Seperti lazimnya and it's a norm, hari jumaat adalah hari kebebasan hakiki kepada kami semua. Lunch awal dan jangkamasa lunch yang maha panjang. Sebenarnya, sedari semalam lagi, kami telah mula merangka rancangan untuk hari ini. Setelah mencapai kata sepakat, maka destinasi pilihan kami untuk hari ini ialah Bandar Baru Bangi. Reason being, terdapat banyak write up among bloggers yang menyatakan terdapat banyak tempat menjamu selera yang sedap di kawasan ini.
Maka, kami berempat pun memulakan xpdc jalan2 cari makan. Salah seorang dari the usual suspects tidak dapat turut serta tetapi tempatnya telah diganti oleh seorang ahli lain yang juga merupakan kaki jalan2 cari makan.
Mulanya kami teringin nak makan sate, dikhabarkan di kawasan itu terdapat Restoran Sate Samuri tetapi nasib tidak menyebelahi kerana restoran tersebut tutup, mungkin mereka akan buka selepas solat jumaat. Tak pe, kami tidak pernah ketandusan idea untuk makan. Sederet dengan Restoran Sate Samuri, terdapat satu restoran corner lot, Seri Bestari, yang terkenal dengan juadah murtabak singapura. Kami pun bersetuju untuk lunch kali ini, kami akan membaham murtabak.
Kedai nie nampak simple, tetapi terdapat banyak pilihan juadah yang dijual. Nasik campur dgn beraneka lauk, beriani ayam/kambing/daging dan of course murtabak singapore yang femes itu. Kami decided to have murtabak ayam double for lunch dan ianya dikongsi beramai2. Salah seorang dari ahli kumpulan teramat lapar dan terus mencari nasik campur. Kemudian, hidangan murtabak pun tiba. Apa lagi, kami semua mula meratah murtabak. Tak lama selepas tu, aku decided nak order roti pisang double, juga dikongsi oleh 4 orang. Memang sedaps and would taste even better kalau letak a scoop or two of ice cream atas roti pisang tu.
Suasana dalam kedai. Kelihatan food station untuk murtabak, capati dan roti canai.
Hidangan nasik campur yg dinikmati oleh salah seorg daripada ahli tetap jalan2 cari makan
Hidangan utama, murtabak ayam double yg dikongsi 4 orang
Verdict: memang sedaps murtabak double dan roti pisang double di sini.
Malam harinya, disebabkan cuaca terlalu panas pada siang hari, aku malas nak masak untuk dinner. So, kitaorg pun menapau dari kedai tak jauh dari sini. Then, tergerak hati nak pergi warung Nasi Ambeng, nasib kami baik, kedai masih lagi dibuka dan laju aje aku mengorder nasik ambeng nie. Maka, silalah menjamu selera anda dgn cara melihat2 gambo2 kami......
No comments:
Post a Comment