Memandangkan ada yg menyuruh aku cer citerkan apakah kisah seremsss yg berlaku di Bandung, maka, aku pn rela lah berkongsi kisah benar yg berlaku pd aku dan cousin aku nie.
Kejadian berlaku hari Sabtu malam Ahad. Selepas late dinner, adik aku dan keluarganya decided nk balik apartment sewa, capek bangat katanya. Aku awal2 lagi dah book tour guide untuk bawak kitaorg (aku dan cousin aku) pusing2 tgh nite life di Bandung. So, selepas anta adik aku ke apartment, kami pun berpusing2 lar di kota Bandung.
Kami berdua balik ke apartment dalam jam 1 pagi. So, terus lar menuju ke unit kitaorg. Selepas hampir setengah jam menekan loceng dan mengetuk pintu sampai sakit tangan, kami pun turun ke lobi. Ini kerana adik aku dan keluarganya tido mati. Bila try call handphone, dia off lar pulok....tensi....dah ler capek, terasa nak landing sangat2 dah masa tu. So, kitaorg duduk dulu kat lobi. Memang tak ada orang, yg ada cuma pak gad yang jaga counter. Mintak tolong dgn gad, cuba dptkan kunci extra tapi tak ada. Pak gad cuba call unit tapi unfortunately, dlm unit kitaorg tu mmg owner tak fix telephone, so stuck ler kitaorg kat situ.
Diam tak diam, masa pun berlalu. Kitaorg nampak ler ada yg turun pergi late supper, 2 famili kalo tak silap. Diaorg pandang slack aje dgn kitaorg berdua, yelah, dua org perempuan yg dok melepak tido kat sofa lobi. Then, masa kitaorg dah hampir terlena (boleh lena tu bila tido duduk), ada sorang gad dtg kat kitaorg. Dia bilang begini "Ibu, mari saya hantar ibu berdua berehat di tingkat lobi management office. Ibu kelihatannya capek bangat. Nanti saya kejutkan ibu berdua jam 6 pagi". Seperti dipukau dan seperti org mengantuk disorong bantal, kitaorg mengikut aje tanpa rasa curiga. Naik lift dan terus ke floor management office tu.
Pak gad nie baik, siap tlg bukakkan lampu....Then dia kata lagi "ibu2 berehat ya dulu. Nanti saya datang bangunkan ibu jam 6 pagi". Terus kitaorg ucapkan terima kasih. Kat lobi management office tu ada sofa, jadi kami pun book lah sofa sorang satu, siap terguling2 baring lagi. Suasana amat hening. Aku pun mula berbaring.
Aku tengok sepupu aku dah nak start tido. Aku pun cuba lelapkan mata sambil baca surah2 lazim. Then, baru aku perasan, secara tiba2, kedengaran bunyi seperti kerusi/meja yang ditolak/tarik, bunyi org berjalan dan mcm2 bunyi lain yg aku rasa agak aneh berlaku pada waktu itu. Tapi aku cuba jua lelapkan mata walaupun hati dah cuak.
Then, aku terasa seolah2 aku dah hampir tertido....mcm mana nak describe yek, cam terawang2, antara lena dan jaga.....Masa dlm stage begitu ler, ada yg dtg menunjukkan diri mereka kat depan aku. Yg datang kepada aku ialah seorang perempuan, berjubah putih dan bertudung merah, dia membebel2 seolah2 marah kepada ku dalam bahasa yg aku tak fahami, kemudian muncul seorang lelaki, juga membebel2 marah kepada ku. Aku pun terus terjaga, dan yg membuatkan jantungku copot ialah, sewaktu aku terjaga, aku rasa aku ternampak seorg lelaki berdiri tidak jauh dari aku, berbaju hitam, berseluar jeans kaler biru dan yg mengerikan, dia tak de kepala!!! Waduh, kok jadinya begini????
Terus aku duduk dan beristigfar. Aku segera menoleh dan melihat sepupu ku. Dia pun seolah2 gelisah, tak nyenyak tido nya. Selepas aku rasa agak tenang, aku cuba baring semula, sebab mata memang dah tak tahan sgt2.
Kali ini lagi suspense, sebab sebaik aje aku baring, aku terdengar suara bayi menangis, datangnya dari arah swimming pool yg terletak di luar management office. Aku duduk semula, cuba mengamati bunyi itu, sah, memang suara budak menangis. Segera ku bangunkan sepupu ku dan ajak dia naik semula ke unit kami. Lampu semua ku biarkan menyala. Nasib kami baik, kali ini memang ada yang terbangun dan membukakan pintu. Kami pun masuk, cuci muka dan terus zzzzzz...
Peristiwa ini sebenarnya aku rasa biasa tapi bila aku bercerita dengan teman2 lain, mereka merasa musykil as to mengapa gad itu bertindak sedemikian. Jadi, kemusykilan mereka itu telah menimbulkan keraguan di hati aku kerana aku pun tertanya2 mengapa aku boleh menurut aje saranan gad itu tanpa banyak soal. Jadi, aku utarakan kemusyikilan aku kepada org yg selalu menolong ku di dlm hal2 sebegini.
Org yg selalu menolongku cuma ketawa aje dan bertanya "kak, apa kakak tak rasa apa2 ke masa ikut gad tu?? Kak tau ke yg dia tu bukan manusia, cuma jelmaan aje kak. Dibawanya kakak dan sepupu kakak ke situ, pada mata zahirnya iya, management office tapi sebenarnya kak itu perkampungan kawasan mereka. Niatnya mau disembunyikan kakak dan sepupu kakak". Waduh, kok jadi begini ya, nasib baik instinct aku tepat, and nasib baik aku buat keputusan naik semula ke unit, kalo idak, mesti aku dah sangkut kat Bandung lagi nie.......huhuhuhu.
Org yg selalu menolongku kata lagi "kak, itu memang kawasan mereka kak. Mereka udah perhatikan kakak dari mula kakak check in di situ". Ok, this is getting spookier, I aint gonna stay there anymore.........