Sempena meraikan hari Jumaat terakhir sebelum bermulanya bulan ramadhan, maka aku selaku Presiden Persatuan Bimbo Sadonia, telah bersetuju untuk mencemar duli, mengikut rombongan Persatuan Bimbo Sadonia, memborong kerepek dan jajan di Banting.
Maka aku berserta 3 Bimbo yg lain; Nad, Zu dan Neena telah menghabiskan lunch time kami di Pekan Banting. Yelah, bila bulan Ramadhan dah start, no more lunch time ok.....jangan curi2 masa kerja pergi shopping2, tak berkat gaji tau.....:-))
Kami memborong kerepek dan jajan di sebuah kedai pemborong yg terkenal di Pekan Banting. Harga yg ditawarkan memang lebih murah berbanding dengan yg ada di kedai. Jom layan gambo2 kat bawah nie:
Nama kedai tersebut....kalau zoom, pasti nampak alamat dan contact no. diaorg
Pemandangan depan kedai.
Terdapat banyak pilihan kerepek dan jajan yang dijual. Pompuan dlm pic ini ialah Nad...hehehe
Sedang asyik merasa dan mencuba kerepek dan jajan. Kelihatan juga dlm foto nie, Zu.
Hasil borongan ku. Kerepek tempe dan kuih bahulu keras is a must.
Jalan besar sebelum masuk ke kawasan kedai pemborong kerepek ittew.
A word of caution though, kalau teringin nak membeli stok kerepek untuk hidangan hari raya yang bakal menjelma, sila lah berkunjung ke kedai ini pada awal ramadhan, lagi afdal kalau pergi sebelah pagi. Bukan apa, aku pernah terkena dulu....pergi time tengah hari memang ramai orang yang berkunjung dan beratur panjang bila nak buat bayaran.
No comments:
Post a Comment