Thursday, June 30, 2011

Ramadhan tahun ini, insya allah

Sejak dua minggu lepas, hati ku bagai terpanggil2 untuk ke Bandung sekali lagi.  Bagai diseru2 supaya merasa berpuasa dan bertarawikh di sana.  Macam ternampak2 masjid yang perlu ku tuju, tidak jauh dari apartment yg ku sewa hari tu.  Dan sejak itu, aku sudah mula menengok2 calendar, menghitung tarikh yang sesuai untuk ke sana......

Tidak ku tahu mengapa dan kenapa, dont ask me why.  Moga2 ada rezeki lebih dan membolehkan aku ke sana semula.  Aku ada juga bertanya kepada org yg selalu menolongku, pesannya pendek aje "kak, cuba usahakan ke sana, itupun kalau kewangan kakak mengizinkan.  Mungkin ada hikmah menanti kakak di sana". 

Org tua ku agak keberatan nk melepaskan aku kali ni, terlalu awal sebab bulan 5 hari tu aku dah ke sana dan nyaris2 tak balik.  Harusss aku carik kawan utk pergi sama kali nie, moga2 semuanya berjalan lancar, insya allah.......

Tuesday, June 28, 2011

Cerita Hari Selasa - 28 June 2011

Hari nie adalah hari stress sedonia.  Stress melihat figures yg terlalu banyak, maka aku telah memancing the boys agar keluar pergi jalan2 cari makan.  Pakcik dan boy termakan hasutan ku lalu bersetuju membawa ku ke sebuah restoran nasi beriyani yang according to them, mmg va va vroom dan malatops......Maka, tengah hari tadik, kami bergegas ke tempat yg diceritakan itu.

Ok, restoran nie terletak di deretan rumah kedai bersebelahan dengan Pusat Kesihatan Salak Tinggi, the far end, not the one next to the Pusat Kesihatan.  Deko kedai nie simple aje, but looks can be deceiving...dont play2 ahhh....

Masa kami tiba, baru dua meja aje dihuni oleh pelanggan, jadi aku terus berpendapat restoran nie tak ler terror mana pun....tapi aku tersilap, sebab menghampiri jam 1:00, kedai itu mula dipenuhi pelanggan hingga tiada meja yg kelihatan kosong.

For lunch today, aku mengorder nasi beriyani berlauk ayam masak merah, pakcik pulak mintak nasi beriyani kambeng dan boy pula nasi beriyani daging.  Walla wei, the portion is really big, kalau org2 mcm aku nie makan, memang sahih tak habis dan adalah lebih afdal jika dishare aje hidangan tersebut.  The boys, memang ler sorang sepinggan, laju aje mereka menyuap.  Aku cuba menikmati dan menghayati kesedapan nasik beriyani itu dgn setiap suapan, ternyata memang enak.......nasik tu peroi, apa tu, berderai dan nampak sebutir2 berasnya.....ayam masak merah is superb, memang "ghu" dgn nasik....hidangan sampingan ialah nenas tumis air dan dalca sayur.

Nasi beriyani kambeng pilihan pakcik shah.


Nasi beriyani berlauk ayam masak merah, pilihan ku.....


Ok, kat atas tu nama restoran, lengkap dgn alamatnya sekali.  Kelihatan juga tokei kedai di situ...

Sunday, June 26, 2011

Honour Thyself.......


I'm currently reading this.  Just got it today, while shopping at Subang Parade......interesting storyline and it got me hooked the very moment I started reading it.

Tuesday, June 21, 2011

La Tahzan - Jangan Bersedih

Hari nie aku terfikir dan terdetik hati nak share kat sini satu bahan bacaan yang, pada pendapat peribadi aku, banyak membantu aku satu masa dahulu, ketika kedukaan melanda.

Hanya mereka yang telah melalui saat2 kedukaan itu sahaja yang faham perasaan tersebut, sukar untuk digambarkan dengan kata2.  Memang aku redha dengan segala qada' dan qadar dari Nya tetapi ternyata amat sukar untuk membuang segala perasaan sedih itu sekelip mata.  In a way, I must thank my buddy, Umi kerana aku temui bahan bacaan ini sewaktu aku bersama dia, tengah melawat MPH book store.  Aku tidak perasan pada ketika itu aku membeli buku jilid yang ke 2 dan setelah mula membacanya, aku harus akui yang aku amat keberatan nak berhenti membaca.  Ini kerana, setiap baris ayat yang tertera didalam buku itu seolah2 air dingin yang mencurah saat api sedang marak menyala.....teramat mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan hati ku.  Lantas, tanpa berlengah lagi, aku terus mendapatkan the complete set. Buku ini adalah pocket size book, sesuai di bawa ke mana2.

Looking back, these books banyak membantu membina semula semangat ku yang hilang, selepas membaca kesemua buku2 tersebut, baru aku sedar dan faham bahawa kesulitan/kedukaan yang aku alami selama ini adalah amat kecil berbanding dengan musibah yang menimpa orang lain.  Terasa juga seolah2 aku tak boleh menerima qada' dan qadar Nya serta kufur dengan segala nikmat yang aku terima selama ini. 

La Tahzan - Jangan Bersedih.  Siri 1-3

Terdapat beberapa ayat/zikir ringkas dan mudah diingati dan diamalkan ke dalam kehidupan seharian. Aku tak malu untuk mengaku bahawa dari buku ini, aku belajar bahawa di setiap kesulitan, pasti ada kemudahan di kemudian hari.

Saturday, June 18, 2011

Delayed Posting: Jalan2 Cari Makan - Ice Room, Bandar Baru Nilai

Posting nie memang long overdue, maybe terlupa coz after that, aku bercuti2 ke Bandung.  Masa tengah go through the photo album tadik,baru perasan tak buat lagi posting pasal adventure kitaorg.

Trip ini adalah pada 06 May 2011, destinasi ke Bandar Baru Nilai.  Eversince mula dipindahkan ke kawasan ini, tempat untuk kitaorg lepak2 pada hari Jumaat adalah amat terhad, jadi, setelah buntu memikirkan ke arah mana patut dituju, kami amek keputusan ke Bandar Baru Nilai.

Nama tempat ini ialah Ice Room, terletak di Nilai Square, berhampiran dengan pusat matrikulasi UIA.  Berkonsepkan ala2 eastern fast food, tempat nie merupakan tempat yang sesuai sangat untuk melepaskan dahaga pada hari panas terik.  Keistimewaan Ice Room ialah variety of shaved ice yang memang mabeles dan memenuhi citarasa semua.

Pada hari itu kami telah mengorder Peanut ice shaved, wantan noodle soup, cheese cake, lotus leaf rice dan nasi goreng belacan.  Semua ok with the exception of wantan noodle soup yang not really to my liking, a bit plain aje.

So now, let the photos do the talking, shall we?? hehe

Ice shaved peanut flavour.  2 thumbs up, memang mabeles.

Wantan soup. so-so aje, luckily I didn't order this.

My all time favourite and definitely will order this bila lepak kat Ice Room, lotus-leaf rice.  Memang enak.

Sambal belacan fried rice, yummy!!

Friday, June 17, 2011

Cerita Hari Jumaat - 17 June 2011

Seperti lazimnya and it's a norm, hari jumaat adalah hari kebebasan hakiki kepada kami semua.  Lunch awal dan jangkamasa lunch yang maha panjang.  Sebenarnya, sedari semalam lagi, kami telah mula merangka rancangan untuk hari ini.  Setelah mencapai kata sepakat, maka destinasi pilihan kami untuk hari ini ialah Bandar Baru Bangi.  Reason being, terdapat banyak write up among bloggers yang menyatakan terdapat banyak tempat menjamu selera yang sedap di kawasan ini.

Maka, kami berempat pun memulakan xpdc jalan2 cari makan.  Salah seorang dari the usual suspects tidak dapat turut serta tetapi tempatnya telah diganti oleh seorang ahli lain yang juga merupakan kaki jalan2 cari makan.

Mulanya kami teringin nak makan sate, dikhabarkan di kawasan itu terdapat Restoran Sate Samuri tetapi nasib tidak menyebelahi kerana restoran tersebut tutup, mungkin mereka akan buka selepas solat jumaat.  Tak pe, kami tidak pernah ketandusan idea untuk makan.  Sederet dengan Restoran Sate Samuri, terdapat satu restoran corner lot, Seri Bestari, yang terkenal dengan juadah murtabak singapura.  Kami pun bersetuju untuk lunch kali ini, kami akan membaham murtabak.

Kedai nie nampak simple, tetapi terdapat banyak pilihan juadah yang dijual.  Nasik campur dgn beraneka lauk, beriani ayam/kambing/daging dan of course murtabak singapore yang femes itu.  Kami decided to have murtabak ayam double for lunch dan ianya dikongsi beramai2.  Salah seorang dari ahli kumpulan teramat lapar dan terus mencari nasik campur.  Kemudian, hidangan murtabak pun tiba.  Apa lagi, kami semua mula meratah murtabak. Tak lama selepas tu, aku decided nak order roti pisang double, juga dikongsi oleh 4 orang.  Memang sedaps and would taste even better kalau letak a scoop or two of ice cream atas roti pisang tu.

Suasana dalam kedai.  Kelihatan food station untuk murtabak, capati dan roti canai.

Hidangan nasik campur yg dinikmati oleh salah seorg daripada ahli tetap jalan2 cari makan


Hidangan utama, murtabak ayam double yg dikongsi 4 orang

Verdict:  memang sedaps murtabak double dan roti pisang double di sini.

Malam harinya, disebabkan cuaca terlalu panas pada siang hari, aku malas nak masak untuk dinner.  So, kitaorg pun menapau dari kedai tak jauh dari sini.  Then, tergerak hati nak pergi warung Nasi Ambeng, nasib kami baik, kedai masih lagi dibuka dan laju aje aku mengorder nasik ambeng nie.  Maka, silalah menjamu selera anda dgn cara melihat2 gambo2 kami......

Jom Durian IV

Aku terbaca pasal benda nie di NST paper 2 hari lepas and I thought of sharing it here with the rest.  Please be rest assured that I am not paid to promote event nie, but in the spirit of charity, I am willing to let you guys know about this.

There will be a charity durian makan2 event pada 3 July kat Subang Parade.  Tiket per pax is RM20 and you can eat the durian (I think as much as you can) within the one hour's time.  The proceed from this event will be channeled to the Children's Wish Society of Malaysia, a national charity dedicated to fulfilling the wishes of children stricken witth terminal or life limiting diseases.

Below is the newspaper cutting of the said event and should you have further queries, please contact Subang Parade Info Counter at tel. no. 03-5032 9778.

Maka, marilah kita beramai-ramai menderma sambil menjamu selera.

Monday, June 13, 2011

Cerita Hujung Minggu - Friday 10 June till Sunday 12 June 2011

Ini adalah posting paling ringkas pernah aku buat, combine all the three days punya citer......rajinkan?? hehehe


Friday, 10 June 2011
We decided to go to Nilai for lunch. Disebabkan aku, Aida dan Wan tak breakfast pada paginya, maka, kami opted untuk makan heavy for lunch, so kami pun pergi makan nasi padang. Kedai makan ini terletak di simpang masuk Rumah Rakyat Nilai di pekan Nilai lama. The food was ok, sesuai dengan selera kami. Then, we decided to have something sweet for dessert. So, kami pun ke Secret Recipe untuk dessert. All of us chose to have Durian Cheese Cake for dessert.....memang yummy.....

.


Saturday, 11 June 2011
Ada jemputan kahwin di Shah Alam. Neighbour lama yang mana anak sulungnya bernikah. So, all of us went for the wedding. Best dapat jumpa budak2 nie, dulu2 kecik aje....sekarang, semua dah berjaya dalam bidang masing2, alhamdulillah.

It was a very hot day and lepas balik tgk pengantin, kami semua tertido kepenatan....Keluar berjalan2 dalam cuaca panas memang memenatkan......

Malam, layan bola.....ok gak lar.....


Sunday, 12 June 2011
Ada tempahan dari jiran tetangga yang meminta aku menyediakan 40 box mee hoon goreng yang bakal dihantar ke surau selepas solat magrib.  Barang2 untuk memasak telah dibeli pada hari Sabtu, dan cuma tunggu time nak masak aje.  Memang penat, start menggoreng jam 4:30 petang dan siap packing2 bagai dalam jam 07:00 malam.  Itu pun tak cukup lagi, sempat lagi goreng mee hoon satu round lagi and all concluded by 07:20 malam, ngam2 sebelum maghrib.

Somehow dah mula terasa seronok mengambil tempahan masak2 nie, jadi, kalo korang rasa2 nak tempah masakan untuk jamuan ke, hantar ke surau ke, etc. sila lar berhubung dgn aku yek....heheheh

Kat bawah nie, gambo sebahagian dari pesanan yang telah siap dibungkus, cuma menunggu masa dihantar ke surau aje.


Nota kaki:  Now tgh berkira2, nak enrol dlm Wilton cake baking and decorating class......hmmmm.....

Wednesday, June 8, 2011

Rezeki Hari Selasa

Patutnya posting nie aku upload semalam, tapi disebabkan kepenatan, aku tangguhkan hingga hari nie.  Pada hari Selasa iaitu semalam adalah hari rezeki aku.  Segalanya dibelanja, I mean my food for that day. 

Pada waktu lunch, aku telah menunjukkan jalan ke port baru makan kami di Cyberjaya.  Aida, office mate aku ingin belanja aku lunch, so called belated birthday lunch. Maka, kami pun ke Cyberjaya untuk menikmati makanan Chinese Muslim yang halalan toyyiba.

Restoran ini namanya Fish Castle, terletak tidak jauh dari bangunan LHDN Cyberjaya.  Ianya terletak di cluster rumah kedai yang baru.  Instead of the typical chinese muslim food yang berlauk tu, hidangan di restoran ini adalah soup base seperti mee sup dan bubur nasi.  Hidangan istimewa di restoran ini, mengikut selera dan tekak aku adalah curry mee, set nasi tomato dan chee chong fun goreng.  One thing for sure, semua hidangan ada daging ikan dalam bentuk fish ball, dumpling dan wantan.

Kami berdua mengorder curry mee yang menggunakan home made mee, honey ginger drink dan soya bean drink. Ada gak kitaorg order dumpling goreng.  Pendek kata, memang sedapss hidangan yang kami nikmati semalam.

Thanks a bunch Aida, nie memang betul2 makan besar, bayar nazar ke??? hehehehe
Maka, sila lar enjoy pics kat bawah nie......








Pemandangan Restoran Fish Castle dari jalan besar












Mee Kari dan fried dumpling yang mabeles....


Pada sebelah malamnya, ada yang berhajat nak belanja aku hidangan Nasi Arab, again, belated birthday dinner.  So, off we went to Restoran Nasi Arab yang baru beroperasi di Bandar Bukit Puchong.  Kami mengorder Mandhi Lamn pinggan besar yang dikongsi oleh kami seramai 8 orang.  Ada juga kami order Chicken Audkah, memang sedaps.  Sejuk aje perut sebab tak lama setelah kami place order, sekumpulan orang surau telah dijemput ke Restoran tersebut untuk kenduri doa selamat.  Moga segalanya selamat, insya allah.









Nasib baik tak order extra nasi, yang ini pun termengah2 nak dihabiskan....











Ahli rombongan cik kiah sedang menikmati nasi arab.  Di belakang tu, geng surau yang dijemput....


Overall, I'm so thankful dengan segala belanja famili and kengkawan semalam.  Terima kasih semua, moga dimurahkan rezeki korang semua...;....then, boleh kita pergi makan2 lagi......

Sunday, June 5, 2011

Cerita Hujung Minggu

Hari Sabtu adalah hari untuk berehat dan relaks kat rumah.  Dari pagi, memang mood memasak dah mari, so keluar kejap pergi cari bahan2 nak memasak.  Tiba2 terasa nak buat nasik lemak daun pisang, maka dengan kadar segera aku memasak untuk lunch.  Seronok gak main bungkus2 nasik lemak dalam daun pisang, teringat kembali zaman budak2 dulu, time aku tolong mak aku bungkus dan jual nasik lemak.  Best nye....memang hari nie lunch bungkus dalam daun pisang.  Dah semuanya terlalu rajin nak membasuh pinggan, jadi ini cara terbaik, lepas makan, terus buang aje..

Malam sabtu, layan game kat FB.  Malas nak keluar berlibur kerana gerenti ramai orang dijalanan dan shopping complexes pasti penuh dengan orang gak, especially parents yang rasa bersalah tak dapat amek cuti bawak anak2 pergi holiday, weekend merupakan masa mereka menebus rasa bersalah tersebut....muahahahah.  In short, I did enjoy my Saturday although tak buat apa2 yang berkaitan dengan minat ku.  Best gak sebenarnya lepak kat rumah......bila lapar, masuk dapur dan masak...kenyang makan, semua berlingkar cam ular sawa.










Nasi lemak yang dah siap dibungkus











Aroma daun pandan dan juga daun pisang yang membangkitkan selera.



Aktiviti hari Ahad.  Macam biasa, a quiet Sunday morning.  Relaks2 sambil main game, tiba2 ada yang bagi idea pergi sessi pecah anak tekak.  Maka, kami pun berangkat lar pergi ke Neway.  Nothing special, just sessi meng"sumbang"kan lagu2 aje, harga sekepala ialah RM24++, inclusive of buffet lunch and free flow of soft drinks.  Ok lar, dapat gak  release tension.

Balik dari sessi pecah anak tekak, baru perasan yang ada hajat perlu disempurnakan selepas maghrib nanti.  Bergegas kami pergi beli bahan untuk memasak.  Sebenarnya, aku sepatutnya buat kenduri doa selamat kat surau last week, sempena hari lahir aku.  Tapi disebabkan sessi lepak dengan bosom buddies yang hanya tamat kira2 jam 4 petang, hajat dan hasrat ku telah ditangguhkan ke minggu ini.  Tak ada yang special, just mee hoon goreng dan cup mineral water yang dihantar ke surau.  Kali nie try lain style, mee hoon pun dibungkus instead of masuk dalam bekas plastik.  Lagi environmental friendly.  Selesai memasak dan membungkus, aku kepenatan teramat sangat.  Nasib baik ada yang sudi menolong menghantar juadah ke surau selepas maghrib tadi.  Insya Allah, kalau dipanjangkan umur, aku berharap dapat meneruskan tradisi ini.  Kadang2, kita terlalai dengan urusan dunia sehingga terlupa bahawa dunia ini cuma persinggahan.  Kalau ada rezeki lagi, insya allah, ada hajat lain yang ingin aku sempurnakan.







Juadah yang dihantar ke surau tadi....moga2 ianya cukup untuk semua yang hadir.

Friday, June 3, 2011

Short Getaway

Hujung bulan nie nak cuti lagi.  Kalau last year ke Port Dickson, this year ke kawasan tanah tinggi pulak.  Excited jugak nak ke sana.  Aku cuma diberitahu trip kali nie memang hujung bulan, datenya aku masih tak sure.

Well, I've never been to this place before, although cuma sepelaung aje dekatnye.  Nak jugak rasa adakah sejuk di kawasan tersebut sama seperti di Bandung.  Memang nak pergi tapi mengenangkan kejadian misteri di Bandung ittew hari membuatkan aku berpikir banyak kali.  Maybe this time round I'll stick with the majority.  Tak mau buat plan2 sendiri.

Sekarang lagi tengah menggunakan khidmat pakcik google utk mencari tempat2 menarik yg ada di kawasan tersebut.  Sebenarnya aku plan nak cuti2 ke utara sebelum bulan puasa nie, tak tau sempat ke idak.  Tgk schedule bulan July pun, macam dah penuh aje dengan meeting2 dan kerja2 office.  Aku teringin nak menyaksikan keindahan sunset di tempat peberet aku, Tanjung Dawai.  Sidekick aku dah tanya bila nak pergi coz dia kena apply cuti......hmmm...dgn cuti berbaki tak berapa banyak lagi tu, boleh ke aku squeezekan plan aku nie???

I am thinking and thinking and thinking.........kena plan betul2 nie....