Sunday, June 5, 2011

Cerita Hujung Minggu

Hari Sabtu adalah hari untuk berehat dan relaks kat rumah.  Dari pagi, memang mood memasak dah mari, so keluar kejap pergi cari bahan2 nak memasak.  Tiba2 terasa nak buat nasik lemak daun pisang, maka dengan kadar segera aku memasak untuk lunch.  Seronok gak main bungkus2 nasik lemak dalam daun pisang, teringat kembali zaman budak2 dulu, time aku tolong mak aku bungkus dan jual nasik lemak.  Best nye....memang hari nie lunch bungkus dalam daun pisang.  Dah semuanya terlalu rajin nak membasuh pinggan, jadi ini cara terbaik, lepas makan, terus buang aje..

Malam sabtu, layan game kat FB.  Malas nak keluar berlibur kerana gerenti ramai orang dijalanan dan shopping complexes pasti penuh dengan orang gak, especially parents yang rasa bersalah tak dapat amek cuti bawak anak2 pergi holiday, weekend merupakan masa mereka menebus rasa bersalah tersebut....muahahahah.  In short, I did enjoy my Saturday although tak buat apa2 yang berkaitan dengan minat ku.  Best gak sebenarnya lepak kat rumah......bila lapar, masuk dapur dan masak...kenyang makan, semua berlingkar cam ular sawa.










Nasi lemak yang dah siap dibungkus











Aroma daun pandan dan juga daun pisang yang membangkitkan selera.



Aktiviti hari Ahad.  Macam biasa, a quiet Sunday morning.  Relaks2 sambil main game, tiba2 ada yang bagi idea pergi sessi pecah anak tekak.  Maka, kami pun berangkat lar pergi ke Neway.  Nothing special, just sessi meng"sumbang"kan lagu2 aje, harga sekepala ialah RM24++, inclusive of buffet lunch and free flow of soft drinks.  Ok lar, dapat gak  release tension.

Balik dari sessi pecah anak tekak, baru perasan yang ada hajat perlu disempurnakan selepas maghrib nanti.  Bergegas kami pergi beli bahan untuk memasak.  Sebenarnya, aku sepatutnya buat kenduri doa selamat kat surau last week, sempena hari lahir aku.  Tapi disebabkan sessi lepak dengan bosom buddies yang hanya tamat kira2 jam 4 petang, hajat dan hasrat ku telah ditangguhkan ke minggu ini.  Tak ada yang special, just mee hoon goreng dan cup mineral water yang dihantar ke surau.  Kali nie try lain style, mee hoon pun dibungkus instead of masuk dalam bekas plastik.  Lagi environmental friendly.  Selesai memasak dan membungkus, aku kepenatan teramat sangat.  Nasib baik ada yang sudi menolong menghantar juadah ke surau selepas maghrib tadi.  Insya Allah, kalau dipanjangkan umur, aku berharap dapat meneruskan tradisi ini.  Kadang2, kita terlalai dengan urusan dunia sehingga terlupa bahawa dunia ini cuma persinggahan.  Kalau ada rezeki lagi, insya allah, ada hajat lain yang ingin aku sempurnakan.







Juadah yang dihantar ke surau tadi....moga2 ianya cukup untuk semua yang hadir.

No comments:

Post a Comment