya dengan penuh rasa keinsafan dan memahami erti puasa yang sebenarnya.

Banyakkan berdoa, moga termakbul apa yang diinginkan....amin..


Sunday, July 15, 2012

Cerita Hari Sabtu - 14 Julai 2012

Again, hari nie kena cover adik aku dan jadik part time baby sitter.  Tu yang aku tak ke mana2 pun seharian nie.  Bila Baby Aaz dah tido, aku pn tertido sama lar, elok nau perangai, tido jam 12 tengah hari...hahahah.

Walaupun tido jam 12 tengah hari, aku sempat aje cook something simple for lunch.  So, siaplah 2 lauk, sambal tempe+tahu+kentang goreng dan terung goreng bersambal.  Ada 2 lauk lagi dah siap mak aku masakkan, ok lar tu.

sambal tempe+tahu+kentang goreng

Terung goreng bersambal

Tiba2 rasa terlebih rajin hari nie.  Maka terjadiklah kuih puding kastard jagung for tea.  Dah lama sebenarnya tak buat, so, sessi tadi sebenarnya lebih kepada trial and error, and alhamdulillah, menjadi juga.


Permulaan menuju satu pengakhiran yang manis.....
(ayat tak leh blah....hehehe)

Fresh from the stove....walaupun permukan dia tak rata, ianya tetap sedapss

Puding Kastard Jagung....jemput makan semua


My Current Addiction

Sejak Baby Aaz ada, semua org dlm rumah nie nampak cam sibuk aje (or is it perasaan aku aje). Tak terkecuali aku, kalau boleh nak balik sharp 5:30 setiap hari coz nak tgk Baby Aaz...tengok aje muka dia bila balik keje tu, terasa hilang semua rasa penat, stress etc.

Whenever ada masa terluang, pasti aku nak spend time dengan Baby Aaz.....feed him, bathe him....pamper him.....seronok gak spend time dengan Baby Aaz...

Macam hari Sabtu tadi, mak nye kena masuk opis jap, nak settle something urgent.  So, aku jadi lar part time baby sitter.  Yang aku musykil, kalau aku gendung dia, mesti Baby Aaz senyap..Dia tido dlm bilik aku tadi, dari jam 10 lebih hingga 2 petang.  Senyap aje walaupun aku layan video music bagai. 


Nota kaki:  suka cium baby around this age, bau baby tu bestttt aje.....

Wednesday, July 11, 2012

Cerita Hari Rabu - 12 Julai 2012

Hari ini sama seperti hari2 yang sebelumnya.  Yelah, dah namanya makan gaji, biasalah, buat keje yang diamanahkan.

Sebenarnya citer hari nie ialah berkenaan satu gerai makan yang aku akan kunjungi at least 3 kali seminggu, especially bila aku teringin nak makan nasi campur.  Yang menariknya di gerai nie, ayaq asam dan ikan bakarnya yang mabeles and out of this world.  Selain dari itu, ayam goreng berempah pun sedap juga apabila dicicah dgn ayaq asam tu.

Hari nie aku makan berlaukkan ikan kembung bakar....terasa lazat sungguh, ikan tersebut masih segar.

Oh ya, mungkin ada yang tertanya, kenapa aku suka ayaq asam kat sini.  Ayaq asam di gerai nie cukup rasa masam dan pedasnya, dan kena dengan selera aku.

ikan kembung dan ikan pari bakar.  Rempah yang digunakan utk memerap ikan tersebut berjaya menambah lagi keenakan.

Gerai ini terletak di kawasan Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi dan nama gerai ini ialah Gerai Makanan dan Minuman Kak Izan. Cubalah berkunjung ke gerai ni.  Word of caution, sila datang awal coz ikan bakar gerai nie selalunya cepat habis.


Sunday, July 8, 2012

...dan kejelitaan adalah hak milik setiap insan

Tajuk posting mcm baguss aje kan...propa sungguh..hehehe.  Kang ada pulak yang muntah kaler perangi, dan ada lak yang kata "eleh, perasan sungguh dia nie, mcm lawa".  Sebenarnya, saja aje aku gunakan tajuk nie sebagai entry kali nie kerana, to be honest, aku tak tau apa tajuk yang paling relevant yang boleh digunakan.

Kisahnya berlaku minggu nie.  Dalam minggu nie, dah 4 orang kata muka aku nampak lain dan tak macam biasa. Hmm...apa yang lainnya, aku masih lagi berhidung bawang dan masih kelihatan parut jerawat hari tu.

Tapi, bila ada yang menegur dan kata, "Linda, your skin nampak much better then before, dah sekata warnanya dan tak nampak lagi open pores", baru lar aku faham maksud mereka2 itu.  Actually, aku pun dah perasan sejak sebulan lepas, tekstur kulit muka aku ada perubahan yang ketara, sekarang tone nya pun sama dan terasa licin dan segar sepanjang masa.

And actually, sebelum budak2 opis tegur, mak aku sendiri pun dah tegur baru2 nie...dia kata kulit muka aku nampak more supple, hydrated dan fresh.

To cut it short, aku amat berterima kasih kepaa Loreal Revitalift.  Aku cuma menggunakan foam wash, toner, day cream dan night cream tetapi perubahannya nampak ketara.  Sebelum nie aku ada cuba menggunakan Olay Regenerist tetapi hasilnya kurang memberangsangkan.  So, aku akan terus menggunakan Loreal Revitalist untuk melihat kesan selanjutnya.

Mucho gracias Loreal Revitalift


Cerita Hari Jumaat - 06 July 2012

Cepatnya masa berlalu, sekarang dah masuk bulan Julai. Rasa macam baru aje cuti new year hari tu.

Ini cerita hari Jumaat, 06 Julai 2012.  A very busy week for us because 2 meeting besar berlaku dalam minggu yang sama, cuma selang sehari aje.  Tak menang tangan nak buat keje.

Disebabkan meeting hari Jumaat tu start lewat petang, maka, dinner pun kitaorg provide. And the theme for the night is "Arabian Dishes".  Sah2 ler kalau dah jadik pencacai macam kitaorg nie, ada ler peluang merasa serba sedikit....walaupun selepas semua yang lain had their meal.

Something to bite before the main course

Food, food, and more food for the nite