Saturday, December 31, 2011

Bye-bye 2011, Welcome 2012

Tinggal less than 2 hours kita semua melangkah masuk ke tahun 2012.  As for me, no resolution for this year coz azam cuma tinggal azam aje, so better cuba capai apa jua yg telah diazamkan pd tahun2 sebelum nie.

Tahun 2011 membawa banyak pengalaman baru, kenangan pahit dan juga manis yg mewarnai hidup ku.  Mana yg baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan dan pengajaran utk masa hadapan.

Pada tahun 2011 ini lah, aku berjaya membuktikan kepada diri aku yg I still have the strength and guts to drive long distance, solo drive yek.  And once again, dapat bercuti2 ke Bandung and totally enjoyed the trip, as compared to year 2010.  Then bercuti2 dalam negeri ke Utara, and dapat meneroka kawasan2 yg dah lama aku tak pergi, the feeling is marvelous.

Fitnah makin berleluasa dalam tahun 2011, but I took it with a pinch of salt coz I believe, as long as aku tak buat benda yg dituduh tu, that's fine with me.  Biarlah org nak kata apa sekali pun coz at the end of the day, org2 begini telah begitu bermurah hati memberi pahala free kepada aku....yg aku cuma boleh ucapkan "Innalillahiwainna ilaihirajiunnn".  Aku percaya, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu di dunia ini and that's a fact that no one can deny.....Moga Allah buka kan pintu hati mereka ke arah kebenaran yang hakiki....macam yg pimp daddy kantin selalu sebut "dunia nie sementara, akhirat berkekalan"....makan dalam statement ni hingga ada yg sentap dgn dia....hehehe.

Personal life, I believe I'm enjoying what I'm having now.....memang serasa bernafas dan selesa dgn keadaan aku sekarang.  Freedom is in my hand and I'm beginning to have more of a "my time" to relax, chit chat with friends whom I lost contact, pampering myself once in a while and relook at my aim in life.  I am blessed with few good friends around me.  They are always around during my good and bad times and for that, I am so thankful. 

Career wise, all is well and I'm still comfortable with the current organisation.  No doubt there are ups and downs but that's normal.  Mana2 pun sama, cuma kita aje yg perlu membuat necessary adjustment and adapt ourselves to the environment.  Kalau sangat2 tak puas hati, apa lagi, sila lah berhenti kerja dan start business sendiri.

I hope that year 2012 will bring more joy, luck and positive results in all aspects.  Wishing everyone have a great year ahead, be smart, work smart and may the force be with you...

Wedding

Penat rasanya driving around dari pagi tadi.  Ini semua gara2 nak attend wedding one of my close friends.  Firstly, drive all the way from Puchong to Kemensah Heights, to fetch Chief.  Macam biasa, aku salah rumah daa......sib baik gak coz aku pg stop kat depan rumah kakak Chief......

Then, dari Kemensah Heights kami ke Taman Bakti, rumah pengantin perempuan merangkap our close friends.  Masa kami sampai, pengantin dah selamat bernikah.  Apa lagi, masuk ke surau dan terus terpa F.  I'm sooooo happy for Faizah.  Her face is really glowing....cahaya kegumbiraan terpancar diwajahnya.

Lepas makan2, kami naik ke rumah pengantin.....sempat lar tgk pengantin touch up makeup dan tukar baju.

Turun dari rumah pengantin, kami lepak kejap kat khemah....ada lar terjumpa dgn 2-3 org bebudak opis lama......

We then decided to lepak kat Plaza Atrium Axis.  Somehow kawasan sana tu relaks aje, tak byk kenderaan sgt.  Lps mengkopi, aku drive semula ke Kemensah Heights, coz nak hantar Chief balik.

Chief dah janji nak bagi aku one of her sewing machines....alhamdulillah, harussss aku pergi collect dari dia pada kadar segera.

One the way back to Puchong, traffic jam yg maha dasyat...aku rasa dlm 10 Km kenderaan cuma bergerak pada gear 1 dan 2.  Dah ler hari panas, lagi panas hati aku dibuatnya.  Rupa2nya ada accident....

The 3 stooges - From left:  Yours truly, Faizah and Chief Sharifah.
Macam mana aku leh terlupa tudung mmg ada dlm keter nie??

Selepas di touch-up dan tukar baju......sooo glowing muka Faizah

Thursday, December 29, 2011

Review ending drama bersiri Tentang Dhia

So, today is the final episode.  Personally, ending memang predictable....Dhia mati sebab kanser....aku predict yg Zikir mati sebab accident or heart attack, rupa2nya dia mati coz kena stroke.  Tak puas hati coz Ku Salmi escape free macam tu aje.....I was hoping dia dipanah petir ke, ditelan bumi ke, treler langgar dia ke......kalih2, nan hado...

Walaupun bukan follower tegar siri nie, episode terakhir nie sedikit sebanyak berjaya menyentuh jiwa brutal ku....especially masa Dhia siapkan si Zikir yg nak pergi bernikah dengan Rose.....sungguh syahdu sekali....nyaris2 aku nanges....tapi kena coverline coz masa tu, bebudak penuh kat dpn tv....

Overall, boleh lah dibuat kesimpulan bahawa cinta tak bererti bersatu, melihat org yg kita cintai itu bahagia tanpa kita dan kita pun turut sama rasa bahagia.....ia adalah satu pengorbanan perasaan yg besar.  Satu lagi, jgn suka benau berbomoh2 bagai, nanti keturunan2 semuanya mengikut jejak langkah tok nenek diaorg yg kaki berbomoh....mcm dlm citer nie, nenek zikir kaki mandrem, maknye pun sama dan terus terkenan kat menantu pilihan dia, si Rose tu....semua kaki mandrem.....rosak generasi mcm ni.

For the first time gak, baru aku perasan yg si Zikir nie...eh, Adi Putra nie, manis sebenarnye....hehehe

Renungan menusuk jiwa......

Mak mertua yg kaki mandrem.....geram, apasal tak mati dipanah petir??


Cantikkan Nora bertudung??  Asyik tangkap leleh aje dia dlm citer nie..

Gambo yg bikin ramai pompuan jeles....hehehe
Photo2 adalah ehsan pakcik google.

Overall, walaupun ada sedikit tak ada logika citer nie, aku layan lar gak kat Youtube.....walaupun byk episode yg aku skip, still dah leh predict dia punya ending.  Cuma kadang2 terpikir, kalo asyik nanges, nanges dan nanges aje, dpt ke selesaikan masalah??


Wednesday, December 28, 2011

Ceritera masa cuti2

Hari Isnin, 26 December adalah cuti gantian for public holiday that falls on a Sunday.  Tak banyak benda yang aku buat, just lepak kat rumah dan mendobi.  Yelah, last week asyik hujan aje, so bila cuaca panas nie, aku happy sesangat sebab dapat mendobi baju dan semuanya kering.....

Ada gak sessi jelajah dapur....lauk pauk yang simple2 dan biasa2 aje....sup sayur brocolli, ikan masak sambal dan sambal sotong kering.  Nowadays kena be very careful dgn apa jua hidangan yang disediakan, King of the House baru di diagnose ada sakit arthritis....so, banyak hidangan/lauk pauk yang kena avoid.

The making of sambal sotong kering

Ok, pasti ada yang tertanya2 petua dan cara2 untuk melembutkan sotong kering.  This I learnt years back masa kat Penang.  Cina yang jual sotong kering tu ajar, untuk melembutkan sotong kering, caranya mudah saja.  Jerangkan air sampai mendidih, masukkan kedalam satu bekas.  Kemudian, amek air abu (ada dijual di pasaraya dan kedai sengseh cina) dalam 1 1/2 penutup botol dan campurkan kedalam air panas tersebut dan kemudian bolehlah dimasukkan sotong kering.  Rendam selama lebih kurang sejam ke dua jam.  Insya Allah, sotong tersebut akan jadik lembut dan boleh dimakan.  Jangan sampai terlebih air abu lak, nanti sotong tu akan berasa pahit.

Hari selasa lak, 27 December 2011 aku sambung lagi cuti sehari.  Dah janji dgn one of my buddies yang juga merangkap my singing partner, si neena.  Destinasi dituju, Neway Subang.  Memang giler kentang, start masuk kul 1 tgh hari sampai lar kul 6 petang.  Artis pun tak buat show begitu lama....muahahahaa.  The rest of the buddies tak mo ikut coz depa tau, kalau aku dan neena dapat nyanyi, memang yang lain tak de chance ler.  Coz kitorg berdua akan "queue" kan lagu kitaorg berderet2.....giler kuasa sungguh....

One of the songs yg kitaorg nyanyikan....cuba teka apakah tajuk lagu ini?  10 saat dari sekarang.....


Sunday, December 25, 2011

Sessi Jelajah Dapur - 25 December 2011

Long weekend always makes me smile.....and of course, being me, I start to wonder and plan what to cook throughout the holiday.  Selama nie bukan tak masak langsung, masih ada sessi jelajah dapur tapi disebabkan kemalasan tahap dewa, maka ianya tidak ku upload ke belog.

So today, decided to have something different, maka terhasillah hidangan Roast Chicken with potato salad and mashed potato.  The roast chicken is served with brown sauce.  Dan juga disebabkan kemalasan tahap dewa pada hari nie, dengan rela hati aku berkunjung ke Kedai Ayamas.  Luckily hari nie ada offer, buy 1, free 1 roasted chicken...dah siap ada stuffing.....and ended up, aku cuma menyediakan mashed potato and potato salad.  Don't worry Hawa, aku tau rasa mashed potato aku lebih kurang sama dengan mashed potato yg ada dijual di Chilli's.

Today's lunch:  roast chicken with mashed potato and potato salad.

Nota kaki:  Rasa roast chicken tu, ok lar....something for a change rather than the usual flavour ada dijual....Somehow, I still miss home cooked roast chicken, prepared by yours truly.......

Wednesday, December 21, 2011

Rezeki Hari Rabu

Kononnya ada orang tu dah berjanji sakan nak bawak kitaorg pergi try the best ayam penyet in Sepang.  Nasib baiklah kitaorg nie street smart, celah bedah mana kat dunia sepang and dengkil nie yang kitaorg tak tau....dan kitaorg pun meredah tanpa org yg membuat janji ittew.

Gerai nie terletak bersebelahan masjid dengkil.  Kat gerai nie ada berbagai jenis juadah indonesia yg dijual.  Set ayam penyet dia OK aje lar, somehow I still prefer the one in Wong Solo.  Maybe I've set my standard too high.....hmm.....

Set ayam penyet.  The sambal is toooooo hotttt.....bergegar pewut ku.


Balik lunch, ada pulak yg datang berziarah di office.  Yeay, ada buah tangan utk ku dari London.  Somehow, hamba allah nie still remembers that I loveeeee Thorntons Chocolate.....Mucho gracias kerna ingat lagi my liking.....moga terus dimurahkan rezeki anda.....aminnn....

Buah tangan dari London.

Jalan-Jalan Cari Makan

Di kala kebuntuan utk memikirkan apa yg nak dimakan for dinner, somebody suggested that we should try out nasi kandar at USJ9.  So, kami pun pergi ler ke sana.  Nama restoran itu ialah Nasi Kandar Makbul....and true enuf, it does taste (more or less) like the one in SP.

Nasi kandar berlaukkan ikan goreng.....mabeles.

Banyak gak kami order semlm, and yes, the sup kambeng kat sini mmg terbaikkkkk woookkk!!  The nan and tandoori set also is nice.

Saturday, December 17, 2011

The Usual Bebel-Bebelan

Found this kat one of the pages in FB, kind of sweet....thought of sharing it here


Tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar ...USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya ...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia...

Thursday, December 15, 2011

The Usual Bebel-Bebelan

Hari nie ialah 15 December 2011.  Ini bermakna kita ada lagi 16 hari seblm melangkah ke tahun 2012.  Looking back, i tend to wonder how I survive throughout this year...apakah kejayaan2 yg berjaya dicapai...apakah yang masih pending....and the list goes on....

One thing for sure, thn nie mmg break record...aku berjaya menghabiskan annual leave aku, cuma berbaki satu hari aje lagi....Pening kepala memikirkan nya...tahun depan cuti gantian cuma 2 hari aje...very the limited ler cuti aku......

Ok, few days back, I received a phone call from my former Chief.  She told me that one of our buddies is getting married.  Finally, among the 3 of us, this girl is the first one to get hitched.  I'm glad and happy for F.  Dia anak yatim piatu, kedua org tuanya dah meninggal dunia. I'm glad that she finally settle down and that there's someone out there who will take good care of her.  Chief dah book timeslot aku utk attend wedding nie...31 December 2011.  Ada lak hati si Chief nie nak ajak aku pergi ikut rombongan kawan kitaorg nie ke Terengganu.....ya lah, future hubby F adalah org Ganu kite.....Tgk lar camner....best gak kalo dpt ke sana....so far, tak masuk dan tak pernah pergi lagi ke Ganu.

Just now over lunch time, one of my office mate ajak aku join ikut dia balik kg next June coz adik dia nak menikah.  She asked me to follow her coz she knows that I always have a soft spot for Kelantan....Bagai org ngantuk disorong bantal....bestnya!!!  Looks like tahun depan tak de ler bercuti2 ke luar negara...

My plan for next year, another trip to the northern region (nie pun I always have soft spot for Penang, Kedah)...then pergi Terengganu....and Kelantan.....happening gitew....Insya Allah, kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....moga2 tercapailah hajat aku nie...

Words of Wisdom....


In nine times out of ten, the slanderous tongue belongs to a disappointed person. - George Bancroft

Nota kaki:  Cheq pun tak tau siapa itu George Bancroft....but this is really good...especially sekarang nie dah dekat nk PRU, banyak sgt lar pertuduhan2 dan dakwaan2 liar....

Monday, December 12, 2011

Jalan2 Cari Makan

Gara2 terpengaruh dgn review di tv, maka bermulalah perjalanan ke destinasi yg dituju.  Nama restoran ini ialah The Big Mouth, terletak di USJ 9, Subang Jaya.

The Big Mouth a.k.a. Si Molot Besar....

Senangkan, aku dah siap tepek add restoran nie dan cawangan2 nya....

Kembar tak seiras, rasa pun tak sama....

Seafood chowder....creamy and delish!!

Crispy Jack Burger.....enak.  Bun tersebut lembut dan ada rasa.

Chicken Pocket - tang mana poket dia pun, cheq tak tau.

Seafood Platter for kiddos.....rasanya sedap.

Chicken Kiev.

Overall, the food here is tasty, big portion and in terms of price, teramatlah reasonable.  Thus, there will be a second visit soon.


Cap Ibu dan Anak

Dah sampai ke penghujung tahun dan berada dlm bulan terakhir.  That means, ada 2 birthday babies yang harus diraikan.  That's why tajuk posting kali nie sedemikian rupa.

Birthday org lain, dia turut sama potong cake....

Birthday dia pun, dia masih lagi potong kek.....

Nota kaki:  Malas nak citer banyak2....moody sungguh hari nie....dont know why....

Tuesday, December 6, 2011

3 Hari 2 Malam Jelajah Wilayah Utara - (03)

Isnin, 05 December 2011

Bangun awal pagi nie sebab nak check out. Selesai urusan check out, kitaorg pn breakfast kat stall tak jauh dari homestay. Bye2 Jeniang, kind of like the place, peaceful, quiet little town. Life is more on a relax mode there.

Meneruskan perjalanan pulang, kami beberapa kali berhenti di Hentian R&R sepanjang highway. Then, we decided to exit kat Persimpangan 143 - Persimpangan Kuala Kangsar. Ini semua gara2 ibu mengandung yang mengidam nak makan Laksa Kuala di situ. First time ever since I've got my driving licence and to drive around pekan Kuala. Another peaceful town.....org ramai cam relaks aje, jeles aku....


Memang kerja kamikaze, driving sambil snapping pic....

Jambatan Kuala Kangsar yg femes ittew terlihat dari kejauhan

This is what we had for lunch...

Si cilik yang sakan berposing untuk gambo kenang-kenangan

Selepas lunch, kami meneruskan perjalanan ikut jalan lama.  Kami melalui pekan2 kecil seperti Sungai Siput, Chemor dan Taman Meru sebelum menyambung perjalanan menggunakan lebuhraya.

Lagi sekali kerja kamikaze, driving and snapping pic.  Nasib baik tak banyak kenderaan.

Then we decided to exit at Toll Behrang kerana ingin melalui jalan lama ke pekan Tanjung Malim.  Mission utama untuk mengeteh di Kedai Kopi yang terkenal di pekan itu. 

Restoran Yik Mun yang terkenal dengan juadah pau yang lazat.

Among the food that we had - Mashed Potato

A must try once you are here - pau kacang merah and pau kaya.

Hainanese Fried Rice

Setelah kenyang, kami teruskan perjalanan pulang ke rumah melalui Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Guthrie.  Overall, it was a pleasant and fruitful outing as I had the chance to have the food that I miss most.  Memandangkan Annual Leave aku dah habis, maka, harusss aku plan one more outing early next year.

Nota kaki:  Akan ku recce lagi dan cari sehingga jumpa Sungai Bill ittew...

Monday, December 5, 2011

3 Hari 2 Malam Jelajah Wilayah Utara - (02)

Ahad, 04 December 2011

Sebelah paginya, semua terlambat bangun, gara2 kepenatan malam sebelumnya.  Sedar2 aje dah jam 08:30 pagi.  Then bersiap2 pergi breakfast kat gerai not far from the homestay.

Selepas breakfast, bergegas lar kami mandi dan bersiap untuk menyertai rombongan pengantin.  Then, pergi konvoi jumpa pengantin kat hotel dan dari situ, divert balik ke Kuala Ketil.

Dah terlalu lama rasanya tidak menghadiri kenduri kahwin di kawasan yang benar2 kampung.  Best aje rasanya tengok org2 kampung bergotong royong menyediakan juadah.  Dan rumah pengantin pun tak berapa jauh dari bendang, another plus point di situ.  Walaupun cuaca agak panas pada ketika itu, ianya tidak menghalang kami dari menikmati keenakan juadah masakan kampung yang disediakan.

Hidangan di meja kami, the ahli rombongan


Sesudah makan nasi, ada lak disajikan dengan kuih raya....yippieeee

Pertunjukan silat pengantin....

Settle sudah menghantar pengantin, kami pun pulang semula ke homestay.  Relaks kejap dan bermesyuarat sama ada nak balik KL petang itu juga or postpone satu hari lagi.  Finally, disebabkan semua supir2 capek bangat (termasuklah aku), we decided to balik hari Isnin pagi. 

Bila dah rest, kami terus membuat keputusan untuk meronda pekan Sungai Petani.  The last time I went there was 3 years ago.  So, terus ler berpusing2 meronda.  Dan niat utama ke Pekan SP adalah untuk mencuba hidangan di Radix Fried Chicken yang terkenal kerana keenakannya itu.

Di hadapan kedai Radix Fried Chicken


2 piece fried chicken set.  I prefer the spicy rather than the herbs flavour.  Memang enak ayam goreng nie.


Order bagai nak giler but the price is really reasonable.

Ternyata memang benar Radix Fried Chicken lazat dan rasanya lain dari yang lain.  Two thumb up!!  Now, terasa rindu lak nak menjamah RFC ini lagi.

Usai makan di RFC, terus ler kitaorg menapau untuk yang tak join sessi jalan2 cari makan kitaorg.


3 Hari 2 Malam Jelajah Wilayah Utara - (01)

I'm backkkk!!!!  "Kehilangan" aku selama 3 Hari 2 Malam, bermula dari 03 December hingga 05 December baru2 ini adalah demi memenuhi hasrat dan misi Jelajah Wilayah Utara.  Tujuan asal misi ini adalah mengikut rombongan cik kiah menghantar pengantin.  Dan pada masa yang sama, aku try to explore the areas/places that used to be my playground....Terlebih dahulu, maaf ku pohon kepada mereka2 yang berkenaan, sepatutnya aku bertemu dan beramas mesra tetapi kerana aku mengikut rombongan orang dan pada masa yg sama, ada yg mengikut kereta aku, terpaksalah aku ikut suara majoriti.

Ok, ceritera ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian, and it will start with the first day of travelling - Sabtu 03 December 2011.

Sabtu, 03 December 2011

Rombongan kami bertolak kira2 jam 09:30 pagi.  Itu pun aku dah sound depa yg kononnya waktu memulakan perjalanan ialah jam 08:30 pagi.  So, give and take ler, lewat sejam.

Perjalanan agak lancar, walaupun sesak dikawasan2 yang selalunya sesak.  Aku try nak stop kat Hentian Tapah tapi terlalu padat dgn org.  Hampir semua hentian yang aku stop, penuh dengan manusia.  Akhirnya aku decided to stop at Hentian Bukit Gantang.  Dikhabarkan nasik lemak daun pisang di sini memang lazat, worth to try.

Inilah nasi lemak yang dicari2, highly recommended by one of my buddies.

Nasi lemak ikan masin, memang lazat.


Ahli rombongan sedang menikmati nasi lemak.

Setelah berhenti makan di Hentian Bukit Gantang, kami meneruskan perjalanan semula.  Destinasi, pekan kecil di Kedah.  Maka, kami disambut oleh sanak saudara yang telah tiba terlebih dahulu di Exit Toll Gurun.  Perjalanan disambung semula ke Pekan Jeniang.  Sepatutnya kami bermalam di Park Avenue Sungai Petani tetapi kedua org tua ku tidak betah tinggal di hotel.  Furthermore, kami semua teringin nak merasa suasana berada dipekan kecil dan kawasan kampung.  So, we opted for a Homestay in Pekan Jeniang.  Afterall, kenduri kahwin tu terletak tidak jauh dari Jeniang, kira2 20 minit perjalanan aje.

Tempat yang dituju.

Tempat persinggahan kami selama 3 hari 2 malam.

Usai melepaskan lelah dan penat, apa lagi, kami pun tak tunggu lagi untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu meronda kawasan berdekatan.  Dari pekan Jeniang, kami pun terus memandu hingga tiba di Pekan Sik.  Dikhabarkan pada hari itu ada pasar malam.  Ye, pasar malam di Pekan Sik memang meriah dan harga nya memang rendah berbanding tempat lain. Tapi kami tak beli apa2, cuma cuci mata aje.

Sesudah solat maghrib, kami telah dijemput ke rumah salah seorang sanak saudara kami untuk dinner.  Although most of the food were bought from pasar malam Sik, ianya memang lazat.  And of course, I loveeee the pulut udang a.k.a. pulut panggang.  Memang enak dan terasa lemaknya.

Setelah bergebang2 sambil makan2, kami pun pulang semula ke homestay tersebut, berehat untuk menyediakan diri bagi aktiviti di hari kedua, kenduri kahwin.......

Saturday, December 3, 2011

Jalan2 Cari Makan

Every morning, like almost every day, aku mesti singgah R&R Dengkil arah ke KLIA.  Terdapat banyak pilihan juadah untuk breakfast di situ.  Dalam byk2 gerai di situ, aku pasti akan singgah ke gerai no. 8 untuk menapau nasi lemak daun pisang.  And of course, this is the best nasi lemak (ikut tekak aku ler) available there.  Nama gerai tersebut ialah Rasa D'Ukauna.

Though it is just a simple nasi lemak, with 1/2 hard boiled egg, sambal, kacang+ikan bilis goreng, rasa nasi lemak tersebut cukup istimewa dan mengenyangkan.

Nasi lemak Rasa D'Ukauna.

Packaging nasi lemak setelah dibuka...sungguh menyelerakan

Don't worry about the price coz it is only RM1.50 per pack.

Nota kaki:  Gerai minuman bersebelahan gerai ini juga ada menjual Pau Cahaya buatan bumiputera yang lazat.