Monday, July 18, 2011

Cerita Hari Sabtu - 16 Julai 2011

Sabtu pagi, mengikut perancangan, aku kena berada di Petaling Jaya.  So, sebelum keluar rumah, aku telah menelefon Restoran Belanga dan bertanyakan hal hidangan Nasi Tumpang.  Alhamdulillah, memang tertulis rezeki aku nak merasa Nasi Tumpang pada hari Sabtu, lantas terus ku book kan 2 ketul.  Dalam perjalanan pulang, aku pun singgah sebentar di SSTwo Mall untuk mengambil Nasi Tumpang aku.

Bagi yang tak berapa tahu, Nasi Tumpang adalah hidangan tradisi negeri Kelantan.  Ia diperbuat berbentuk kon dan di dalamnya adalah nasi lembik yang diselang selikan dengan serunding ikan dan juga lauk lain.  Aku telah membeli Nasi Tumpang berlauk ikan dan juga udang.   Sedapsssss nya, sekurang-kurangnya Nasi Tumpang itu berjaya mengurangkan rasa rindu aku pada makanan yang terdapat di Kelantan.

Nasi Tumpang sebelum dibuka untuk dinikmati.


Nasi Tumpang berlauk ikan.....sedapss!!

Pada malam Sabtu, ada pula yang mengajak aku keluar berjalan2 cari makan.  Maka, segerombolan telah bertolak ke Bangsar untuk menikmati hidangan western food yang sedap dan femes itu.

Nama gerai yang kami kunjungi ialah Station 21.  A word of caution, kalau nak pergi makan di sini, kesabaran adalah amat diperlukan.  Kalau pergi time peak period, kebarangkalian kita menunggu hidangan disediakan sekurang-kurangnya memakan masa sejam.  Sebab dah terbiasa dengan keadaan ini, maka, kami pergi agak lewat.  Tak sampai setengah jam, kami sudah mula menikmati makanan yang kami pesan.

Bersebelahan dengan gerai ini adalah gerai menjual air jumbo (dalam gelas besar).  Memang sedaps dan fresh.

Lamb chop with black pepper sauce.  Kat belakang tu nampak sebahagian dari gelas fresh oren aku.

No comments:

Post a Comment