Saturday, September 10, 2011

Lanjutan dari Apa Nie???

Posting kali nie sebenarnya adalah lanjutan posting Apa nie??  Dari time sebelum raya lagi, ada sorang hamba allah nie cuba pujuk aku untuk menyediakan hidangan jamuan raya mereka.  Aku sebenarnya tak confident, ye lah, memasak juadah untuk kuantiti yg banyak kerana pada masa tu, anggaran jemputan ialah sekitar 300 org.  Hati ku berbelah bagi sama ada nak terima atau tidak tawaran mereka.

Selepas balik dari cuti raya pun, hamba allah ini terus memujuk aku.  Aku kesian dan kagum dengan kesungguhan beliau, maka ku terima tawaran itu.  Dengan merujuk kepada beberapa staff yang memang ada menjalankan perniagaan katering secara part time, at least I have a rough idea how to proceed.

Nasib baik gak juadah yang diminta bukanlah hidangan utama.  Hamba allah ini meminta aku menyediakan rendang ayam around 10Kg.  Ended up, rendang ayam yang disediakan adalah sekitar 15Kg. 

Sebab utama mengapa aku sanggup terima tawaran beliau adalah 1).  kagum dengan kesungguhan beliau memujuk dan 2).  aku ingin mencabar diriku sendiri bahawa aku boleh melakukan tugasan ini.

Tugasan bermula seawal dua hari sebelum acara tersebut.  Hari pertama, aku mula memborong barangan kering yang diperlukan dalam penyediaan rendang.  Hari kedua pula, aku terpaksa amek cuti setengah hari untuk membeli ayam dan juga stok santan dan kerisik.  Proses mengemas ayam adalah satu proses yang memenatkan.  Pendek kata, hari tu memang aku berbau ayam ler.....hehehe.  Proses menyediakan bahan2 rempah rendang pula dilakukan pada malam sebelum rendang dimasak.

Proses memasak dimulakan seawal jam 5 pagi pada hari jamuan diadakan dan segalanye selesai dalam jam 7:30 pagi.  Aku bangga kerana berjaya membuktikan pada diriku bahawa aku boleh melakukan tugasan ini.

Alhamdulillah, rendang ku adalah among the hot dishes yang laku pada hari jamuan.  Ini aku saksikan sendiri sewaktu menghadiri jamuan tersebut, setiap berselang 20 minit, mangkuk hidangan ditambah semula dengan rendang.  The satisfaction of cooking is actually when people really enjoy the food that you prepare, that's how I feel.  Rata2 mereka memuji keenakan rendang buatan ku.  But dont ask me why I normally dont eat what I cook, maybe dah terover dose amek bau sewaktu juadah disediakan.

Terima kasih kepada hamba allah berkenaan kerana percaya dgn kemampuan ku (walaupun pada mulanya aku sendiri pun tak percaya dengan diriku) dan juga sudi mengorder rendang dengan ku.  It's a good learning point for me, and at least aku dah tau what to do kalau ada order sebegini lagi in the future.

Finally, siap gak rendang ayam yang diorder

Nota kaki:  Minggu depan ada lak yang dah order 30 medium size red velvet cupcakes....alhamdulillah.....

No comments:

Post a Comment