Friday, September 30, 2011

Jiwang Karatzs Kembali Lagi


Another lovey dovey song.....I loiiikkeee!!

Jiwang Karatzs Kembali lagi



Lagu yg teramat membuai perasaan.....

Tuesday, September 27, 2011

Happy Ending

Mood aku teramat happy sekarang.  Ini semua gara2 undangan yg diterima tadik melalui FB.  One of my close friends is finally tying the knot....for the second time...Congratsss Achik, you deserve to be happy after all the misery that you had to go through.

Achik merupakan student paling senior dlm group aku (masa buat diploma dulu) dan antara yang paling awal settle down.  Somehow at that point of time, she settled down dgn her then sweetheart darling.....happily married with 3 children sehinggalah si ex dia tu buat keje giler, dok kejar2 dan berfeeling bagai dgn pompuan Indon yg kerja di kantin officenya.  Achik found out about this and she decided to take matter in her own way...yelah, once the trust is no longer there, how can one be together for the rest of their lives??  And she got the custody for all her children, masa tu semuanye kecik2 lg...nafkah anak2 jgn ckp ler, si ex menghilangkan diri begitu aje...Yet, achik redah semua nie dgn penuh redha.  Pernah dia bagitau kat aku "Linda, kalau harapkan nafkah utk budak2 tu, sampai bila pun takkan dapat.  Turun naik mahkamah buang masa, duit dan dapat penat aje.  Bukan tak try contact mintak, tapi mcm2 alasan lar diberi...so, lebih elok aku bersusah payah besarkan budak2 tu....kalau budak2 tu teringat nk carik bapak mereka bila dah besar nanti, pergilah carik.  Dia pun bukan teringat nk dtg jenguk anak2, aku pn tak tau ke mana dia dah hilang".

Achik membesarkan anak2 dia dgn penuh sabar....nasib baik ada family support yg tk putus2 bg semangat.  Dengan tak de lesen memandu, Achik pelan2 belajar driving and she learn how to survive.  Memang tabik spring dgn Achik.

Awal tahun nie, Achik kemalangan...berparut gak ler muka dia.  Macam Achik cakap tadik "Linda, aku rasa suey aku dah abis keluar masa aku accident lar.  Terus aje dpt jodoh nie, tak amek masa lama pun.  Dia proposed awal bulan 7, dtg jumpa parents aku dan terus kata nk menikah".  I could feel her happiness in her voice.....cheerful and happy as ever, mcm tak de apa2 masalah langsung dihadapi.

To Achik, once again, congrats....I'm so happy for you. You are one in a million, tak pernah sekali pun kau mengeluh kisah yang telah berlaku....memang kau tak berpaling mengenang masa lalu, kau teruskan hidup dgn semangat positif.  Insya Allah, I'll be there on your wedding day....yelah, masa first time itu hari aku terlepas, I wouldn't want to miss it for the second time....

Nanti aku cuba korek2 album lama, kalau2 ada pic aku dgn Achik masa zaman muda remaja dulu.

Nota kaki:  Happy tu, mmg ler happy for her....Terdetik gak hati tadik, kapan sih masa gue???

Sunday, September 25, 2011

The usual bebel-bebelan

Dalam sesuatu perhubungan, sama ada berkawan biasa atau serius, bagi aku, kejujuran tu teramat penting.  Dan satu perkara yang easily pi**ed me off ialah bila orang sekeliling aku sewenang-wenangnya menaburkan janji2 dan kemudian buat2 lupa, or maybe genuinely terlupa dan mula memberi alasan2 yang aku rasa, budak tadika pun payah nak percaya.  Ok, satu contoh yang boleh aku beri ialah, ada kawan aku nie, dah lamaaaa betul aku kenal dia, tapi tiap kali dia yang berjanji dan ajak aku mengeteh, when the day comes, aku dah tercongok kat tempat yang dia janji nak jumpa tu, dia tak de.  Bila call, conveniently dia kata dia MC sampai terlupa nak call aku kata tak jadik jumpa. And that was not the first time, ada lar dua tiga kali gak camtu tapi sebelum2 nie, aku boleh terima lagi.  But, the incident yang dia conveniently terlupa nk bagitau aku tu, memang that's the turning point ler.  Aku maafkan dia tapi aku lebih rela jadik lone ranger dari ada kawan yang tak hormati janji dia senirik.  So, aku lebih rela putus kawan dari menyimpan orang2 macam nie.

The moral of the story is, jangan berjanji kalau setakat nak sedapkan hati orang aje.  Aku payah nak berjanji coz aku takut tak dapat penuhi janji2 aku.  For me, it is very simple "I say what I mean and I mean what I say", there's no two way about that.

Seperti kata pepatah, "Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji"..so, kalau manusia tu tak reti nak hormati kata2 dia senirik, pada pandangan aku, mereka itu lebih rendah tarafnya daripada lembu yang berkaki 4 tu. 

Mengapa lak tiba2 aku emo dan bercakap pasal hal nie?  Adalah satu kejadian, tak banyak, sikit ada persamaan dengan cerita contoh aku dgn salah sorang ex kawan baik aku dulu.....so, bila berlaku hari nie, sedikit sebanyak teringat kejadian sebelum2 nie.  Pesan aku satu aje, never ever promise anyone something that you are unsure of.  Tak payah gebang banyak, I judge people by their words and actions.....Simpan aje lah janji2 kau tu, I see you when I see you, wokeh!!

Adios!

Nota kaki:  Tak, aku tak marah, cuma nak menyatakan pendapat aku pasal perkara nie.

Friday, September 23, 2011

Jalan2 Cari Makan - 18 September 2011

Again, this is a delayed posting.  Kejadian berlaku hari Ahad lepas tapi baru sekarang terperasan, itu pun sebab tgh buat spring cleaning folder gambo2 nie.

Last Sunday, after much thought and consideration, kitaorg sepakat nak pg pekena food ala kopitiam. So, destinasi yang dituju ialah Old Town White Coffee yang terletak di Bandar Kinrara, tidak jauh dari Pasaraya Giant.

Normally aku tak berapa favour food kat situ but somehow, at this outlet, hidangan yang disediakan memang ada rasa dan sesuai dengan selera aku masa tu.

Normally people have this for breakfast, I had this for tea...


Antara juadah yang dinikmati
Tak de dlm gambo, set nasi lemak ayam goreng yang sedaps.

Makan2 Hujung Syawal cum Up Close and Personal Session cum Kenduri Kesyukuran Pisang

Hari ni diadakan Makan2 Syawal cum Up Close and Personal Session cum Kenduri Kesyukuran Pisang kat opis nie hah. As always, juadah adalah secara pot luck, semua staff bawak serba sedikit makanan dan dimakan beramai2.  Macam biasa, aku telah diamanahkan utk menyediakan rendang ayam.  Aku bawak rendang ayam dan serba sedikit kuih raya yang masih tak berusik kat rumah tu.

Turn up dari jemputan kali nie memang diluar jangkaan.  Walaupun ada 4 lagi open opis yang berlaku pada masa yang sama, syukur masih ramai yang berkunjung ke opis kami hinggakan lewat jam 4 pun masih ada lagi tetamu yang hadir.  Memang betul2 meriah lar sambutan kali nie, berbanding dengan tahun2 lepas. 

Gigih bangun jam 5 pagi untuk sediakan rendang

Barisan balang kuih raya


Antara cubicle yang dipenuhi dengan juadah.  Total all 5 cubicles dipenuhi juadah berbagai jenis.


Ada yang bayar nazar dengan bersedekah pisang.  Alhamdulillah katanya..*wink2.

I'm really, really glad that this time round, managed to capture gambo satu division.  First time in history tu...good!!

Balik dari melawat open house lain, terkejut aku tgk ramai org kat sini.  Ini baru betul2 meriah, again, first time in history!!  Makanan pun tak habis2, alhamdulillah.

Sebahagian lagi tetamu yang hadir.....terima kasih kerna sudi memenuhi undangan kami.

Wednesday, September 21, 2011

Kisah Seremssssss.......(5)

Hangat gak penceritaan dan perbincangan kat status update FB kawan aku tadik.  Ianya berkisar tentang kisah misteri yang berlaku ke atas dirinya.  Demi menyedapkan hati, si pencerita cuma boleh bersangka baik bahawa tv di rumah beliau sudah sampai masanya untuk ditukar kepada tv yg baru...yelah, tgh sedap2 menonton rancangan kegemaran, tv tersebut tiba2 padam dengan sendirinya.  Walaupun dicuba beberapa kali, tetapi tv tersebut tetap tak ada tanda2 bakal bernyawa kembali.  Setelah dibiarkan, dengan secara sendirinya tv tersebut kembali bernyawa....tak ke pelik tu??

Kisah kawan aku nie secara tiba2 telah berjaya menghidupkan kembali memori ku kepada satu kejadian yang terjadi tidak berapa lama dahulu.  I'm not so sure as to whether the incident happened kat umah aku ke atau the last apartment yang aku sewa seblm berpindah ke rumah sendiri.

Pada malam kejadian, sebelum tidur, aku selalunya akan memastikan bahawa tv dan suisnya dipadamkan.  Memang aku dah cek dan confirm aku telah melakukan routine tersebut seperti hari2 sebelumnya.  Maka, dengan senang hati dan penuh rasa mengantuk, aku pun masuk bilik nak tidur.

Dalam lebih kurang jam 3 pagi, aku terjaga.  Itu pun memang satu tabiat aku yang dulunya memang akan berlaku setiap hari.  Normally, bila dah terjaga tu, aku akan pg ke hall dan cek whether everything is ok, again, dah memang habit.  Masa aku ke hall, dalam keadaan separa tidur, separa berjaga tu (a.k.a. mamai) aku nampak tv tu dah "on" balik!!  It was a blank screen seperti selepas tamat siaran, siap ada bunyik lagi.  Dalam keadaan mamai tu, aku tak terpikir langsung yang suis tv tersebut telah aku "off"kan sebelum masuk bilik tadik.  Dengan penuh "stone", aku amek controller dan off kan tv tersebut dan kemudian masuk semula ke bilik.

Keesokkan harinya baru lah aku perasan dan teringat semula apa yang berlaku, itu pun kerana aku nak menonton rancangan kegemaran aku dan bila aku try "on" kan tv tu pakai controller, ianya tetap tak de respon.  Bila dipikirkan balik, serasa meremang aje bulu roma aku...siapa sebenarnye yg menonton tv malam tu?? Tak de org lain dlm rumah tu kecuali aku.....

Kat rumah ni jugak aku selalu terdengar2 seperti ada orang memanggil aku tapi bila aku dah nak menyahut panggilan itu, baru aku tersedar yang aku sorang aje kat situ....selalunya aku akan kata "ala, perasaan aku aje"...itu pun ayat skema untuk menyedapkan hati.

Sebenarnye banyak gak pengalaman2 separa horror aku sepanjang aku menyewa, setiap satu tempat itu ada aje kejadiannye.  Nantilah, akan aku ceritakan bila aku ada masa free, nak kena refresh balik memori2 yang dah terpendam lama nie....3 kali pindah rumah, 3 set cerita yang berbeza.  Mungkin jugak sebab kawasan tempat aku menyewa nie dulunya adalah kawasan hutan dan ladang getah (sebelum dibangunkan), pasal tu banyak cerita2 tersirat yang mungkin agak mencabar minda kalau kita cuba nak rationalise it out.

Akhir kata, usah biarkan hidup anda diselubungi.........misteri......

Saturday, September 17, 2011

Cerita Hujung Minggu

Hari Jumaat adalah public holiday, so for this week, we have a long weekend.  Lately nie, mcm malas aje nk keluar berjalan2, yelah, jalanraya tetap penuh dgn keter, tak kosseerr nk bersesak2. 

So, disebabkan kemalasan tahap dewa, aku lebih relaks untuk lepak di rumah.  Jadinya, pada hari Jumaat, aku telah memulakan lagi sekali projek baking2.  Resipi yang dicuba kali ini ialah Orange Cake.  Aku sempat bancuh 2 adunan, satu untuk dimakan beramai2 dirumah dan satu lagi untuk diberi kepada sedara ku, atas arahan mak aku. 

Orange cake yang telah selamat dimakan beramai2

Close up.....horror gittew....huhuhu

Hari Sabtu pula (hari nie) memang hari lepak aku.  Ada dua tiga perkara perlu aku selesaikan pun aku dah postpone ke another day, this is because aku malas nak bersiap dan keluar rumah hari nie, boley??  Jadinya hari nie, aku lepak kat rumah.  Sebenarnye, for the past few days aku teringin nak makan sambal telur tapi tak jumpa gak kat mana2 stall atau kedai.  Teringat2 sambal telur yang arwah nenek aku rajin buat, jadi nak tak nak, terpaksa lar aku masak sendiri.

I had sambal telur for lunch, ada berbaki lagi tu coz tak ramai orang kat rumah lunch tadi.  Ok lar tu, sekurang2nya terubat gak rindu kat masakan arwah nenek aku.  Salah satu masakan arwah nenek aku yang paling aku suka ialah sambal petai, no one could beat the taste.  Tak pe lar, pelan2 kayuh, nak cuba gak dapatkan rasa masakan seperti hasil air tangan dia.....

Sambal telur goreng with lots of daun kucai and daun sup

Thursday, September 15, 2011

Mari Mem"baking"

Dah beberapa hari tak update belog, coz kesuntukan masa dan nothing much happening around me, just the usual daily routine...ok lah tu. 

Semalam adalah hari mem"baking" sedonia. Mulanye ada order utk 30 cuppies but somehow, by noon yesterday, dapat another last minute order, so total, aku kena bakar 50 cuppies ....alhamdulillah, walaupun capek bangat, aku gagahkan jugak diri nie.  Aku rasa bersalah kalau menghampakan harapan org yg telah mengorder.

Kepada yg mengorder, terima kasih daun keladi saya ucapkan.  Saya pun tak tau sedap ke idak cuppies tu, sebab selalunye saya buat for own consumption.  Moga cuppies itu memenuhi selera dan citarasa anda yek.

20 ketul cuppies Red Velvet - mucho gracias pd yg mengorder

Another 30 more RV cuppies for org lain yg mengorder....berbanyak terima kasih yek

Saturday, September 10, 2011

Lanjutan dari Apa Nie???

Posting kali nie sebenarnya adalah lanjutan posting Apa nie??  Dari time sebelum raya lagi, ada sorang hamba allah nie cuba pujuk aku untuk menyediakan hidangan jamuan raya mereka.  Aku sebenarnya tak confident, ye lah, memasak juadah untuk kuantiti yg banyak kerana pada masa tu, anggaran jemputan ialah sekitar 300 org.  Hati ku berbelah bagi sama ada nak terima atau tidak tawaran mereka.

Selepas balik dari cuti raya pun, hamba allah ini terus memujuk aku.  Aku kesian dan kagum dengan kesungguhan beliau, maka ku terima tawaran itu.  Dengan merujuk kepada beberapa staff yang memang ada menjalankan perniagaan katering secara part time, at least I have a rough idea how to proceed.

Nasib baik gak juadah yang diminta bukanlah hidangan utama.  Hamba allah ini meminta aku menyediakan rendang ayam around 10Kg.  Ended up, rendang ayam yang disediakan adalah sekitar 15Kg. 

Sebab utama mengapa aku sanggup terima tawaran beliau adalah 1).  kagum dengan kesungguhan beliau memujuk dan 2).  aku ingin mencabar diriku sendiri bahawa aku boleh melakukan tugasan ini.

Tugasan bermula seawal dua hari sebelum acara tersebut.  Hari pertama, aku mula memborong barangan kering yang diperlukan dalam penyediaan rendang.  Hari kedua pula, aku terpaksa amek cuti setengah hari untuk membeli ayam dan juga stok santan dan kerisik.  Proses mengemas ayam adalah satu proses yang memenatkan.  Pendek kata, hari tu memang aku berbau ayam ler.....hehehe.  Proses menyediakan bahan2 rempah rendang pula dilakukan pada malam sebelum rendang dimasak.

Proses memasak dimulakan seawal jam 5 pagi pada hari jamuan diadakan dan segalanye selesai dalam jam 7:30 pagi.  Aku bangga kerana berjaya membuktikan pada diriku bahawa aku boleh melakukan tugasan ini.

Alhamdulillah, rendang ku adalah among the hot dishes yang laku pada hari jamuan.  Ini aku saksikan sendiri sewaktu menghadiri jamuan tersebut, setiap berselang 20 minit, mangkuk hidangan ditambah semula dengan rendang.  The satisfaction of cooking is actually when people really enjoy the food that you prepare, that's how I feel.  Rata2 mereka memuji keenakan rendang buatan ku.  But dont ask me why I normally dont eat what I cook, maybe dah terover dose amek bau sewaktu juadah disediakan.

Terima kasih kepada hamba allah berkenaan kerana percaya dgn kemampuan ku (walaupun pada mulanya aku sendiri pun tak percaya dengan diriku) dan juga sudi mengorder rendang dengan ku.  It's a good learning point for me, and at least aku dah tau what to do kalau ada order sebegini lagi in the future.

Finally, siap gak rendang ayam yang diorder

Nota kaki:  Minggu depan ada lak yang dah order 30 medium size red velvet cupcakes....alhamdulillah.....

Friday, September 9, 2011

Apa nie??

Ini baru sikit aje, starter kalau mengikut kata omputih.  Barangan ini akan diolah menjadi suatu benda yang lazat.


Cerita Hari Sabtu

This is a delayed posting.  Setelah penat berhempas pulas melayan tetamu yg datang tak putus2 pada hari Jumaat, maka hari Sabtu adalah hari Off Day untuk segala aktiviti kunjung mengunjung.  Kebosanan di rumah, maka kata sepakat telah dicapai dan kami terus bersiap.  Pada masa itu, destinasi pilihan masih belum dapat diputuskan lagi.

Ok, semua mengamalkan prinsip aku "tekan aje pedal minyak, kita tgk ke mana arah yg bakal kita pergi".  Rupa2nya, kaki yg menekan pedal minyak telah membawa kami ke satu street mall yg baru dibuka di kawasan Subang, Citta Street Mall.  Citta Street Mall terletak di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, betul2 bersebelahan dgn kawasan perumahan Ara Damansara.

Nothing much there since tempat pun baru dibuka.  Tapi agak happening untuk yang kaki makan kerana terdapat banyak outlet pilihan yang boleh dicuba.  Outlet pertama yang kami kunjungi ialah The Wondermilk Cafe.  Wondermilk terkenal dengan cupcakes nye yang "heaven".

Suasana dalam cafe.  How I wish I own this type of cafe.

Cuppies, cuppies and morrrreeee cuppies...

After having cuppies, kami meneruskan perjalanan meronda2 kawasan terbabit and terus lepak kat Chilli's...dan makan lagi ler.....

Hidangan dan juadah yang different dari menu raya.....hehehe

I heart their Mash potatoes, sejibik mcm aku buat kat rumah

Monday, September 5, 2011

Saturday, September 3, 2011

Jiwang Karatsz Kembali Lagi



Suka bangat sama lagu ini.......
Suka bangat tgk si Pasha, lead vocalist Ungu..

Friday, September 2, 2011

Riang Ria Hari Raya

Setelah 4 hari di bulan syawal, baru lah ada kelapagan nak meng"update" belog.  So, kali nie, ia akan merangkumi semua citer dari raya pertama hingga raya ke empat.

Ok, raya pertama kami sekeluarga tak ke mana-mana.  Plan nak balik Somban pun kono postpone coz den masih demam, selsema and kena minor asthma attack manakala omak den lak baru nak mulo domam.  Omak den terbaring ajo rayo pertamo hari tu.  Den lak keluar masuk bilik, makan sikit, makan ubat dan tido.  So, basically, semuo merehatkan diri hari tu.  Omak den dah start domam malam rayo, so, first rayo tu dah teruk lar.  Malam rayo pertamo tu, den angkut omak den poei klinik sobab dio asyik tido ajo, tak bangun2..suh makan ubat pun dio buleh buek tak tau.  Doktor koba semuo nie kono viral fever, and last2 omak den kono jab...balik tu, dio bantai tido sampai pagi rayo ke duo. 

Pagi rayo keduo, den dah ok sikit.  Den sompek masak nasik daging utk lunch.  Lps lunch, baru lar mulo poei menziarah rayo.  Mulo2 tu, kitaorg poei PJ, ziarah mak sedaro den lepas tu poei umah mak mertuo adik den.  Den sobonar ee malas nak balik somban tapi disobabkan hari tu toll percumo, den pun apo laie, tokan minyak terus ko somban lar.  Kami poei somban ikut jalan Kg Jijan....sib baik ikut jalan kampung, rupo2 nyo kek highway sosak teruk...ado 3 eksiden, kato adik den lar yg balik ikut highway.  Kek somban, den sompek berayo satu umah ajo, den tibo2 raso somput.  Diaorg poei lar berayo ko ompek buah umah laie.  Malam tu gak kitaorg balik Puchong.  Highway memang sosak malam tu...banyak ketor.

Rayo ke 3 tak do apo2 lar sangat.  Warih mendailing bolah omak den datang berziarah.  Den tak konal siapo.  Basically, hari yang relaks lar jugak.  Sompek den main2 dgn kucing den yang den raso cam terabai ajo sojak duo monjak nie...hehe

Hari ni rayo ke ompek.  Humang ai....tak monang tangan buek kojo dari pagi sampai sekarang.  Setakat nie, dah ado 3 trip datang berziarah, lagi satu trip dah on the way.  Kojo den hari nie asyik kek dapur lar, masak2, basuh2 bagai.  Tapi trip no. 2 memang tekojut den...datang sekali 4 famili, setiap famili ado anak2 kecik at least 4 org, semuonyo turun dari ketor serontak dan terus poei serbu kandang angso dan itik abah den.....poning kepalo den org ramai tadi....

Den raso, inilah rayo yg paling havoc dan hectic setakat nie....tak larat dah den nak mengomeh dapur lopeh nie.....tulongggggg......

Nasi daging, hidangan pagi rayo ke 2

Mejo makan, lokasi kes makan2 hari nie....