I'm backkkk!!!! "Kehilangan" aku selama 3 Hari 2 Malam, bermula dari 03 December hingga 05 December baru2 ini adalah demi memenuhi hasrat dan misi Jelajah Wilayah Utara. Tujuan asal misi ini adalah mengikut rombongan cik kiah menghantar pengantin. Dan pada masa yang sama, aku try to explore the areas/places that used to be my playground....Terlebih dahulu, maaf ku pohon kepada mereka2 yang berkenaan, sepatutnya aku bertemu dan beramas mesra tetapi kerana aku mengikut rombongan orang dan pada masa yg sama, ada yg mengikut kereta aku, terpaksalah aku ikut suara majoriti.
Ok, ceritera ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian, and it will start with the first day of travelling - Sabtu 03 December 2011.
Sabtu, 03 December 2011
Rombongan kami bertolak kira2 jam 09:30 pagi. Itu pun aku dah sound depa yg kononnya waktu memulakan perjalanan ialah jam 08:30 pagi. So, give and take ler, lewat sejam.
Perjalanan agak lancar, walaupun sesak dikawasan2 yang selalunya sesak. Aku try nak stop kat Hentian Tapah tapi terlalu padat dgn org. Hampir semua hentian yang aku stop, penuh dengan manusia. Akhirnya aku decided to stop at Hentian Bukit Gantang. Dikhabarkan nasik lemak daun pisang di sini memang lazat, worth to try.
Inilah nasi lemak yang dicari2, highly recommended by one of my buddies.
Nasi lemak ikan masin, memang lazat.
Ahli rombongan sedang menikmati nasi lemak.
Setelah berhenti makan di Hentian Bukit Gantang, kami meneruskan perjalanan semula. Destinasi, pekan kecil di Kedah. Maka, kami disambut oleh sanak saudara yang telah tiba terlebih dahulu di Exit Toll Gurun. Perjalanan disambung semula ke Pekan Jeniang. Sepatutnya kami bermalam di Park Avenue Sungai Petani tetapi kedua org tua ku tidak betah tinggal di hotel. Furthermore, kami semua teringin nak merasa suasana berada dipekan kecil dan kawasan kampung. So, we opted for a Homestay in Pekan Jeniang. Afterall, kenduri kahwin tu terletak tidak jauh dari Jeniang, kira2 20 minit perjalanan aje.
Tempat yang dituju.
Tempat persinggahan kami selama 3 hari 2 malam.
Usai melepaskan lelah dan penat, apa lagi, kami pun tak tunggu lagi untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu meronda kawasan berdekatan. Dari pekan Jeniang, kami pun terus memandu hingga tiba di Pekan Sik. Dikhabarkan pada hari itu ada pasar malam. Ye, pasar malam di Pekan Sik memang meriah dan harga nya memang rendah berbanding tempat lain. Tapi kami tak beli apa2, cuma cuci mata aje.
Sesudah solat maghrib, kami telah dijemput ke rumah salah seorang sanak saudara kami untuk dinner. Although most of the food were bought from pasar malam Sik, ianya memang lazat. And of course, I loveeee the pulut udang a.k.a. pulut panggang. Memang enak dan terasa lemaknya.
Setelah bergebang2 sambil makan2, kami pun pulang semula ke homestay tersebut, berehat untuk menyediakan diri bagi aktiviti di hari kedua, kenduri kahwin.......
No comments:
Post a Comment