16 May 2011
Kami bangun awal, dlm jam 7:45 pagi. Matahari sudah mula memancar. Yelah, semalam borak2 sampai jam 12 lebih malam, then tertidur. Kemudian, kami semua turun ke coffee house dan had breakfast. A very simple breakfast but at least berjaya memberi tenaga kepada kami untuk meneruskan aktiviti seterusnya.
Dalam jam 10:30 pagi kami check out, kawan ku turut menyertai kami kerana ingin mengambil bas untuk pulang. Setelah usai ber "bye2" bagai dgn kawan ku, kami meneruskan misi mencari post office kerana hajat di hati nak pos aje barang2 yg diborong untuk jualan. Malangnya semua pejabat pos dan pejabat courier tutup kerana cuti am. Jadi, kami meneruskan operasi seterusnya, mencari luggage untuk memuatkan barang jualan di tempat membeli belah terkenal, Manga 2.
Ramainya umat kat sini, payah bebenor nak carik parking tapi memang dah nasib kami, dapat juga cari parking. Then, terus lar menjalankan operasi shopping. Memang banyak barang2 yang dijual tapi ada sikit beza dengan Bandung, kebanyakan kedai di sini kita tak leh tawar menawar, fixed price gittew. Ok, setelah dapat apa yang dihajati, dalam 2 jam gak lar kami berada di situ, terus kami meneruskan perjalanan ke airport.
Sebelum berhenti di airport, kami berhenti di suatu kawasan lapang berdekatan dgn airport, utk proses mem"pack" barang2 ke dalam bag baru. Then, baru kami ke airport untuk check in. Kami sempat singgah makan tengah hari di salah satu restoran di dalam airport. Tapi aku berasa sedikit hairan, kalau kat LCCT Malaysia, tak de lar org2, lebih tepat lagi anak2 jalanan datang dan berjual barang, tapi di sini, anak2 jalanan keluar masuk airport like nobody's business, menawarkan khidmat mengilat kasut. Cuak giler aku.
Kemudian, kami check in. Ada berlaku insiden sewaktu kami check in, kami telah di"pau" oleh guard di airport. Kalau betul barangan yg kami beli tu kena cukai, bagitau aje berapa nilainye, ni tak, terus2 nak mintak RM100, giler!! I guess open bribery is a norm in their country. Then, berlaku pula sedikit salah faham di kaunter KLM, luckily I was quite level headed to understand what the officer is saying, ada juga options rupanye selain dari kena bayar USD55 utk extra luggage. Pegawai tersebut meminta kami combinekan dan seal the luggage jadik satu big luggage, kena bayar 35,0000 rupiah, sib baik dapat jimat!!What a day!!
Then kitaorg proceed dgn imigresyen clearance, barulah terasa lega!!!!! Sempat lagi bershopping stok2 aku kat Duty Free shop, dapat lar 2 karton. Much cheaper compared to KLIA, jadi apa lagi, terus2 ler borong dua.
Kami depart dari Sukarno-Hata Airport jam 6:45 petang, masa nak take off tu, aku dh terlena, terlalu penat, satu hari berjalan meronda2.....
Overall, it was an interesting and enjoyable trip, despite all the hiccups and kisah mistik misteri itu. Kalau ada rezeki lagi, insya allah, dalam masa terdekat nie, kami akan ke sana lagi. Dah ada permintaan yg baik untuk kain cotton dan handbag......
Kalo rajin kang, aku upload ler gambo2 yek...
No comments:
Post a Comment