Friday, September 23, 2011

Makan2 Hujung Syawal cum Up Close and Personal Session cum Kenduri Kesyukuran Pisang

Hari ni diadakan Makan2 Syawal cum Up Close and Personal Session cum Kenduri Kesyukuran Pisang kat opis nie hah. As always, juadah adalah secara pot luck, semua staff bawak serba sedikit makanan dan dimakan beramai2.  Macam biasa, aku telah diamanahkan utk menyediakan rendang ayam.  Aku bawak rendang ayam dan serba sedikit kuih raya yang masih tak berusik kat rumah tu.

Turn up dari jemputan kali nie memang diluar jangkaan.  Walaupun ada 4 lagi open opis yang berlaku pada masa yang sama, syukur masih ramai yang berkunjung ke opis kami hinggakan lewat jam 4 pun masih ada lagi tetamu yang hadir.  Memang betul2 meriah lar sambutan kali nie, berbanding dengan tahun2 lepas. 

Gigih bangun jam 5 pagi untuk sediakan rendang

Barisan balang kuih raya


Antara cubicle yang dipenuhi dengan juadah.  Total all 5 cubicles dipenuhi juadah berbagai jenis.


Ada yang bayar nazar dengan bersedekah pisang.  Alhamdulillah katanya..*wink2.

I'm really, really glad that this time round, managed to capture gambo satu division.  First time in history tu...good!!

Balik dari melawat open house lain, terkejut aku tgk ramai org kat sini.  Ini baru betul2 meriah, again, first time in history!!  Makanan pun tak habis2, alhamdulillah.

Sebahagian lagi tetamu yang hadir.....terima kasih kerna sudi memenuhi undangan kami.

No comments:

Post a Comment