Monday, December 5, 2011

3 Hari 2 Malam Jelajah Wilayah Utara - (02)

Ahad, 04 December 2011

Sebelah paginya, semua terlambat bangun, gara2 kepenatan malam sebelumnya.  Sedar2 aje dah jam 08:30 pagi.  Then bersiap2 pergi breakfast kat gerai not far from the homestay.

Selepas breakfast, bergegas lar kami mandi dan bersiap untuk menyertai rombongan pengantin.  Then, pergi konvoi jumpa pengantin kat hotel dan dari situ, divert balik ke Kuala Ketil.

Dah terlalu lama rasanya tidak menghadiri kenduri kahwin di kawasan yang benar2 kampung.  Best aje rasanya tengok org2 kampung bergotong royong menyediakan juadah.  Dan rumah pengantin pun tak berapa jauh dari bendang, another plus point di situ.  Walaupun cuaca agak panas pada ketika itu, ianya tidak menghalang kami dari menikmati keenakan juadah masakan kampung yang disediakan.

Hidangan di meja kami, the ahli rombongan


Sesudah makan nasi, ada lak disajikan dengan kuih raya....yippieeee

Pertunjukan silat pengantin....

Settle sudah menghantar pengantin, kami pun pulang semula ke homestay.  Relaks kejap dan bermesyuarat sama ada nak balik KL petang itu juga or postpone satu hari lagi.  Finally, disebabkan semua supir2 capek bangat (termasuklah aku), we decided to balik hari Isnin pagi. 

Bila dah rest, kami terus membuat keputusan untuk meronda pekan Sungai Petani.  The last time I went there was 3 years ago.  So, terus ler berpusing2 meronda.  Dan niat utama ke Pekan SP adalah untuk mencuba hidangan di Radix Fried Chicken yang terkenal kerana keenakannya itu.

Di hadapan kedai Radix Fried Chicken


2 piece fried chicken set.  I prefer the spicy rather than the herbs flavour.  Memang enak ayam goreng nie.


Order bagai nak giler but the price is really reasonable.

Ternyata memang benar Radix Fried Chicken lazat dan rasanya lain dari yang lain.  Two thumb up!!  Now, terasa rindu lak nak menjamah RFC ini lagi.

Usai makan di RFC, terus ler kitaorg menapau untuk yang tak join sessi jalan2 cari makan kitaorg.


No comments:

Post a Comment