Tuesday, May 17, 2011

Trans Paris Van Java - Djakarta: 13 May to 16 May 2011: Part 01

Short holiday yang aku maksudkan dalam posting2 aku sebelum ini ialah holiday ku ke Paris Van Java, a.k.a. Bandung.  Trip kali ni juga memakan masa 4 hari 3 malam.  It's gonna be a long posting so I've decided to make it into few chapters, and it will be based on dates.


13 May 2011 (Friday)
Kami bertolak pada 13 May 2011, jam 4:30 p.m. dari KLIA.  Penerbangan yang kami naiki ialah KLM since masa booking ianya adalah murah dan selesa untuk group kami yang berbadan comei ini kerana ruang kakinya yang luas.  Penerbangan memakan masa selama 1 1/2 jam dan kami landed di Jakarta Soekarno-Hatta Airport dalam jam 6:45 (waktu Indonesia).

Rupa-rupanya flight kali ini penuh dengan Malaysians dan semestinya long queue di kaunter imigresen CGK.  Nasib kami baik kerana additional kaunter telah dibuka dan kami selesai urusan di kaunter lebih kurang 30 minit.  Aku kena soal siasat sikit dengan si pegawai imigresen, maybe aku nampak confident sgt kot and mungkin juga kerana dalam borang declaration tu, diaorang tanya place to stay, aku letak Aston Braga Apartment, Bandung.  Siap kena tunjukkan tiket perjalanan lagi.  Nasib baik jumpa dalam bag dan terus ditunjukkan kepada mereka.  Then, terus mengejar luggage dan bertemu dengan tour guide kami yang sedang menunggu di luar.  Tour guide kami masih lagi orang yang sama kami gunakan last year, namanya Opik.  In case ada yang tertanya2 bagaimana rupa si Opik nie, dia ada iras2 seperti Ariel Peterpan, version tinggi dan berbadan sasa.  Selesai bertemu dan beramas mesra, terus kami menuju ke arah van dan terus keluar dari kawasan airport.

Alhamdulillah, boleh dikatakan agak lancar perjalanan kami kali ini.  Terus menuju ke Bandung, jalan raya tak macet sangat, masih bergerak lancar walaupun kenderaan banyak.  Kami berhenti rehat dan makan malam di Lapangan Tembak Senayan.  Kami menjamu selera di Rumah Makan Bakso.  Foodnya boleh dikategorikan ok dan edible.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Bandung.  There's one point, kat mana tah sebab tertido kepenatan, kenderaan memang tidak bergerak langsung, macet bangat.....ada ler dalam 45 minit dan selepas itu, memang smooth drive sampai ke Bandung.  Kami check-in di Aston kira-kira jam 11:30 malam waktu Indonesia. 

Kami memilih untuk menginap di Aston Braga Apartment kerana ianya selamat dari penjual jalanan dan juga mudah untuk kami membeli makanan kerana ianya terletak betul2 di bawah apartment.  Kedai 24 jam pun berada di sekitar situ, memang terasa selamat di Aston.

Maka, sila lah enjoy foto2 yang sempat diambil pada 13 May 2011. 


The young traveller yang mengikuti rombongan cik kiah kali ini.

Sempat ber cam-whoring before taking off.


Dinner at Rumah Makan Bakso, Lpangan Tembak Senayan.  The food is ok, memang kena dengan selera kami semua.


- To be continued:  Part 2 -


No comments:

Post a Comment