Dalam sesuatu perhubungan, sama ada berkawan biasa atau serius, bagi aku, kejujuran tu teramat penting. Dan satu perkara yang easily pi**ed me off ialah bila orang sekeliling aku sewenang-wenangnya menaburkan janji2 dan kemudian buat2 lupa, or maybe genuinely terlupa dan mula memberi alasan2 yang aku rasa, budak tadika pun payah nak percaya. Ok, satu contoh yang boleh aku beri ialah, ada kawan aku nie, dah lamaaaa betul aku kenal dia, tapi tiap kali dia yang berjanji dan ajak aku mengeteh, when the day comes, aku dah tercongok kat tempat yang dia janji nak jumpa tu, dia tak de. Bila call, conveniently dia kata dia MC sampai terlupa nak call aku kata tak jadik jumpa. And that was not the first time, ada lar dua tiga kali gak camtu tapi sebelum2 nie, aku boleh terima lagi. But, the incident yang dia conveniently terlupa nk bagitau aku tu, memang that's the turning point ler. Aku maafkan dia tapi aku lebih rela jadik lone ranger dari ada kawan yang tak hormati janji dia senirik. So, aku lebih rela putus kawan dari menyimpan orang2 macam nie.
The moral of the story is, jangan berjanji kalau setakat nak sedapkan hati orang aje. Aku payah nak berjanji coz aku takut tak dapat penuhi janji2 aku. For me, it is very simple "I say what I mean and I mean what I say", there's no two way about that.
Seperti kata pepatah, "Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji"..so, kalau manusia tu tak reti nak hormati kata2 dia senirik, pada pandangan aku, mereka itu lebih rendah tarafnya daripada lembu yang berkaki 4 tu.
Mengapa lak tiba2 aku emo dan bercakap pasal hal nie? Adalah satu kejadian, tak banyak, sikit ada persamaan dengan cerita contoh aku dgn salah sorang ex kawan baik aku dulu.....so, bila berlaku hari nie, sedikit sebanyak teringat kejadian sebelum2 nie. Pesan aku satu aje, never ever promise anyone something that you are unsure of. Tak payah gebang banyak, I judge people by their words and actions.....Simpan aje lah janji2 kau tu, I see you when I see you, wokeh!!
Adios!
Nota kaki: Tak, aku tak marah, cuma nak menyatakan pendapat aku pasal perkara nie.
No comments:
Post a Comment