Wednesday, May 18, 2011

Trans Paris Van Java - Djakarta: 13 May - 16 May 2011: Part 2

14 May 2011

Bangun awal pagi nie.  So eager to walk around the town, especially at Pasar Baru.  Around 9 pagi, followed my cousin pergi buat secret mission.  Ingat amende lar, rupa2nya pergi borong minyak wangi tanpa alkohol at Plaza Balabur.  Hambek ko, satu list yang panjang cousin aku beri kepada si pekedai.  And harganya jauh lagi murah compared to kat KL.  So, si pekedai berjanji, petang nanti boleh collect stok.  Maka, kami pun pulang mencari ahli rombongan yang lain.  Rupa2nya mereka sedang menikmati breakfast kat Wendy's.  Wendy's di Bandung jauh lebih murah dan lazat dari yang terdapat di KL.  So, sempat menapau dan makan dalam van.  Destinasi yang dituju of course ler Pasar Baru.

Ramainya warga Malaysia di Pasar Baru, masing2 sibuk membeli belah barangan, maybe untuk jualan dan mungkin juga untuk stok hari raya.  Kami berpecah, aku ikut cousin aku pergi cari kain baju yang dipesan manakala adik aku dan suaminye pergi memborong telekung untuk jualan.  Sungguh rambang mata melihat kain2 yang berbagai corak, reka bentuk sampai naik pening kepala nak memilih.  Then, kami pergi bertemu semula dengan yang memborong telekung.  Dari situ, kami berpusing2 lagi dalam Pasar Baru, carik kain cotton pulak. Gila lar, terlalu besar bangunan tu sampai tak jumpa kedai yang kami kunjungi tahun lepas. 

Aku terpengaruh lalu terbeli kain french lace yang harganya mungkin mencecah ribuan ringgit di Malaysia.  Semuanya gara2 sang pekedai yang pandai memadankan kain2 tersebut. Bila lar nak hantar ke tailor nie...lagi satu masalah lar pulok.

Kami keluar dari Pasar Baru jam 3:30 petang. Perut udah mula menyanyi2 minta di isi.  Lalu kami makan late lunch di Restoran Simpang Raya.  Ianya sebuah restoran nasik padang.  Amatlah sedap dan murah compared to harga nasik padang di Malaysia.  Selesai makan, kami bergegas ke factory outlet yang terletak bersebelahan dengan Simpang Raya.  Lagi sekali aku memborong baju2 dan skirt yang teramat murah.....giler, memang naik giler bershopping kali nie.

Selepas itu, kami pergi mengambil stok minyak wangi yang dah siap.  Then, terus pulang ke Aston Braga.  Rehat, solat kejap dan terus keluar dinner jam 8:00 malam.  Ya Allah, semua jalan ke arah Bukit Dago sesak, semuanya gara2 Malaysian memborong di factory outlet yang terletak di sepanjang jalan Dago.

Kami makan malam di Restoran Sangkuriang.  Ianya menghidangkan masakan sunda.  Ok lah, tak jauh beza dari masakan kita dan yang penting, murah dan sedap. 

Kerana kepenatan yang teramat sangat, ahli rombongan yang lain decided nak balik bilik dan tido. Aku dan cousin ku bersepakat nak pergi meronda2 bandar Bandung untuk melihat kehidupan malam di sana.  Pusing punya pusing, last2 balik semula ke Aston Braga jam 1 pagi.  Tapi malang nasib kami, ahli rombongan yang lain tu, tido mati....jadik kami bermalam ler dalam sejam dua kat lobi.  Ada kisah mistik berlaku tapi akan aku ceritakan kat tajuk lain.....hehehe.  Lagi sekali kami naik bilik jam 3 pagi, baru lar ahli rombongan bukak pintu.  Apa lagi, kami pun terus basuh muka dan tido......penat seh.......

Pemandangan si penjual buah-buahan di luar Pasar Baru.


Pemandangan di sepanjang Jalan Braga.  Kelihatan si pelukis menjual hasil lukisan di kaki lima.

Outlet Bebek Goreng di Jalan Braga....tak sempat nak try.....






Hidangan lunch kami di Restoran Simpang Raya.






- To be continued:  Part 3-

No comments:

Post a Comment