Hangat gak penceritaan dan perbincangan kat status update FB kawan aku tadik. Ianya berkisar tentang kisah misteri yang berlaku ke atas dirinya. Demi menyedapkan hati, si pencerita cuma boleh bersangka baik bahawa tv di rumah beliau sudah sampai masanya untuk ditukar kepada tv yg baru...yelah, tgh sedap2 menonton rancangan kegemaran, tv tersebut tiba2 padam dengan sendirinya. Walaupun dicuba beberapa kali, tetapi tv tersebut tetap tak ada tanda2 bakal bernyawa kembali. Setelah dibiarkan, dengan secara sendirinya tv tersebut kembali bernyawa....tak ke pelik tu??
Kisah kawan aku nie secara tiba2 telah berjaya menghidupkan kembali memori ku kepada satu kejadian yang terjadi tidak berapa lama dahulu. I'm not so sure as to whether the incident happened kat umah aku ke atau the last apartment yang aku sewa seblm berpindah ke rumah sendiri.
Pada malam kejadian, sebelum tidur, aku selalunya akan memastikan bahawa tv dan suisnya dipadamkan. Memang aku dah cek dan confirm aku telah melakukan routine tersebut seperti hari2 sebelumnya. Maka, dengan senang hati dan penuh rasa mengantuk, aku pun masuk bilik nak tidur.
Dalam lebih kurang jam 3 pagi, aku terjaga. Itu pun memang satu tabiat aku yang dulunya memang akan berlaku setiap hari. Normally, bila dah terjaga tu, aku akan pg ke hall dan cek whether everything is ok, again, dah memang habit. Masa aku ke hall, dalam keadaan separa tidur, separa berjaga tu (a.k.a. mamai) aku nampak tv tu dah "on" balik!! It was a blank screen seperti selepas tamat siaran, siap ada bunyik lagi. Dalam keadaan mamai tu, aku tak terpikir langsung yang suis tv tersebut telah aku "off"kan sebelum masuk bilik tadik. Dengan penuh "stone", aku amek controller dan off kan tv tersebut dan kemudian masuk semula ke bilik.
Keesokkan harinya baru lah aku perasan dan teringat semula apa yang berlaku, itu pun kerana aku nak menonton rancangan kegemaran aku dan bila aku try "on" kan tv tu pakai controller, ianya tetap tak de respon. Bila dipikirkan balik, serasa meremang aje bulu roma aku...siapa sebenarnye yg menonton tv malam tu?? Tak de org lain dlm rumah tu kecuali aku.....
Kat rumah ni jugak aku selalu terdengar2 seperti ada orang memanggil aku tapi bila aku dah nak menyahut panggilan itu, baru aku tersedar yang aku sorang aje kat situ....selalunya aku akan kata "ala, perasaan aku aje"...itu pun ayat skema untuk menyedapkan hati.
Sebenarnye banyak gak pengalaman2 separa horror aku sepanjang aku menyewa, setiap satu tempat itu ada aje kejadiannye. Nantilah, akan aku ceritakan bila aku ada masa free, nak kena refresh balik memori2 yang dah terpendam lama nie....3 kali pindah rumah, 3 set cerita yang berbeza. Mungkin jugak sebab kawasan tempat aku menyewa nie dulunya adalah kawasan hutan dan ladang getah (sebelum dibangunkan), pasal tu banyak cerita2 tersirat yang mungkin agak mencabar minda kalau kita cuba nak rationalise it out.
Akhir kata, usah biarkan hidup anda diselubungi.........misteri......
No comments:
Post a Comment