Patutnya posting nie aku upload semalam, tapi disebabkan kepenatan, aku tangguhkan hingga hari nie. Pada hari Selasa iaitu semalam adalah hari rezeki aku. Segalanya dibelanja, I mean my food for that day.
Pada waktu lunch, aku telah menunjukkan jalan ke port baru makan kami di Cyberjaya. Aida, office mate aku ingin belanja aku lunch, so called belated birthday lunch. Maka, kami pun ke Cyberjaya untuk menikmati makanan Chinese Muslim yang halalan toyyiba.
Restoran ini namanya Fish Castle, terletak tidak jauh dari bangunan LHDN Cyberjaya. Ianya terletak di cluster rumah kedai yang baru. Instead of the typical chinese muslim food yang berlauk tu, hidangan di restoran ini adalah soup base seperti mee sup dan bubur nasi. Hidangan istimewa di restoran ini, mengikut selera dan tekak aku adalah curry mee, set nasi tomato dan chee chong fun goreng. One thing for sure, semua hidangan ada daging ikan dalam bentuk fish ball, dumpling dan wantan.
Kami berdua mengorder curry mee yang menggunakan home made mee, honey ginger drink dan soya bean drink. Ada gak kitaorg order dumpling goreng. Pendek kata, memang sedapss hidangan yang kami nikmati semalam.
Thanks a bunch Aida, nie memang betul2 makan besar, bayar nazar ke??? hehehehe
Maka, sila lar enjoy pics kat bawah nie......
Pemandangan Restoran Fish Castle dari jalan besar
Mee Kari dan fried dumpling yang mabeles....
Pada sebelah malamnya, ada yang berhajat nak belanja aku hidangan Nasi Arab, again, belated birthday dinner. So, off we went to Restoran Nasi Arab yang baru beroperasi di Bandar Bukit Puchong. Kami mengorder Mandhi Lamn pinggan besar yang dikongsi oleh kami seramai 8 orang. Ada juga kami order Chicken Audkah, memang sedaps. Sejuk aje perut sebab tak lama setelah kami place order, sekumpulan orang surau telah dijemput ke Restoran tersebut untuk kenduri doa selamat. Moga segalanya selamat, insya allah.
Nasib baik tak order extra nasi, yang ini pun termengah2 nak dihabiskan....
Ahli rombongan cik kiah sedang menikmati nasi arab. Di belakang tu, geng surau yang dijemput....
Overall, I'm so thankful dengan segala belanja famili and kengkawan semalam. Terima kasih semua, moga dimurahkan rezeki korang semua...;....then, boleh kita pergi makan2 lagi......
No comments:
Post a Comment