Hari nie aku terfikir dan terdetik hati nak share kat sini satu bahan bacaan yang, pada pendapat peribadi aku, banyak membantu aku satu masa dahulu, ketika kedukaan melanda.
Hanya mereka yang telah melalui saat2 kedukaan itu sahaja yang faham perasaan tersebut, sukar untuk digambarkan dengan kata2. Memang aku redha dengan segala qada' dan qadar dari Nya tetapi ternyata amat sukar untuk membuang segala perasaan sedih itu sekelip mata. In a way, I must thank my buddy, Umi kerana aku temui bahan bacaan ini sewaktu aku bersama dia, tengah melawat MPH book store. Aku tidak perasan pada ketika itu aku membeli buku jilid yang ke 2 dan setelah mula membacanya, aku harus akui yang aku amat keberatan nak berhenti membaca. Ini kerana, setiap baris ayat yang tertera didalam buku itu seolah2 air dingin yang mencurah saat api sedang marak menyala.....teramat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan hati ku. Lantas, tanpa berlengah lagi, aku terus mendapatkan the complete set. Buku ini adalah pocket size book, sesuai di bawa ke mana2.
Looking back, these books banyak membantu membina semula semangat ku yang hilang, selepas membaca kesemua buku2 tersebut, baru aku sedar dan faham bahawa kesulitan/kedukaan yang aku alami selama ini adalah amat kecil berbanding dengan musibah yang menimpa orang lain. Terasa juga seolah2 aku tak boleh menerima qada' dan qadar Nya serta kufur dengan segala nikmat yang aku terima selama ini.
La Tahzan - Jangan Bersedih. Siri 1-3
Terdapat beberapa ayat/zikir ringkas dan mudah diingati dan diamalkan ke dalam kehidupan seharian. Aku tak malu untuk mengaku bahawa dari buku ini, aku belajar bahawa di setiap kesulitan, pasti ada kemudahan di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment